RAJA SALMAN AMAT KOMITED MEMBINA INFRASTRUKTUR MEKAH DAN MADINAH UNTUK JEMAAH HAJI DAN UMRAH

Oleh Dr Alimin Muslimin

Subhanallah. Iltizam atau komitmen kepimpinan Arab Saudi terutamanya Yang Mulia Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’ atau Khadim Al-Haramain dan Asy-Syarifain’ amat jelas terlihat apabila dirujuk kepada pembangunan infrastruktur Masjidil Haram di Mekah dan Masjid An-Nabawi di Madinah.

Kedua-dua kota yang menjadi tempat kediaman Rasulullah SAW itu,  adalah kota tempat terletaknya dua Masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi telah membangun dengan pesatnya, setaraf dengan kedudukannya sebagai tempat suci umat Islam.

Pembangunan yang dipikul oleh baginda YM Raja Salman pada kedua-dua kota suci itu telah diselarikan dengan perkembangan teknologi komunikasi dan juga teknologi pengangkutan.

Sejarah pembangunan kota suci Mekah sebagai kiblat telah dicatatkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.

Pada suatu hari Rasulullah SAW telah bersabda pada Malaikat Jibrail, “Hatiku senang jika Allah SWT mengalihkan kiblatku dari kiblat Bani Israil (Baitul Muqaddis) ke arah yang lain”.

Lalu jawab Malaikat Jibrail, “Wahai Muhammad, aku hanya seorang hamba seperti dirimu. Sepengetahuanku, engkau sangat mulia di sisi Allah, maka mintalah kepada-Nya”.

Lantas kemudiannya Rasulullah Muhammad SAW memohon kepada Allah SWT agar mengubah kiblatnya dari Baitulmaqdis ke Baitulharam (Ka’bah).

Rasulullah SAW terus memandangi langit mengharapkan pekenan Allah SWT. Ternyata hasrat baginda Rasulullah SAW telah diperkenankan Allah SWT apabila disampaikan wahyu-Nya sebagaimana dicatatkan dalam surah Al-Baqarah: ayat 144.

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى السَّمَآءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِيْنَ أُوْتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُوْنَ

Marfumnya, “Sesungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya (Masjidil Haram). Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al-Baqarah : 144)

Sejak dari itulah kiblat yang menjadi arah solat umat Islam telah berubah dari Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis ke Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah.

Struktur bandar Mekah dan Madinah tidak statik, sebaliknya dengan penuh tanggungjawab Yang Mulia Raja Salman telah membangunkan kedua-dua kota suci itu sebegitu hebat sekali dan amat mengagumkan selari dengan kedudukan kedua-duanya sebagai kota suci Islam. Pembangunan infrastruktur kedua-dua kota tersebut khususnya Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi (atau Masjid Nabi) amatlah menonjol jika dibandingkan dengan strukturnya dalam sejarah.

Pembangunan infrastruktur kedua-dua kota tersebut khususnya Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi (atau Masjid Nabi) amatlah menonjol jika dibandingkan dengan strukturnya dalam sejarah.

Pembangunan Masjidil Haram oleh Yang Mulia Raja Salman bukanlah semata-mata dari aspek seni bina Islam, tetapi yang jauh lebih utama ialah untuk keselamatan jemaah Haji serta Umrah.

Antara penstrukturan semula kota Mekah ialah usaha mengatasi banjir yang pernah melanda Masjidil Haram pada 1941, 1962 dan 1964. Misterinya semua kejadian banjir itu berlaku pada hari Rabu.

Ia bukanlah fenomena alam yang aneh kerana ia juga pernah berlaku pada zaman kepimpinan Khalifah Umar bin Al Khattab RA pada tahun 17 Hijrah.

Hari ini dengan penstrukturan sistem pengaliran di kota Mekah kejadian banjir telah dapat dielakkan.

Di samping itu, laluan Tawaf di Masjidil Haram juga telah dibangunkan dengan begitu canggih apabila dibina laluan bertingkat yang mengelilingi Kaabah.

Kemudahan laluan di tingkas teratas untuk jemaah kurang upaya juga disediakan bagi memudahkan para jemaah mengerjakan tawaf

Laluan tawaf tiga tingkat

Ratusan tandas awam, tempat wuduk, kemudahan pili air zamzam serta ruang solat juga telah diperluaskan dengan penuh keselesaan untuk para jemaah menunaikan ibadat. Kebersihan kawasan juga dipastikan terjamin.

Kerajaan Arab Saudi turut melaksanakan projek peluasan Masjidil Haram yang terbesar pernah dilakukan dalam sejarah Islam. Projek yang telah menelan belanja USD21.3 bilion atau kira-kira RM86 bilion itu merangkumi pembinaan bangunan tujuh tingkat mengandungi 74 dewan solat, sebuah dewan sembahyang utama seluas 250,000 meter persegi dan kawasan tawaf seluas 5,000 meter persegi.

Usaha ini telah melebarkan kawasan tawaf yang hanya mampu menampung 22,000 ribu jemaah setiap jam, kepada 105,000 jemaah setiap jam.

Selain itu, kejadian rempuhan yang berlaku di kawasan Jamarat di Kota Mina di Timur Mekah kerana kesesakan laluan jemaah Haji pada tahun 2015, juga telah dibaikpulihkan.

Projek ini telah melebarkan laluan jemaah dan sistem aliran jemaah juga diubah dari dua hala kepada satu hala tanpa bertembung. Manakala tempat Jamrah juga dibangunkan dengan lima tingkat tempat melontar yang menelan belanja lebih RM5 bilion.

Pembangunan bangunan Jamarat di Mina
Keadaan tidak sesak di Jamarat

Sasaran kerajaan Arab Saudi ialah meningkatkan bilangan jemaah umrah kepada 30 juta orang setahun menjelang 2030, berbanding tujuh juta ketika ini, di samping menambah jemaah haji kepada 4.5 juta berbanding 3 juta seperti sekarang bagi tempoh sama.

Khemah kalis api di Mina

Kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan khemah kalis api di Mina berdekatan dengan tempat Jamarat yang boleh menampung kira-kira 2 juta jemaah Haji pada satu masa.

Transformasi kemudahan Haji dan Umrah telah diangkat sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030 Arab Saudi selaku Penjaga Dua Kota Suci.

Satu daripada kerangka utama Wawasan 2030 ialah memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah dalam urusan Haji dan Umrah.

Arab Saudi juga akan meningkatkan infrastruktur pembinaan trem dan pengangkutan awam lain serta perumahan baharu di Mina.

Lapangan terbang baharu juga telah dibina di Jeddah manakala kereta api berkelajuan tinggi ‘Ekspres Haramain’ bernilai AS$16 bilion juga telah siap dibina.

Ekspres Haraiman Mekah-Madinah

Ekspres Haramain boleh mencapai kelajuan sehingga 360 kilometer (km) sejam.

Stesen Ekspres Haramain

Projek yang turut dikenali sebagai ‘Kereta Api Barat’ atau ‘Kereta Api Berkelajuan Tinggi Mekah-Madinah’ itu merangkumi jarak sejauh 453km.

Ia menghubungkan Madinah dan Mekah menerusi Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, merangkumi laluan utama sepanjang 449.2km dan jajaran penghubung 3.75km ke lapangan terbang.

Perkhidmatan itu dijangka memanfaatkan sehingga 60 juta penumpang setahun, termasuk jutaan jemaah haji dan umrah. Pembinaannya dimulakan pada Mac 2009.

Dengan kelajuan operasi 300km sejam, kereta api itu akan mengurangkan masa perjalanan antara Mekah dan Madinah kepada kurang dua jam, berbanding enam jam menaiki bas.

Berikut adalah kronologi visual yang memperlihatkan perubahan infrastruktur Masjidil Haram:

Mekah: Ilustrasi zaman Nabi Ibrahim AS
Mekah: Ilustrasi 12 tahun sebelum Hijrah
Mekah: Ilustrasi 1850
Mekah: Foto 1910
Mekah: Foto 1925
Mekah: Foto 1980
Mekah: Foto 2010
Mekah: Foto 2018
Mekah: Foto terkini
Masjid An-Nabawi, Madinah terkini

*Tamat*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s