Seorang Ketua Padri Katolik Ortodoks telah memuji Islam dalam khutbahnya di sebuah gereja Smirnoff Rusia di hadapan ratusan pengikutnya.
Beliau menyeru jemaah Katolik Ortodoks supaya mencontohi umat Islam yang tertib dalam ibadah, sanggup berkorban serta mengamalkan akhlak yang mulia.
Hal ini berbeza dengan penganut agamanya yang menyebabkan masyarakat kian meninggalkan agama Kristian, lantas jumlah penganutnya juga kian berkurangan.
Solat berjemaah yang diamalkan oleh umat Islam baik dalam masjid dan di tempat terbuka jelas mempamerkan ketertiban sebagaimana yang ditunjukkan dalam susunan saf solat, serta pergerakan yang seiring dengan imamnya, tanpa perlu diperintah dan dikerah.
Ketua Padri itu juga mengingatkan penganut agamanya tentang berkembangnya agama Islam di Rusia yang kini melebihi daripada jumlah penganut Kristian. Malah beliau percaya dalam jangka masa yang tidak lama lagi agama Islam akan menjadi agama yang terbesar dan dan umat Islam akan dominan di Rusia.
Solat berjemaah yang mengikut waktu dan dilaksanakan pada tempat ibadah tertentu seperti di musalla, masjid di desa dan di bandar besar mahupun di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, sebagai contohnya, tidak akan menjadi realiti bagi amalan ibadah penganut Kristian.
Padri itu juga telah mengkritik sikap penganut Kristian yang sering menuntut wang upah dalam sesuatu kerja amal yang dilakukan. Malahan mereka juga harus membayar kepada pihak gereja sebagai amalan penghapusan dosa.
Malahan beliau juga mempersoalkan tuduhan bahawa Islam itu teroris kerana tuduhan itu datangnya daripada golongan yang tidak memahami Islam serta memusuhi agama suci itu.
Dengan senario yang sedemikian, Ketua Padri itu percaya Islam akan mendominasi Rusia dan Rusia akan menjadi milik umat Islam.
Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa fenomena manusia berbondong-bodong memeluk Islam bukanlah satu teori semata-mata tetapi itulah hakikatnya sebagaimana yang telah Allah firmankan dalam surah An-Nasr.

Marfumnya:
- Apabila telah datang pertolongan Allah dan dengan kemenangan
- Dan kamu akan lihat manusia memeluk agama Islam dengan berbondong-bondong.
- Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhannu dan mohonlah keampunan daripada-Nya.
- Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Amat benarlah firman Allah itu.
*Tamat*