VIDEO: PRESIDEN RODRIGO DUTERTE ADALAH MUSLIM?

Presiden Rodrigo Duterte menentang Tuhan Katolik yang bodoh – Dimuat naik dari YouTube
Rakyat Filipina berbondong-bondong memeluk agama Islam: Video dimuat naik dari YouTube

Ketika berbicara tentang undang-undang organik Bangsa Moro, Duterte telah membuat rakyat Filipina terkejut.

Kata beliau, “Ada bahagian dari diri saya yang sebenarnya adalah Islam. Itu sebabnya ketika saya dan para pendeta gila itu (dari gereja Katolik) bertengkar, saya bukan seorang Katolik, saya Islam. Itu benar.

“Tuhan pasti baik pada kita. Fakta bahawa kita sudah sampai pada peringkat ini (dalam perkembangan kuasa otonomi Moro) setelah bertahun-tahun berunding dan berhubung.

“Di sinilah kita sekarang (dengan beberapa persetujuan). Insya-Allah Tuhan Maha Besar, Allahu Akbar.”

Duterte mempunyai hubungan yang buruk dengan gereja Katolik di Filipina.

Konfrantasi Duterte dengan gereja Katolik bermula dengan pendekatan yang digunakan Duterte untuk memerangi jenayah narkotik di Filipina dengan cara yang bijak tetapi kontroversi dan dikecam oleh pihak gereja Katolik.

Duterte menggunakan undang-undang ‘Extra Judicial Killing’ terhadap penjenayah narkotik, khususnya golongan kartel yang menguasai penyeludupan dan pengedaran dadah di Filipina.

‘Extra Judicial Killing’ ini diterjemahkan oleh sesetengah pengamal undang-undang sebagai ekstrem kerana tidak memberi peluang kepada golongan kartel, tauke-tauke dadah dan penjenayah dadah untuk membela diri di mahkamah.

Sebaliknya mereka dikenakan hukuman bunuh sekiranya terdapat bukti penglibatan langsung mereka dengan jenayah dadah.

Tindakan ini dilihat oleh sesetengah penganalisis politik sebagai suatu tindakan Duterte yang bijak, namun mendapat tentangan dan kecaman daripada gereja Katolik.

Walau bagaimanapun Duterte telah berjaya dengan hebatnya menurunkan kadar penyeleludupan dan pengedaran dadah di Filipina.

Kontradiknya pihak gereja menawarkan perlidungan kepada penjenayah yang terlibat.

Dengan itulah Duterte melihat bahawa gereja telah dijadikan sarang penjenayah dadah. Malahan Duterte mendakwa bahawa gereja sering membangkitkan persepsi buruk masyarakat dan bukan lagi rahsia bahawa gereja mengamalkan rasuah.

Duterte juga mengkritik amalan rasuah pihak gereja yang sering meminta-minta sumbangan kereta mewah daripada Presiden sebelum beliau.

Malahan Duterte membangkitkan isu bahawa gereja menjadi gudang seksual yang melibatkan pihak pengurusan gereja.

Duterte tidak gentar mengeluarkan kenyataan yang memalukan pihak gereja.

Antara lain, Duterte menentang fahaman gereja tentang ‘dosa bawaan’ atau ‘original sin’, iaitu manusia secara semulajadinya berdosa sejak dari dalam rahim lagi, lalu manusia harus berjumpa paderi untuk ritual pengampunan dosa.

Dalam satu majlis beliau berkata, “Semua kita berdosa atas konsep ‘original sin’. Dosa apa itu? Manusia sudah berdosa sejak dalam rahim? Siapakah tuhan bodoh itu yang membawa fahaman ‘original sin’?”

Antara kata-kata pedas Duterte ialah, “Aku percaya pada tuhan tetapi bukan tuhan yang bodoh daripada agama Katolik.”

Ibu Duterte berasal dari Moro yang majoritinya adalah kaum Melayu yang beragama Islam, lantas dalam tubuh Duterte pastinya terdapat darah Muslim.

Maka tidak hairanlah Duterte mempunyai kecenderungan terhadap kebenaran Islam.

Pada video yang kedua, kita dapat lihat dengan jelas, rakyat Filipina berbondong-bondong memeluk Islam. Ia satu fenomena yang mengejutkan tetapi selari dengan firman Allah dalam surah An-Nasr.


Marfumnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

-Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),

-Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,

-Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

*Tamat”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s