Syiah adalah salah satu aliran fahaman yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenarnya.
Dalam kitab ajaran Syiah, ‘Awail al-Maqalat’, menyatakan bahawa Al-Quran yang ada pada saat ini bukanlah versi tulen, sebaliknya fahaman Syiah mempunyai kitab mereka yang tersendiri yang kandungannya amat menyimpang daripada kumpulan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada baginda Rasulullah Muhamaad SAW.
Mereka juga berpegang kepada pendirian mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW kerana usaha menghafal dan mencatat Al-Quran adalah usaha para sahabat baginda.
Dalam konteks hadis pula mereka juga mengkafirkan isteri kesayangan baginda Rasulullah SAW, Aisyah RA kerana banyaklah hadis sahih daripada sumber Aisyah yang bertentangan dengan fahaman Syiah.
Fahaman Syiah telah menunjukkan kebencian terhadap Aisyah RA karena banyak pernyataan-pernyataan dalam kitabnya yang mengatakan bahawa Aisyah RA kafir, pernyataan-pernyataan jelek tersebut dapat dilihat sebagai berikut:
Kitab ‘Bihar Al-Anwar’ karangan Muhammad bin Bagir Al Majlisi, memfitnah Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW dengan tuduhan yang tidak benar dan amat mendukacitakan.
Pendeta Syiah bernama Abu Ja’far Al-Kulaini adalah salah seorang ‘tukang’ tulis yang banyak memperlecehkan Rasul Allah SAW. Kitab ‘hadis al Ifk’ merupakan salah satu karangannya yang menghina kedua isteri Nabi Muhammad SAW, yaitu ‘Aisyah RA dan Hafshah RA, sebagai wanita yang sama tarafnya dengan isteri Nabi Nuh AS dan isteri Nabi Luth AS.
Muhammad Bagir Al Majlisi, seorang tokoh Syiah, dalam ‘Haqqul Yaqin’ menyatakan bahawa “tidak sempurna iman seseorang sebelum ia membenci para sahabat nabi, terutama Abu Bakar, Umar, Utsman, Mu’awiyah, ‘Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam, serta orang-orang yang mengikuti mereka.”
Kitab ‘Miftahul Jinan’ adalah buku panduan wirid pengikut sesat Syiah yang berisi kalimat-kalimat laknat atas dua orang ayah mertua Rasulullah SAW (Abu Bakar RA dan Umar RA), serta kalimat-kalimat laknat atas dua orang isteri Nabi Muhammad SAW (‘Aisyah RA dan Hafshah RA).
Muhammad Al ‘Ayasyi, salah satu tokoh Syiah tidak tanggung-tanggung dalam memfitnah kedua isteri Nabi Muhammad SAW, ‘Aisyah RA dan Hafshah RA. Al ‘Ayasyi menulis berita dusta bahawa Rasulullah SAW meninggal dunia karena (maaf) telah diracun oleh ‘Aisyah dan Hafshah (nauzubillah atas fitnah besar ini).
Dari pernyataan Syiah dalam kitab-kitabnya dapat kita lihat bahawa fahaman Syiah sangat membenci para sahabat Nabi padahal dalam Al-Quran telah jelas bahawa sahabat Rasulullah SAW telah diangkat darjatnya oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
“Orang-orang pertama dan terdahulu dari kaum Muhajirin dan Anshar, (yakni yang memasuki Islam), dan mereka yang mengikutinya dengan baik, Allah meredai mereka, dan mereka pun meredainya, dan disediakan Allah buat mereka syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100)
“Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, kaum Muhajirin dan kaum Anshar, yang telah mengikutinya (Nabi) dalam keadaan kesusahan, sesudah hati segolongan mereka hampir-hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengasih Maha Penyayang terhadap mereka sekalian. Dan terhadap tiga orang yang ketinggalan (tidak ikut serta pergi berperang), sampai apabila dirasakan bumi ini telah sempit baginya, padahal sebelum itu dirasakannya luas, dan terasa bahawa dirinya sudah benar-benar tertekan, sehingga mereka meyakini bahawa kini tiada tempat mengadu dari ketetapan Allah itu melainkan dengan menyembah kepadanya saja, lalu Allah mengabulkan taubat mereka karena mereka terus memohon taubat kepadanya, sesungguhnya Allah itu Dia adalah Maha Penerima taubat Maha Penyayang.” (At-Taubah: 117-118)
Selain itu khusus kepada isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA terdapat banyak hadis yang sahih atas keutamaan isteri baginda.
Suatu ketika Amr bin al-Asy bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling engkau cintai?” Baginda menjawab, “Aisyah.” “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. Beliau menjawab, “Bapanya.” (HR. Bukhari (3662) dan Muslim (2384))
Berkata Abu Musa al-Asy’ari, “Tidaklah kami kebingungan tentang suatu hadis lalu kami bertanya kepada Aisyah, kecuali kami mendapatkan jawapan dari pandangan beliau.” (Lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3044))
Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan “Humaira”. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah SAW dalam hal memikul amanah Allah dan yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri baginda.
Suatu hari malaikat Jibril memperlihatkan (kepada Rasulullah SAW) gambar Aisyah pada secarik kain sutra berwarna hijau sembari mengatakan, “Ia adalah calon isterimu kelak, di dunia dan di akhirat.“ (HR. At-Tirmidzi (3880), lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3041))
“Orang yang mulia daripada kalangan laki-laki banyak, namun yang mulia daripada kalangan wanita hanyalah Maryam binti Imron dan Asiyah isteri Fir’aun, dan keutamaan Aisyah, isteri Rasulullah SAW atas semua wanita seperti keutamaan tsarid atas segala makanan.” (HR. Bukhari (5/2067) dan Muslim (2431))
Dengan hadis-hadis tersebut sudah jelas kesesatan ajaran Syiah yang membenci isteri Rasulullah SAW, Aisya RA. Semoga kita dijauhkan daripada kesesatan fahaman Syiah.