ARAB SAUDI: NEGARA KE-9 TERKUAT DUNIA DAN TUNJANG MENENTANG PENGGANAS GLOBAL

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Arab Saudi sebagai negara ke-9 terkuat di dunia dari aspek pengaruh politik keteguhan ekonomi, kedudukannya dalam geopolitik antarabangsa, kekuatan ketenteraan serta peranannya atas pentas antarabangsa.

Jet tempur F-15 milik Arab Saudi

Tidak dinafikan dalam kalangan negara-negara Islam, Arab Saudi adalah berperanan pemimpin Islam di arena global.

Pengiktirafan itu dibuat daripada kajian geopolitik antarabangsa yang dijalankan oleh University Pennsylvania dan telah diuar-uarkan dalam majalah terkenal Business Insider dalam wacana bertajuk ‘Negara Terbaik Dunia 2019’.

Dalam kajian itu, Amerika Syarikat berada dalam ranking teratas diikuti oleh Rusia, China, German dan Britain.

Arab Saudi juga telah diiktiraf sebagai ‘Gergasi Timur Tengah’ and kerajaan yang memiliki telaga dan simpanan minyak yang amat besar. Ia juga memiliki kuasa pengeksport minyak ke atas banyak negara di dunia.

Di samping pengaruh dan kekuatan geopolitik, ekonomi serta ketenteraan, Arab Saudi juga merupakan negara yang amat istimewa bagi negara-negara Islam di seluruh dunia kerana menjadi destinasi ibadat Haji dan Umrah di mana terletaknya dua masjid suci; Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Madinah.

Kajian tersebut telah dikendalikan oleh University Pennsylvania, Amerika Syarikat, yang menggunakan 20,000 responden dari seluruh dunia yang melibatkan 80 buah negara.

Dalam senarai sepuluh teratas kajian tersebut juga telah meletakkan Perancis, Jepun, Korea Selatan serta Emiriah Arab Bersatu.

Selain itu, General Tentera (Bersara), John Abizaid yang juga merupakan calon Presiden untuk jawatan Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, juga telah mengiktiraf Arab Saudi sebagai negara penting dunia yang memainkan peranan menentang keganasan global.

Abizaid menyatakan pendiriannya bahawa ia merupakan satu kebanggan bagi Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam konteks menentang keganasan global, apatah lagi dengan kedudukan Arab Saudi sebagai negara yang terkuat di Dunia Arab.

Arab Saudi telah memberikan sumbangan yang amat signifikan untuk menentang gerakan ektremisme global yang boleh dilihat dengan lumpuhnya kumpulan pengganas Daesh meskipun ia terus menjadi ancaman kepada kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.

Dengan itu Abizaid berpandangan bahawa hubungan Arab Saudi dengan Amerika Syarikat hendaklah diperkukuhkan demi menjaga kestabilan keselamatan negara di rantau Arab.  

Abizaid juga percaya bahawa rejim Iran menjadi katalis kepada ketidakstabilan rantau Arab. Kerjasama ketenteraan dengan Arab Saudi dan sekutunya di Yaman adalah penting sebagai usaha mempertahankan diri dalam kalangan sekutu Arab Saudi dan rakan-rakan Amerika.

Kerjasama ketenteraan juga akan dapat mengurangkan risiko keselamatan orang awam di Yaman.

****

Nota: Dr Alimin Muslimin ialah Perunding Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s