KERAJAAN ARAB SAUDI BERSAMA PEMIMPIN DUNIA MENGUTUK SERANGAN DUA MASJID DI NZ

Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas dua masjid Christchurch, New Zealand ketika umat Islam sedang bersedia menunaikan solat Jumaat.

Kepimpinan Arab Saudi dengan kerasnya menyatakan bahawa serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu telah menggoncang dunia dan mengakibatkan 49 jemaah solat Jumaat dan mencederakan lebih 40 yang lain dalam kejadian tembakan rawak itu.

Yang Mulia Raja Salman Abdul Aziz telah mengirim ucapan takziah kepada Ketua Governor New Zealand, Dame Patsy Reddy untuk meluahkan perasaan baginda serta sokongan kepada mangsa serta keluarga mangsa yang terlibat.

Image result for RAJA SALMAN DAN PUTERA MAHKOTA ABS
Yang Mulia Raja Salman bersama Putera Mahkota Arab Saudi: Arab Saudi sepenuhnya menentang dan memerangi keganasan

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman juga telah mengirim ucapan takziah kepada Ketua Governor untuk menegaskan tentangan sepenuhnya negara Arab Saudi dalam memerangi keganasan.

Baginda Raja Salman dan Putera Mahkota mendoakan agar mereka yang cedera segera kembali sihat serta meminta ahli keluarga agar sabar menerima dugaan tersebut.

Kementerian luar Arab Saudi juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas dua masjid di bandar Cristchurch, yang telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan.

Menteri Luar Arab Saudi amat mengutuk serangan bersenjata ke atas dua masjid di New Zealand ketika para jemaah sedang bersedia menunaikan solat Jumaat yang mengakibatkan banyak kematian serta kecederaan.

“Kerajaan Arab Saudi menentang segala bentuk terorisme, tidak kira daripada pihak mana sekalipun. Keganasan tidak mempunyai tempat berlindung dan negara. Kerajaan Arab Saudi berpendirian bahawa semua agama hendaklah dihormati,” tegas Menteri Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi.

Kementerian Luar Arab Saudi juga mengulangi kepentingan bagi masyarakat dunia menghormati semua agama justeru mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman di dua masjid yang terlibat serta rakyat New Zealand.

Dengan harapan agar mangsa yang cedera segera pulih, pihak kedutaan Arab Saudi juga mengesahkan bahawa terdapat dua warganegaranya yang cedera dalam tembakan rambang yang tertuju kepada para jemaah ketika menunaikan solat Jumaat itu di Christchurch.

Pemimpin politik serta negara-negara Islam di Timur Tengah telah turut menyampaikan rasa simpati mereka kepada ahli keluarga mangsa.

Antara pemimpin yang megutuk keras serangan masjid di Christchurch itu ialah Anwar Gargash, Menteri Hal Ehwal Luar Emiriah Arab Bersatu.

Gargash menyatakan, “Usaha kita memerangi keganasan dan kebencian hendaklah diteruskan dengan semangat baru. Simpati dan doa kami sentiasa bersama ahli keluarga dan mangsa.”

Raja Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, juga telah melahirkan ucapan takziah baginda dan melahirkan rasa kesal apabila ‘pada hari Jumaat yang mulia di tempat suci di mana umat Islam beribadah di masjid, kita telah saksikan jenayah yang paling kejam yang disaluti kebencian agama.”

Universiti Al-Azhar Mesir pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa serangan berkenaan telah mencabuli kesucian rumah Allah.

”Kami memberi amaran bahawa serangan tersebut adalah satu petunjuk akibat atau kesan yang mengerikan daripada meningkatnya ucapan kebencian, xenofobia dan sebaran islamofobia.”

Banyaklah lagi usaha yang harus dilakukan untuk mempromosikan kewujudan pelbagai agama dan budaya, sebagaimana disebut dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh universiti Al-Azhar itu.

Ketua Perunding Keamanan Palestin, Saeb Erekat, melabelkan serangan itu sebagai akibat ideologi perkauman yang berterusan untuk mewujudkan peperangan agama.

Bahrain, Kuwait dan Oman juga mengutuk serangan bersenjata di masjid Christchurch itu.

Ketua Setiausaha OIC yang terdiri daripada 57 negara Islam, Youssef al-Othaimeen, berkata, “Tragedi Christchurch menjadi amaran lanjut terhadap bahaya ideologi kebencian, sikap tiada tolak ansur dan islamofobia.”

Mesej daripada Ratu Elizabeth, UK

Ratu Elizabeth juga mengeluarkan kenyataan simpati dan sedih atas kejadian yang amat memilukan di Christchurch. Baginda dan Putera Phillip telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa yang merasai kepedihan dan kesedihan kehilangan mereka.

Othaimeen juga meminta New Zealand menyediakan perlindungan yang lebih berkesan kepada komuniti Islam yang bermastautin di negara itu. Beliau juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada mereka yang menjadi mangsa pembunuhan itu.

Ketua Setiausaha PBB, General Antonio Gureres amat terperanjat dan sedih dengan serangan pengganas di Christchurch and beliau menyeru ahli masyarakat di nana jua supaya bekerjasama untuk menolak “islamofobia and buang sikap tidak bertolak-ansur serta keganasan daripada pihak ekstremis.”

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric pula mewakili Pengerusi PBB menyatakan kepada pemberita bahawa “kesucian masjid and semua tempat beribadah hendaklah dipelihara dengan serius.”

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan merasa amat terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada masjid itu. Tragedi ini menjelaskan bahawa pengganas tidak mempunyai negara. Beliau turut mendoakan kesejahteraan mangsa dan ahli keluarga mereka.

pakistan,Pakistan PM Imran Khan,imran khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan

Dalam peristiwa berdarah itu Empat warga Pakistan telah cedera. Menurut jurucakap pihak kedutaan Pakistan, Mohammad Faisal, selain yang cedera, terdapat lima rakyat Pakistan yang hilang setelah serangan berdarah Jumaat itu.

Pakistan menterjemahkan serangan itu sebagai “pencabulan nilai kebebasan, kesucian amalan keagamaan dan kemanusiaan. Mana-mana negara tidak boleh bertoleransi terhadap pencabulan sedemikian.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan sekurang-kurangnya tiga warganegara Tuki telah cedera dalam kejadian itu.

Image result for erdogan mengutuk serangan masjid christchurch
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan masjid di Christchurch

Erdogan menterjemahkan suspek serangan itu sebagai, “manusia yang mentalnya tidak stabil, tidak bermoral, jahat dan sampah masyarakat. Dia telah memilih golongan yang tidak berdosa sebagai sasaran pengecutnya.”

Sumber:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s