RAKYAT NEW ZEALAND BERI SOKONGAN KEPADA MUSLIMIN CHRISTCHURCH PASCA TRAGEDI PEMBUNUHAN

Video dimuat turun dari YouTube
Ribuan rakyat New Zealand datang mengunjungi Christchurch untuk mengucapkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan sahabat handai mangsa serangan pengganas di dua buah Masjid Christchurch- Foto dari Reuters

Pada 22 Mac lalu, seminggu selepas tragedi pembunuhan umat Islam di masjid Christchurch, ribuan rakyat New Zealand datang mengunjungi umat Islam yang sedang bersedia menunaikan solat Jumaat.

Tragedi menyanyat hati yang mengakibatkan kematian kira-kira 50 umat Islam yang mahu menunaikan solat Jumaat bermula di Masjid  Al Noor dan kemudiannya Masjid Linwood apabila tembakan rambang dilepaskan ketika para jemaah sedang menunggu khutbah Jumaat.

Perhimpunan menyokong kaum Muslimin itu telah diadakan pada hari Jumaat juga pada waktu yang sama ketika umat Islam sedang bersedia untuk menunaikan solat Jumaat.

Meskipun Masjid Al Noor ditutup untuk membantu siasatan polis, namun kaum muslimin tetap juga berjemaah di luar masjid untuk menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT.

Apa yang menarik ialah perhimpunan tersebut turut disertai oleh Perdana Menteri New Zealand Cik Jacinda Ardern.

Di tengah-tengah hipunan itu terdapat sepanduk yang dipegang oleh dua orang berdekatan tempat berwuduk yang mencatatkan,“Kami menyokong jiran-jiran Muslim kami.”

Perkara yang mengkagumkan ialah pakaian kaum wanita bukan Islam yang datang dengan memakai jilbab berwarna-warni bagi menunjukkan sokongan mereka kepada kaum Muslimin.

Masyarakat tempatan bukan-Islam berpendapat bahawa New Zealand selama-lamanya berubah disebabkan pembunuhan itu kerana ia telah membangkitkan semangat perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan rakyat.

“Negara ini bersatu padu dalam perkara ini dan tidak ada yang akan memecahbelahkannya,” kata seorang penduduk Christchurch, John Dale, 59 tahun, yang datang bersama temannya, Cik Shirley, yang turut memakai jilbab putih.

“Kami akan berdiri di belakang satu sama lain tidak kira sesiapa sahaja. Muslim, Kristian, agama apa pun.”

“Mereka dalam kesedihan, mereka memerlukan kita, jadi paling sedikit yang kita boleh lakukannya ialah berdiri di sisi mereka,” kata Cik Wood, seorang penduduk tempatan Christchurch.

Air mata mengalir pada wajah Cik Hasma Adeeb, 23 tahun, ketika beliau dipeluk oleh beberapa orang bukan Islam yang datang mengucapkan takziah.

Ayah Hasma, Allahyarham Adeeb Ahmed telah terbunuh ditembak dua kali dalam serangan itu apabila beliau merebahkan dirinya di atas anak lelakinya, Ali, saudara kembar Hasma, untuk menyelamatkannya daripada turut ditembak.

Hasma menyifatkan jumlah besar wanita bukan Islam yang datang dengan memakai jilbab sebagai satu lambang yang “cantik”.

“Hari ini kami benar-benar merasakan sokongan daripada semua orang. New Zealand mengagumkan. Kehadiran mereka di sisi kami sangat bermakna kepada kami semua. Ia satu pandangan perpaduan yang indah, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.”

Kerajaan New Zealand juga telah memberikan jaminan kepada umat Islam yang tinggal di negara itu bahawa mereka “selamat dan aman” selepas kejadian serangan pengganas yang tidak bertanggung jawab itu.

Dalam satu pertemuan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turkey, Menteri Luar New Zealand, Encik Winston Peters berkata “Kami akan memastikan kaum Muslimin di New Zealand berasa selamat dan aman selamat dan keselamatan mereka akan menjadi fokus kami.”

Menteri Luar Turkey, Mevlut Cavusoglu, turut memuji pihak berkuasa New Zealand dan “mesej perpaduan ikhlas” mereka.

Tambah Mevlut, “Kami berada di sini untuk menunjukkan bahawa kita adalah satu kesatuan yang menentang tindakan Islamophobia di seluruh dunia,” katanya sebagaimana dilaporkan Reuters.

*****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s