BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT DALAM PROGRAM “YASSIN FOR AQSA”

Umat Islam pada hari ini, 4 April, di seluruh negara diseru membaca surah Yassin bagi mendoakan dan menyatakan sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin serta membebaskan Masjidil Aqsa daripada kongkongan regim Yahudi Israel dan Zionis.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid

Program yang dicanangkan sebagai “Yassin for Aqsa” diangkat sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, serta keprihatinan yang tidak berbelah bahagi baik kepada Palestin mahupun perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.

Program bacaan Yassin itu telah digerakkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) .

Seruan tersebut, di samping program jemaah membaca surah Yassin, turut menyeru agar umat Islam seluruh negara mengadakan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar menyelamatkan dan memberi kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama di bumi Gaza.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kempen solidariti terhadap perjuangan dan pembelaan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa adalah bersandarkan ayat al-Quran dan pihaknya menyasarkan satu juta umat Islam di negara ini bersama-sama membaca Yasin demi pembebasan itu.

Sekretariat “Yassin for Aqsa” juga telah memaklumkan kebanyakan masjid dan surau di seluruh Malaysia bagi menjayakan program itu.

Menerusi rakan gabungan di luar negara, MAPIM juga minta mereka bersama-sama menjayakan program bacaan Yasin pada 4 April bagi membuktikan komitmen umat Islam Malaysia dan seluruh dunia untuk membela Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Pada 14 Mac lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kor Agama Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Yayasan Restu, AL-Quds Foundation, Kumpulan Nasyid (INTEAM) juga telah menjayakan program Pra Pelancaran “Yassin For Aqsa” di Masjid Khalid Al-Walid.

Umat Islam Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Aqsa

Situasi di Jerusalem semakin terancam dan amat tertekan sejak Februari lalu setelah Presiden Majlis WAQF, Sheikh Abdel-Azeem Salhab, bertindak memecahkan kunci Masjidil Aqsa untuk 40,000 rakyat Palestin memasuki Bab al-Rahma untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali selepas ditutup Israel sejak 2003.

MAPIM juga menyediakan ruang untuk orang ramai infaq menerusi jualan buku Surah Yasin dan Kebangkitan Ummah berharga RM15 yang akan disalurkan ke dalam tabung infaq Aqsa.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghulurkan sumbangan wang menerusi akaun Bank Rakyat MAPIM 110031001285 dan datang beramai-ramai ke masjid pada hari itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s