ARAB SAUDI DAN TURKI SOKONG PERALIHAN KUASA AMAN DI SUDAN

Penentangan rakyat terhadap pemerintahan Presiden Sudan, Omar Al-Bashir sejak 19 Disember tahun lalu telah akhirnya membawa kepada pelucutan kuasa presiden yang kini ditahan di tempat yang selamat.

Presiden Sudan yang disingkirkan, Omar Al-Bashir

Pada 12 April, Naib Presiden Pertama Sudan yang juga merangkap Menteri Pertahanan, Leftenan Jeneral Ahmed Ibni Auf telah mengumumkan penyingkiran Omar sebagai Presiden.

Rakyat yang melancarkan tunjuk perasaan menentang Omar bermula pada 19 Disember tahun lalu apabila harga roti yang menjadi makanan asas rakyat Sudan telah meningkat tiga kali ganda.

Ribuan penunjuk perasaan yang menentang Presiden Omar Al-Bashir berkumpul di luar kediaman presiden dan Ibu Pejabat Tentera
-Dipetik daripada The Guardian

Rakyat menterjemahkan kemelesetan ekonomi Sudan yang berpanjangan sebagai kegagalan kerajaan regim Al-Bashir menguruskan ekonomi negara dengan baik yang menyebabkan inflasi meningkat mendadak.

Sejak itu puluhan ribu rakyat berkumpul di Khartoum dan sehingga dua hari lalu, kira-kira 100 ribu rakyat menyertai gerakan menyingkirkan pemerintahan yang disifatkan oleh rakyat sebagai autokratik di bawah kuasa diktator Omar Al-Bashir yang telah berlanjutan selama 30 tahun.

Meskipun pihak tentera berusaha untuk menyekat perhimpunan yang dibimbangi tidak terkawal dengan semburan gas pemedih mata, namun Kementerian Pertahanan Sudah tidak pula mengisytiharkan tentangan mereka terhadap rakyat.

Sebelum itu pada 23 Februari lalu, Bashir telah mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan dan sekali gus membubarkan kerajaan bagi membendung pertumpahan darah.

“Saya mengumumkan darurat seluruh negara selama setahun dan turut mengumumkan pembubaran kerajaan di peringkat persekutuan serta wilayah,” kata Bashir secara langsung di televisyen dari istana presiden di Khartoum.

Penunjuk perasaan berikrar akan meneruskan demonstrasi sehingga Bashir melepaskan jawatan.

“Kami menggesa rakyat meneruskan tunjuk perasaan sehingga matlamat utama tercapai iaitu peletakan jawatan ketua rejim kuku besi,” kata Persatuan Profesional Rakyat Sudan yang mengetuai tunjuk perasaan berkenaan.

Pihak penunjuk perasaan yang menentang Bashir melaungkan slogan menuntut ‘kebebasan, keamanan dan keadilan’, ketika berkumpulan di depan pagar kediaman terbabit yang dikawal tentera.

Menteri Pertahanan Sudan Ahmed Ibn Auf telah mengumumkan bahawa Presiden Omar al-Bashir telah sah disingkirkan daripada kuasa dan ditahan di tempat yang selamat bagi mengelak sebarang penganiayaan di luar undang-undang terhadap beliau.

Terkini kejayaan menyingkirkan Bashir telah membawa rakyat kepada fasa berikutnya dalam proses peralihan kuasa. Meskipun rakyat menuntut pemerintahan demokratik melalui kuasa rakyat, namun kuasa pemerintah masih di tangan pihak tentera.

Arab Saudi dan Turki adalah antara dua negara yang paling awal memberi sokongan terhadap peralihan kuasa yang aman tanpa sebarang campur tangan kuasa asing dalam menentukan hala tuju kerjaan baru Sudan.

Menurut Agensi Berita Saudi, ‘the Kingdom’, Arab Saudi menyokong langkah-langkah yang diambil oleh majlis peralihan kuasa bagi melindungi nyawa dan harta benda rakyat Sudan.

Kerajaan Saudi menggesa ‘Persaudaraan Rakyat Sudan’ supaya meletakkan kepentingan kebangsaan negara untuk mencapai aspirasi dan harapan untuk pembangunan dan kemakmuran.

Semalam 13 April, Yang Mulia Raja Salman telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk menyediakan pakej bantuan kemanusian termasuk produk petroleum, gandum dan perubatan untuk rakyat Sudan.

Sementara itu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menggesa agar proses perdamaian dalam misi peralihan kuasa di seluruh negara Sudan diuruskan dengan baik tanpa pertumpahan darah.

“Saya berharap Sudan dapat melalui proses semasa perdamaian nasional dan keamanan, dan saya percaya negara itu perlu berusaha ke arah proses demokratik yang normal,” kata Erdogan dalam sidang akhbar  di Ankara.

Beliau juga menegaskan bahawa Turki akan terus menyokong kesinambungan hubungan baik ‘yang mendalam’ dengan kerajaan baru Sudan.

*****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s