UMAT ISLAM WAJIB BANTU SELAMATKAN AL-AQSA DARI REGIM ZIONIS

Serangan bom regim Israel ke atas penduduk Palestin

Sebagai umat Islam, segala bentuk usaha untuk menyelamatkan Al-Aqsa serta solidariti dalam mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa sewajarnya disokong penuh dan menjadi wadah perjuangan dan jihad.

Rakyat Palestin yang sepatutnya menjadi pemilik mutlak Al-Aqsa dan Baitul Maqdis telah sekian lama menderita akibat penjajahan Israel akibat dakyah Barat.

Pada waktu terkini, wilayah milik Palestin semakin dihimpit, penduduknya saban hari ditindas dan dizalimi.

Perlahan-lahan regim Israel dengan niat mahu menyembunyikan daripada pengetahuan dunia telah menindas Palestin dan menggerakkan serangan penghapusan etnik supaya mereka bebas merampas keseluruhan bumi Palestin dan menjadikannya milik mereka.

Tahun lalu (2018), genaplah 70 tahun penubuhan negara haram Israel di bumi Palestin yang terkandung dalamnya Baitulk Maqdis dan Majid Al-Aqsa.

Semenjak itu beribu-ribu rakyat Palestin telah terkorban apa lagi yang cedera dan cacat seumur hidup kerana memperjuangkan hak mereka.

Pembunuhan, seksaan dan serangan Zionis ke atas wanita dan kanak-kanak Palestin

Perjuangan rakyat Palestin sewajarnya diangkat sebagai perjuangan seluruh umat Islam kerana di bumi itulah terletaknya kiblat pertama bagi ibadat umat Islam.

Malah masjid Al-Aqsa menjadi salah satu masjid suci umat Islam, selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kerakusan Zionis Yahudi-Israel dalam gerakan mereka merampas dan merompak bumi Palestin daripada umat Islam amat jelas apabila kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 sehingga kini, semakin meningkat hari demi hari. Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 78:

Marfumnya: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mantan Syeikh al-Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa Yahudi ini melalui bukunya “Banu Israel fi al-Quran wa as-Sunnah”, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya.

Pengeboman regim Zionis ke atas bumi Palestin yang tidak pernah berakhir

Bangsa Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan kaum Arab.

Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam, dan kini kedudukan masjid itu berada dalam keadaan yang amat membimbangkan akibat rentetan daripada pembinaan terowong-terowong di bawah tanah kawasan masjid oleh rejim Zionis yang menyebabkan kerosakan pada bangunan masjid yang semakin hari semakin parah.

Selain itu, kita amat kesal atas sikap biadap dan tidak bertanggungjawab sesetengah negara antarabangsa yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis-Israel ini.

Negara-negara kuasa besar dunia juga berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

Namun mereka bertindak proaktif dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Ia secara langsung membuka peluang yang besar bagi musuh-musuh Islam untuk terus menceroboh dan mencabul kesucian Islam.

Umat Islam, tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan yang memusuhi Islam. Kerana Allah telah memberikan peringatan bahawa golongan ini tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan umatnya melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah menerusi surah al-Baqarah ayat 120:

Marfumnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Islam sebagai agama rahmah amat mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam).

Islam melarang keras sebarang bentuk kezaliman dan membiarkan muslim yang lain dizalimi. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:  

Marfumnya: Daripada „Abdullah bin „Umar RA berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat (membantu) saudaranya, maka Allah akan melaksanakan (membantu) hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Umat Islam bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama di Palestin, tetapi juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama Islam. 

Baitul Maqdis adalah lokasi berlakunya Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa jika terdapat sesiapa yang beribadah dalamnya.

Di Malaysia, sebuah NGO -Aman Palestin banyak membantu Palestin dalam program mereka

Oleh itu, umat Islam mestilah bersama-sama mengambil tindakan berikut.

  • Pertamanya, menyalurkan bantuan ekonomi dan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Kedua, memperkasa penggunaan perkhidmatan dan produk keluaran orang Islam dan pengusaha tempatan serta mengelakkan segala perkhidmatan dan barangan keluaran negara berkenaan.
  • Ketiga, menginsafi akan bahaya perpecahan dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah dalam kalangan negara Islam seluruh dunia bermula di negara kita.
  • Keempat, memastikan bahawa penjenayah perang tehadap Palestin dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

Umat Islam hendaklah bersama-sama bertindak untuk turut berperanan dalam isu Palestin, membela dan membantu saudara seagama di sana dengan segala kemampuan yang ada.

Firman Allah dalam Surah Al-Nur, Ayat 55,

Marfumnya: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal solih dalam kalangan kamu, bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa di bumi, sebagaimana Ia menjadikan orang yang sebelum mereka; dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh” (Surah al-Nur : ayat 55).

***Tamat***

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s