LANGKAH KESELAMATAN UNTUK PARA JEMAAH UMRAH PADA BULAN RAMADAN

Image result for pasukan keselamatan Arab Saudi di Mekah memantau jemaah
Sejumlah 5000 CCTV dipasang untuk memantau sebarang ancaman keselamatan para jemaah Umrah dan Haji di Dua Masjid Suci

Pihak Berkuasa Keselamatan Awam Penerbangan Arab Saudi menggunakan segala keupayaan untuk menggerakkan pelbagai langkah bagi menjamin keselamatan jemaah umrah di Mekah dan Madinah, khususnya Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada bulan Ramadan.

Setakat 13 April 2019 sahaja, sejumlah 5.73 juta visa Umrah telah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi dengan 5.27 juta sudahpun berada di tanah suci Mekah dan Madinah, sebagaimana dilaporkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi.

Kebanyakan jemaah Umrah iaitu sejumlah 4.7 juta tiba di Arab Saudi melalui penerbangan manakala 504 ribu memasuki Arab Saudi melalui perjalanan laut.

Image result for Jemaah Umrah di Masjidil Haram pada Ramadan 2019
Sejumlah 5.73 juta Visa Umrah telah dikeluarkan pada April 2019 untuk para jemaah seluruh dunia

Kerajaan Arab Saudi amat berwaspada dengan kemasukan pelbagai warganegara atas tujuan menunaikan ibadat Umrah dan Haji, kerana pelbagai kemungkinan harus dihadapi terutamanya dalam era konflik antara fahaman sesat Syiah Iran serta negara-negara yang berpegang kepada Ahlul Sunah Wal Jamaah.

Jumlah jemaah yang terbanyak ialah dari Pakistan (1.2 juta) diikuti oleh Indonesia (808 ribu), Idia (513 ribu),  Mesir (31.6 ribu), Turki (250 ribu) Yaman (246 ribu) Malaysia (243.7 ribu), Algeria (226.5 ribu), Iraq (185 ribu) dan Jordan (148 ribu).

Langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah sebahagian daripada langkah-langkah menyeluruh bagi menyelaraskan gerakan keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan pihak berkuasa.

Image result for pasukan keselamatan Arab Saudi di Mekah memantau jemaah
Bilik Gerakan ICT Pasukan Khas Keselamatan yang canggih

Pihak Pemerintah Penerbangan telah menyusun pemantauan hariannya di udara Mekah dan Masjidil Haram termasuk kawasan-kawasan yang terbabit seperti Mina dan Jamrah serta lebuh raya yang memasuki Kota Mekah, baik daripada Jedah mahupun ibu negara di Riyadh.

Antara tugas harian yang dilaksanakan ialah memantau kawasan udara dan gerakan trafik di lebuh raya, menyediakan perkhidmatan perubatan dan bantuan logistik untuk badan-badan kerajaan. Sejumlah 5000 litar TV pemantau (CCTV) telah dipasang di kawasan strategik Dua Masjid suci untuk membantu gerakan menjaga keselamatan para jemaah. Dron juga digunakan buat pertama kalinya untuk memantau setiap ancaman keselamatan di dua Masjid Suci.

Image result for Drone used on makkah and Madinah
Dron juga digunakan bagi membantu pemantau keselamatan di Dua Masjid Suci

Pihak penerbangan juga menjalankan latihan untuk menangani sebarang kejadian kemalangan dan bertugas 24 jam setiap hari, dan 7 hari seminggu, bagi memastikan keselamatan jemaah Umrah.

Pelan keselamatan bagi Masjidil Haram diklasifikasikan kepada tiga perkara utama iaitu:

  • organisasi bagi mengurus dan mengawal keselamatan para jemaah,
  • melindungi para jemaah dan keselesaan mereka
  • menjaga soal kemanusiaan dengan menumpukan kepada bantuan untuk warga tua, bantuan kesihatan, bantuan kepada kanak-kanak dan mereka yang sesat di tengah kota.
Para pegawai yang bertugas di Bilik Gerakan pemantauan Pasukan Khas Mekah

Komandan pasukan khas yang menjaga kompleks Masjidil Haram, Major Jeneral Abdullah Al-Osaimi, melaporkan bahawa latihan tindakan keselamatan bagi operasi darurat di Masjidil Haram telah dijalankan dengan berjaya bagi mengatasi kejadian yang tidak diingini.

“Kami mengendalikan aliran masuk keluar para jemaah di kawasan Ka’bah untuk memastikan keselamatan dan keamanan mereka.”

Mengenai tugas pasukan khas, Abdullah menegaskan bahawa mereka harus memantau kapasiti masjid dan mengatur pergerakan jamaah menuju masuk dan keluar dari masjid.

Hal ini amat penting terutama pada waktu solat lima waktu dan juga solat Terawih.

“Kami menjagapintu masuk di bagian selatan, barat dan utara masjid agar tetap terbuka untuk para jemaah dan gerbang timur untuk keluar,” jelas Abdullah Al-Osaimi lagi.

Menurut beliau, selama Ramadan pihaknya akan membuka semua gerbang untuk para jemaah memasuki Masjidil Haram.

Al-Osaimi mengatakan bahawa mereka telah dilatih untuk mencegah sebarang tindakan yang negatif sebelum terjadi sesuatu yang membahayakan.

Beliau juga menegaskan bahawa petugas intelijen jenayah memainkan peranan penting dalam tindakan mereka, termasuk mengesan peragut dan pencuri.

Kamera keselamatan yang telah dipasang di dalam dan sekitar Masjidil Haram juga membantu mencegah sebarang tindakan negatif dan jenayah. Kamera membantu memantau kepadatan untuk mengambil tindakan cepat oleh petugas keamanan.

“Ruang operasi kami dilengkapi dengan peralatan canggih,” kata Al-Osaimi lagi. Dia juga menjamin bahawa pegawai keselamatan sentiasa berada dalam setiap kawasan masjid bagi menangani keadaan darurat termasuk kemungkinan terjadinya berbagai tunjuk perasaan. Operasi keselamatan dijalankan oleh pegawai yang sangat berpengalaman.

Pasukan Keselamatan di Dua Masjid Suci sedang mengadakan simulasi keselamatan di Masjidil Haram

Sementera itu, Jabatan Kebersihan Dua Buah Masjid Suci, juga menjadi tunggak kepada soal kebersihan dan kesihatan jemaah yang beribadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah baik pada bulan Ramadan mahupun pada musim Haji.

Pengarah Jabatan Kebersihan, Mohammed Al-Jabri melaporkan, sejumlah 2,497 buruh bekerja 24 jam sehari untuk membersihkan masjid dan berbagai premis di sekitar kawasan dua masjid berkenaan.

Dia menekankan bahwa tempat-tempat suci ini mendapat perhatian dan tumpuan utama daripada pemimpin negara.

Banyak projek dirancang dan dilaksanakan di kawasan dua masjid suci itu dengan matlamat untuk memastikan kemudahan dan keselesaan bagi para jemaah masjid. 

Sementara itu, Pemerintah Daerah Mekah, Khaled Al-Faisal, menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau dan memastikan semua jabatan awam dan pihak swasta yang terlibat dalam hal mentadbir jemaah umrah supaya memberikan layanan yang sempurna bagi jemaah sepanjang bulan Ramadan ini agar para jemaah dapat beribadah dengan sempurna dan selesa.  

Di samping itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengerahkan lebih 11 ribu kakitangan perubatan dan kesihatan di semua hospital dan pusat kesihatan di Makkah dengan kemudahan 170 ambulans. 

Ketua Pasukan Keamanan Khusus di Masjidil Haram, Yahya Al-Akeel, mengatakan pegawai keamanan akan sentiasa mengesan dan memantau setiap orang yang kemungkinan mengidap sakit jiwa dalam kalangan para jemaah. Jika ada yang dikesan, maka mereka akan segera Al-Akeel menjelaskan, sekitar 2.500 kamera akan memantau pergerakan jamaah di dalam Masjid al Haram dan sekitarnya.

****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s