PEMBERONTAK HOUTHI TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERMAHARAJALELA MUSNAHKAN KOTA SUCI MEKAH

Setelah melancarkan serangan pada 14 Mei lalu, ke atas dua pusat pengepam minyak Arab Saudi di Afif dan Dawadmi yang terletak kira-kira 320 km dari Riyadh , pemberontak Houthi dari Yaman melancarkan pula dua buah peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dan Jeddah pada 21 Mei.

Video dimuat naik daripada YouTube

Serangan ke atas dua pusat pengepam minyak dilakukan oleh pemberontak Houthi dengan menggunakan tujuh dron yang telah menyebabkan kebakaran kecil di salah sebuah pusat pengepam tersebut.

Walau bagaimanapun kebakaran dapat dikawal, sebagaimana dilaporkan oleh syarikat perusahaan minyak Arab Saudi, ARAMCO. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan bekalan minyak serta gas tidak terjejas ekoran insiden berkenaan.

Pusat pengepam minyak Afif dan Dawadmi adalah sebahagian daripada pusat pengepam yang menyalurkan minyak Arab Saudi melalui paip yang memintas semenanjung Arab dari Pelabuhan Yanbu di barat ke Abqaiq di sebelah timur.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-uhouthi-2.png
Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih

Menteri Tenaga Saudi, Khalid Al-Falih dalam kenyataannya yang dipetik daripada Saudi Press Agency (SPA), mendakwa bahawa serangan tersebut ditujukan ke dua pusat pengepam minyak di Afif dan Dawadmi yang menghubungkan saluran dari pelabuhan Yanbu di barat dengan Abqaiq di pantai barat.

Sebagaimana dilaporkan oleh stesen TV Masirah yang dikuasai oleh pemberontak Houthi, mereka telah memperakui bahawa serangan tersebut adalah sah daripada perbuatan gerila Houthi, namun tidak memberikan perincian terhadap tindakan pengganas itu.

ARAMCO, terpaksa menghentikan operasi penyaluran minyak yang merentasi semenanjung Saudi itu buat sementara, sebagai langkah pencegahan setelah serangan tersebut.

Dalam kejadian lain, dua buah kapal tanker milik Arab Saudi telah terbakar teruk sebagaimana dilaporkan AFP.

Kebakaran dikatakan akibat sabotaj daripada pihak pengganas yang berpihak kepada kerajaan Syiah Iran. Kejadian berlaku di Pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu, di Teluk Parsi.

Khalid al-Falih, mengatakan dua kapal tangki minyak milik Saudi, Al-Marzoqah dan Amjad mengalami kerosakan teruk dalam apa yang disebutnya ‘serangan sabotaj.’ 

Salah sebuah kapal tangki minyak yang terbakar di luar pelabuhan Fujairah, UAE

Walaupun tiada jiwa yang terkorban, dan tiada minyak yang tumpah ke laut namun serangan tersebut mengancam aktiviti import-eksport minyak antarabangsa di seluruh dunia serta memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia.

Beberapa penganalisis geopolitik telah menuding jari kepada kerajaan Syiah Iran sebagai bertanggung jawab.

Issam al Malakawi, penganalisis geopolitik Arab Saudi mengatakan bahawa Iran bertanggungjawab pada serangan di Fujairah itu sebagai satu tindakan memulihkan kekecewaan rakyat Iran yang terkesan akibat sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Namun Al Malakawi menegaskan bahawa Iran tidak sedar ia sedang bermain api, yang boleh menyebabkan konflik ketenteraan yang lebih besar.

Khattar Abou Diab, dari University Paris memberi persepsi bahawa orang-orang Iran bertanggungjawab memprovokasi krisis dengan mengupah pihak ketiga.

Abou Diab mengatakan, ada kemungkinan Iran melancarkan serangan dengan menggunakan agen-agennya di Syria, Lebanon atau Iraq, tetapi mengelakkan serangan terbuka ke atas negara-negara Teluk kerana takut campur tangan Amerika Syarikat. 

Walau bagaimanapun SPA melaporkan bahawa kapal induk Amerika USS Lincoln telah tiba di Selat Bab el Mandeb, di luar pantai Yaman, dalam perjalanan ke Teluk Parsi.

Tidak cukup dengan serangan pengecut itu, pihak pemberontak Houthi pada Selasa lalu (21 Mei) telah melancarkan pula serangan peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dan Jeddah.

Walau bagaimanapun pihak tentera udara Saudi telah berjaya memintas dan memusnahkan serangan dua peluru berpandu itu di udara Taif.

Terkini pada 23 Mei, sekali lagi mereka menyerang lokasi strategik Arab Saudi melalui dron bersenjata bahan letupan.

Kali ini mereka mensasarkan lapangan terbang Najran di barat-laut Arab Saudi berdekatan dengan sempadan Yaman.

Pemberontak Houthi adalah puak pemberontak yang ditubuhkan oleh Hussein Badruddin Al-Houthi yang berfahaman Syiah di Yaman pada 2004.

Sepuluh tahun kemudian pada 2014 mereka berjaya menguasai sebahagian daripada ibu kota Yaman, Sana’a dan pada Januari 2015 mereka berjaya menjatuhkan Presiden Abdul Rabbuh Al-Hadi yang kini melarikan diri di Arab Saudi.

Image result for Houthi terrorists from Yemen
Pemberontak Houthi yang kini dilabelkan sebagai ‘pengganas’ yang mengancam ekonomi dunia

Setelah Hussein Badruddin Al-Houthi dibunuh dalam konflik di Yaman, ayahnya Badruddin sendiri telah mengambil alih kepimpinan pemberontak Houthi.

Fahaman Houthi kini lebih condong kepada fahaman Syiah Imam Dua Belas, yang ekstrem dan ganas.

Kebencian mereka terhadap Arab Saudi adalah kerana Arab Saudi cuba melindungi penganut Islam tulen daripada Ahlul Sunah Wal Jamaah. Kebencian mereka menjadi lebih ganas apabila presiden Yaman dalam buangan sedang berlindung di Arab Saudi.

Gerakan pemberontak Houthi menjadi lebih kuat setelah mendapat sokongan daripada kerajaan Syiah Iran.

Situasi menjadi amat berbahaya dan mengancam kedudukan kota suci Mekah dan Madinah kerana Yaman adalah negara jiran Arab Saudi yang berada di bahagian Selatan.

Manakala puak Syiah yang dikepalai oleh kerajaan Syiah Iran juga sedang menguasai Syria di sebelah utara Arab Saudi.

Keadaan menjadi amat meruncing apabila Rusia juga turut bersekongkol dengan Iran dalam perang pengaruh Syiah di negara-negara Teluk.

******

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s