PENGGANAS HOUTHI YAMAN PAKSA KANAK-KANAK MENJADI TENTERA

Tentera militan Houthi yang kini menguasai Yaman menggunakan pujukan songsang ke atas kanak-kanak dengan fahaman sesat apabila menganugerahkan kunci pintu syurga kepada setiap seorang daripada mereka yang menyertai militan Houthi.

Seorang kanak-kanak yang terlibat dengan janji palsu itu telah mendedahkan dakyah tersebut kepada akhbar tabloid United Kingdom ‘The Mirror’.

Puak pemberontak Houthi yang kini dipimpin oleh Abdul Malik Al-Houthi, telah empat tahun menggunakan kanak-kanak sebagai tentera dalam peperangan saudara di Yaman.

Pada hujung tahun 2018 lalu, pegawai tinggi tentera Houthi, telah secara rasminya membuat perakuan kepada agensi berita AP bahawa kekuatan militan mereka telah turut disertai oleh 18,000 tentera kanak-kanak sejak perang saudara meletus pada 2014.

Kanak-kanak yang berusia semuda 10 tahun dilatih menjadi tentera dan berada di barisan hadapan dalam konflik bersenjata sesama rakyat Yaman.

Tentera kanak-kanak yang dipaksa menganggotai tentera Houthi di Yaman

Jika ada yang cuba melarikan diri daripada medan perang, mereka akan ditangkap dan dipaksa untuk terus memikul senjata atas nama militan Houthi.

Samah Hadid, Timbalan Pertubuhan Amnesty International yang berpusat di Beirut turut mendedahkan pencabulan prinsip Hak Asasi Manusia oleh pemberontak Houthi kerana mengerah kanak-kanak dan memisahkan mereka daripada kaum keluarga dan merampas ‘zaman kanak-kanak’ mereka untuk berada dalam kancah peperangan bersenjata yang pastinya mudah meragut nyawa mereka.

Salah seorang daripada mangsa, Ahmad Jesar, 13 tahun mendedahkan kepada ‘The Mirror’ bahawa dia telah diculik dan dipaksa memikul senjata oleh pemberontak Houthi.

Ahmad sedang berada di sekolah apabila beberapa orang lelaki datang di bilik darjah dan membawanya keluar. Dia berasa amat takut. Mereka memberikannya senjata dan memberi latihan selama seminggu, tetapi telah ditawan dalam peperangan bersenjata itu.

Rakannya telah terbunuh dan Ahmad telah melihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia sepatutnya melalui zaman kanak-kanak di padang permainan dan belajar di sekolah, bukannya melihat kematian rakan-rakan yang masih berada dalam zaman kanak-kanak.

Ahmad telah dibawa ke hospital kerana kecederaan. Dia melarikan diri daripada medan perang setelah tiada siapa mempedulikannya.

Seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun, Abdul Haziz mendedahkan bahawa mereka memaksa bapa saudaranya mengheret dirinya untuk menjadi tentera Houthi. Bapa saudaranya mati kerana serangan peluru berpandu dan menegaskan supaya dia menuntut bela. Abdul diberikan dadah yang dia tidak tahu apakah nama dadah itu. Walau bagaimanapun dia berjaya melarikan diri.

Menurut Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman, pihak Houthi yang ditaja oleh kerajaan Syiah Iran telah merekrut lebih daripada 10,000 tentera kanak-kanak dari tahun 2015 sehingga 2018.

Pihak PBB pula menyatakan bahawa ramai dalam kalangan ibu-bapa tidak mahu melaporkan kerana mereka takut tindakan ganas daripada pihak Houthi.

Jurucakap PBB itu berkata, golongan kanak-kanak Yaman yang berusia bawah 18 tahun diberikan dakyah yang menyesatkan manakala terdapat juga yang tertarik dengan ganjaran kewangan serta status sosial yang dijanjikan.

Puak pengganas Houthi telah menakluki Sanaa, ibu kota Yaman pada tahun 2014 sebelum mereka menyerang bahagian selatan negara itu dan berjaya mengenyahkan kerajaan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Peperangan itu meningkat pada Mac 2015 apabila gabungan yang diketuai Arab Saudi menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, memulakan kempen ketenteraan terhadap pemberontak.

Pengambilan dan penggunaan kanak-kanak dalam konflik bersenjata adalah dilarang oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan dikategorikan sebagai jenayah perang.

Sejak Mac 2015 peperangan saudara di Yaman telah meragut nyawa lebih daripada 7500 orang awam manakala 40,000 telah lagi cedera.

Kerajaan Syiah Iran dikatakan berada di sebalik tabir keganasan militan Houthi di Yaman dan kini mereka (Houthi) seringkali mencetuskan permusuhan ke atas Arab Saudi yeng menentang keras aliran pemikiran sesat Syiah yang ditaja oleh Kerajaan Syiah Iran di rantau Teluk. Kerajaan Syiah Iran juga sudah menguasai Syria.

Pada 21 Mei yang lalu, pengganas Houthi dari Yaman itu telah melancarkan dua buah peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dan Jeddah.

Walau bagaimanapun pihak tentera udara Saudi telah berjaya memintas dan memusnahkan serangan dua peluru berpandu itu di udara Taif.

Terkini pada 23 Mei, sekali lagi mereka menyerang lokasi strategik Arab Saudi melalui dron bersenjata bahan letupan.

Kali ini mereka mensasarkan lapangan terbang Najran di barat-laut Arab Saudi berdekatan dengan sempadan Yaman setelah menyerang pusat pengepam minyak Saudi di Afif dan Dawadmi yang terletak kira-kira 320 km dari Riyadh pada 14 Mei lalu.

*****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s