PENGGANAS HOUTHI KUASAI 20 PUSAT MILITARI DI NAJRAN, ARAB SAUDI?

Tentera pengganas Houthi Yaman yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran, mendakwa bahawa mereka telah menguasai 20 pusat militari di wilayah Najran, selatan Arab Saudi, meskipun dakwaan tersebut tidak mendapat apa-apa reaksi dari Arab Saudi sendiri.

Serangan pengganas Houthi dilakukan melalui dron bersenjata bermula dua minggu lalu, namun dikatakan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Pada 10 Januari lalu, enam tentera Yaman telah terbunuh akibat serangan dron Houthi semasa perbarisan tentera berlangsung di Sanaa.

Dron Houthi, gambar dipetik daripada AP

Jelaslah bahawa serangan dron bersenjata Houthi buatan Iran, adalah amat berbahaya, kerana serangan boleh dibuat dari jarak jauh dan jarang dapat dikesan.

Kedudukan Najran hanyalah 840 km daripada Riyadh, manakala dron Houthi boleh dikawal dalam jarak 900 km dengan kelajuan 150 km.s.j.

Video serangan dron Houthi ke atas tentera Yaman yang sedang mengadakan perbarisan di ibu negara, Sanaa.
Dimuat naik daripada YouTube.

Pada 14 Mei lalu, mereka juga telah menyerang pangkalan saluran minyak Arab Saudi di Afif dan Dawadmi dengan mengguna dron yang sama yang dinamakan ‘Ababil’ buatan Iran.

Namun tiada kerosakan serius, dan operasi saluran minyak yang merentasi semenanjung Saudi, kini telah beroperasi semula sebagaimana yang dilaporkan oleh ARAMCO.

Pada 21 Mei, pengganas Houthi juga telah cuba mengebom Riyadh dan Jeddah menggunakan peluru berpandu, namun telah dapat dipatahkan oleh tentera Saudi.

Siri keganasan Houthi juga berlangsung di Teluk Parsi berhampiran dengan pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila empat buah kapal tangki minyak, yang dua daripadanya dimiliki oleh Arab Saudi dan dua lagi milik UAE, telah disabotaj yang mengakibatkan kebakaran serius.

Kapal tangki minyak Saudi yang disabotaj oleh pengganas Houthi yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran

Tindakan tersebut yang didakwa digerakkan oleh pengganas Houthi, yang turut membangkitkan kemarahan Amerika kerana ia menjejaskan pengeksportan minyak global.

Jurucakap pihak pengganas Houthi, Yahya Sarei melaporkan kepada agensi berita SABA bahawa pusat tentera Saudi di wilayah selatan Kerajaan Saudi di Najran telah dikuasai dalam satu serangan mengejut selama tiga hari sejak 3 Jun lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih daripada 200 pegawai tentera pakatan Arab Saudi-UAE telah dibunuh atau setidak-tidaknya cedera parah, dan selainnya ditawan bersama-sama dengan senjata serta alat ketenteraan.

Walau bagaimanapun dakwaan Sarei tidak dapat disahkan secara bebas manakala pihak Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dakwaan Sarei itu.

TV Al-Masirah milik Houthi telah menghebohkan serangan tersebut dan beberapa pusat ketenteraan di Najran yang berdekatan dengan sempadan Saudi-Yaman telah dikuasai oleh militan Houthi.

Serangan dron pengganas Houthi di Najran

Konflik Saudi-Houthi telah bermula pada hujung 2014 apabila pengganas Houthi telah bersekongkol dengan Presiden Ali Abdullah Saleh dan menguasai sebahagian besar Yaman termasuk Sanaa, ibu negara Yaman.

Peperangan saudara di Yaman meletus pada Mac 2015 apabila pakatan militari Saudi-UAE melancarkan serangan ke atas Houthi bagi mempertahankan kerajaan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa di bawah kepimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini menjadi Presiden buangan Yaman yang berlindung di Arab Saudi.

Malangnya Houthi menggunakan taktik perisai manusia untuk menangkis serangan, manakala ribuan kanak-kanak semuda 10 tahun telah menjadi tentera paksaan Saudi.

Akibatnya ramailah orang awam dan kanak-kanak serta pihak rakyat yang memberontak menentang kerajaan Ali Abdullah Al-Saleh terbunuh dalam konflik perang saudara di Yaman.

Pihak pengganas Houthi dan kerajaan Al-Saleh dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran, yang dilihat sebagai amat mengancam kedudukan UAE dan Arab Saudi yang bersempadan dengan Yaman, apatah lagi kedudukan kota suci Mekah dan Madinah.

Kerajaan Syiah Iran difatwakan menjunjung fahaman sesat Syiah manakala banyak negara Teluk taat berpegang kepada Ahlul Sunah Wal-Jamaah, sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan sunah Rasululullah SAW.

Kerajaan Syiah Iran yang turut mencampuri konflik ketenteraan di Iraq dan Syiah, dilihat sebagai cuba memperluaskan pengaruh Syiah serta menjadikan negara-negara tersebut sebagai sebahagian daripada negara Parsi di bawah kuasa Iran.

Sekiranya benar dakwaan agensi berita SABA dan TV Al-Masirah tentang serangan dan penguasaan pengganas Houthi di Najran, maka Arab Saudi dan seluruh umat Islam tidak boleh berdiam diri, kerana penguasaan tersebut juga mengancam kedudukan kota Suci Mekah dan Madinah.

Sekiranya benar, ancaman militan pengganas Houthi menjadi amat kritikal lebih-lebih lagi bagi musim Haji sudah berdekatan.

Serangan ke atas Riyadh dan Jeddah oleh pengganas Houthi dengan menggunakan peluru berpandu Iran, meskipun telah dapat dipatahkan oleh tentera Saudi di Taif, tidak dilihat sebagai jaminan kepada keselamatan jemaah Haji.

Walaupun Allah telah berjanji untuk melindungi Mekah sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Fil, kerajaan Arab Saudi dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, tidak boleh duduk berdiam diri sahaja.

Sesuatu tindakan proaktif harus diambil bagi mengenyahkan ancaman Houthi dan juga puak pengganas yang lain seperti DAESH bagi menjamin keselamatan jemaah Haji dan Umrah yang menjalankan ibadah mereka di tanah suci.

*****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s