
Bekas ulama Syiah Hussein AlMuayad telah menemui kebenaran Islam yang sebenarnya daripada Al-Quran serta daripada ajaran Rasululullah Muhammad SAW, lantas meninggalkan ajaran sesat Syiah dan kini bersama-sama dengan Allul Sunnah Wal Jamaah.
Sebelumnya Hussein AlMuayad disanjung tinggi oleh kaum penganut Syiah di Iran dan menerimanya sebagai seoranf faqih dan ilmuan Syiah.
Dia telah diterima dan diiktiraf oleh penganut Syiah sebagai ulama yang mencapai darjat tertinggi dalam berijtihad (mujtahid Syiah).
Ayahnya Dr Abdul Kadir AlMuayad adalah seorang doktor dan juga penyair.
Semasa remajanya, Hussein AlMuayad telah mempelajari kitab-kitab Muqadimat, ilmu mantiq dan lain-lainnya tentang ilmu fiqih, usul dan rijal (ilmu perawi hadis) di AlKazimiya iaitu di Makam Imam Ke-7 di Baghdad Iraq.
Ketika berusia 15 tahun dia telah menulis sebuah buku tentang ‘mata air’ dan dinilai sebagai sebuah karya yang setara dengan nilai profesional.
Disebabkan beberapa hal yang tidak terduga, Hussein tidak meneruskan pengajiannya di Najaf sebaliknya membawa dirinya ke Damaskus, Syria dan kemudiannya dia berpindah pula ke Qum, Iran untuk menuntut ilmu.
Di Iranlah dia telah dilihat sebagai menganut ajaran Syiah malah dianggap sebagai ulama Syiah. Ketika itu dia telah
menulis sebuah buku bertajuk ‘Hasilat AlFikr fi Usul AlFiqh’.
Atas ketinggian ilmunya dalam bidang Fiqh dia telah disanjungi dan tidak kurang juga yang berasa iri hati terhadap keilmuannya.
Ketika berusia 25 tahun dia telah menulis sebuah buku tentang Fiqh bertajuk ‘Sharhun Ala Al Urwatul Wutsqo’.
Dengan ketekunannya mendalami ilmu dan menulis sejak berusia 15 tahun, jelaslah bahawa Hussein AlMuayad adalah seorang ulama yang memenuhi hidupnya untuk mencari kebenaran agama Allah.
Namun pada satu titik hidupnya, dia mula menerima cahaya syiar Islam.
Dalam perjalanan itu dia menemui sesuatu yang mula memisahkan dirinya daripada ajaran Syiah apabila dia mendapati, “Semakin dengan engkau membawa Syiah kepada Al-Quran, maka engkau akan mendapti semakin jauh ajaran Syiah itu daripada kepercayaannya (Al Quran dan Allah), kerana Al-Quran dan Syiah berada pada dua penghujung yang berlawanan.”

Dengan itu bagi Syeikh Hussein, “Cara terbalik untuk membimbing dan membawa seorang penganut Syiah kepada kebenaran Islam ialah dengan membawa ia membuka fikiran dan hatinya kepada Al-Quran.”
“Ketika seseorang penganut Syiah itu membuka fikiran dan hatinya kepada Al-Quran maka secara otomatisnya dia akan sedar tentang kesesatan Syiah dan akan meninggalkan ajaran Syiah yang sesat itu.”
“Seseorang penganut Syiah itu akan mendapati bahawa kepercayaan Syiah itu (tasyayyu) tidak didukung atau disandarkan kepada Al-Quran. Dengan kata-kata lain, ajaran Syiah itu telah membelakngkan Al-Quran.”
Dengan itu jugalah Syiekh Hussein menegaskan bahawa “tidak ada gunanya menganut kepercayaan yang membelakngkan Al-Quran dan tiada maknanya berpegang kepada kepercayaan yang tidak bersandarkan Al-Quran.”

Umat Islam yang mengikuti kisah perjalanan hidup Syeikh Hussein akan mendapati bahawa, kaum Syiah amat menyanjung tinggi dan mengiktiraf keilmuannya, namun setelah Syeikh Hussein meninggalkan ajaran Syiah, mereka terus mengutuk dan menghinanya.
Ulama Syiah mempertikaikan bahawa pada masa lalu tiada sesiapa daripada kalangan penganut Syiah yang meninggalkan ajaran Syiah untuk bersama-sama dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Sunni), meskipun dalam kadar 1%.
Walau bagaimanapun kenyataan itu adalah satu dakyah dan tidak benar sama sekali, kerana sememangnya ada ramai yang telah meninggalkan Syiah dan Syeikh Hussein AlMuayad bukanlah ulama yang pertama dan terakhir meninggalkan ajaran sesat Syiah.
Antara ulama Syiah (Ayatullah) yang telah meninggalkan ajaran sesat itu ialah:
- Ayatullah Syed Asadullah Khaarqani
- Ayatullah Uzma Syariat Sanglji
- Syeikh Ali Asghar Mahauddin Banabi
- Ayatullah Uzma Syed Abul Fadl Burqai
- Alamah Ismail Al Ishaq Al Khoeini
- Syed Musa Musawi Isfahani
Senarai tersebut hanyalah untuk menyenaraikan beberapa saja sedangkan ramai lagi ulama Syiah yang telah meninggalkan ajaran sesat itu secara bersembunyi kerana di Republik Syiah Iran, meninggalkan ajaran Syiah bermakna seseorang itu akan dihukum bunuh ataupun dipenjara.
Terdapat bekas ulama Syiah, Ahmad Al Khatib yang menolak keberadaan Imam Mahadi.
Begitu juga dengan Ayatullah Fadlullah yang menolak penindasan terhadap Fatimah Al Zahra.
Kamal Al Haydari yang dahulunya giat menyebarkan fitnah terhadap Sunni, sekarang telah bertaubat dan dianggap sebagai duri dalam daging Syiah.
Ketika Syeikh Hussein Al Muayad masih patuh pada ajaran Syiah, dia disanjung sebagai putera terbaik Syiah dan diberi pelbagai gelabar seperti Syeikh, faqih, alim dan pelbagai gelaran sanjunga.
Kini setelah Shiekh Hussein bertaubat meninggalkan ajaran sesat Syiah, dia dikutuk dengan gelaran keji dan busuk.

Jelaslah tingkah laku penganut Syiah amat mirip dengan kaum Yahudi di Madinah suatu ketika dahulu.
Sikap pendusta kaum Yahudi samalah dengan sikap kaum Syiah yang pendusta.
Seorang ilmuan yang dahulunya dianggap terbaik, jujur, alim dari keturunan terhormat dan terpuji kini dianggap pembohong, busuk, dan keji setelah beliau meninggalkan ajaran sesat yang terpesong daripada Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW.
Dengan sebab itulah Syiah Imamiyah disindir sebagai sepupu kepada Yahudi.
*****