ARAB SAUDI LANCARKAN TRANSFORMASI BUDAYA

Menteri Kebudayaan Saudi, Putera Badr bin Abdullah bin Farhan telah mengumumkan inisiatif baru yang direka bentuk untuk mentransformasikan sektor kebudayaan sebagai sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat dalam satu majlis di Riyadh pada 27 Mac lalu.

Keratan sumber berita, dipetik daripada Arab News

Sebelum itu pada majlis yang sama, Kementerian Kebudayaan Saudi telah membentangkan hala tuju kebudayaan negara bertempat di Muzium Daerah di Riyadh.

Putera Badr bertitah, “Kementerian Kebudayaan Arab Saudi berhasrat untuk mereka bentuk suatu persekitaran yang menyokong bakat negara dalam semua bidang dan sektor serta mempertahankan kekayaan dan budaya negara.

“Negara berasa bangga kepada penggerak budaya serta mereka yang berbakat kerana dengan usaha mereka telah membawa pencapaian tinggi yang belum pernah diperolehi sebelum ini serta anugerah penting.”

Terdapat 27 inisiatif yang dibentangkan yang disokong oleh Kementerian Kebudayaan. Antaranya ialah:

  1. Arkeb Filem Nasional
  2. Latihan seni dan budaya
  3. Program budaya kanak-kanak
  4. Festival budaya
  5. Dokumentasi tradisi lisan dan warisan yang pupus
  6. Pameran seni kontemporari
  7. Pembangunan perpustakaan awam
  8. Minggu fesyen
  9. Festival masakan nasional
  10. Seni pada pentas masyarakat
  11. Skim visa seniman
  12. Bandar budaya Saudi
  13. Anugerah budaya untuk seni dan sastera
  14. Rumah budaya
  15. Panggung kebangsaan
  16. Biasiswa budaya
  17. Pesta filem Laut Merah
  18. Pusat Bahasa Arab Raja Salman

“Kementerian Kebudayaan Arab Saudi telah berusaha untuk menyebarkan budaya Arab Saudi yang kaya dengan cara yang terbaik berdasarkan matlamat rancangan reformasi Wawasan 2030 untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengangkat aspirasi rakyat,” titah Putera Badr lagi.

Majlis berkenaan telah menarik perhatian penggiat media, usahawan, seniman, pegawai kerajaan, golongan budayawan, dan wakil kerajaan daripada seluruh dunia.

Majlis juga telah disajikan dengan persembahan orkestra daripada kumpulan muzik tradisional Saudi serta majlis makan malam atas jemputan Putera Badr serta Pusat Warisan Abdul Aziz.

Antara inisiatif baru Kementerian Kebudayaan ialah memberikan sokomngan kepada seniman, program biasiswa, anugerah seni, pesta budaya, pameran, perpustakaan, minggu fesyen, panggung nasional, arkeb filem nasional, bandar budaya serta skim visa untuk seniman antarabangsa datang mengunjungi Arab Saudi.

Putera Badr juga bertitah, “Hari ini telah mencatatkan satu titik perubahan dalam sejarah negara kita. Ia adalah sesuatu yang amat jarang dilakukan dalam kebangkitan budaya yang ketara. Namun inilah yang berlaku.

Bagi masa sdepan anak-anak, kita akan membangunkan Arab Saudi dengan ruang yang menyemarakkan semangat kreativiti, yakin kepada sejarah silam mereka, dan melangkah gagah ke arah masa depan bagi menghadapi dunia,” titah baginda lagi.

Transformasi budaya Arab Saudi itu telah mendapat sokongan mantap daripada seniman konseptual tersohor Arab Saudi serta Aram Kabbani, salah seorang perunding fesyen serta seni pakaian yang terkenal.

ARAB SAUDI BERSAMA DUNIA ARAB MENEROKA ANGKASA LEPAS

Impian Agensi Angkasa Lepas ‘Dunia Arab’ yang terdiri daripada Arab Saudi dan negara-negara ‘Dunia Arab’ hampir menjadi realiti, apabila perjanjian Pan-Arab pertama dimeterai untuk menyelaraskan program penerokaan angkasa lepas nasional.

Anggota Delegasi daripada Sebelas negara Dunia Arab yang terlibat dalam Kongres Angkasa Lepas Global

Perjanjian tersebut telah dipersetujui dalam Kongres Angkasa Lepas Global di Abu Dhabi yang melibatkan sebelas negara di Semenanjung Arab dan Afrika Utara pada 19 Mac lalu.

Kongres Angkasa Global berlangsung dari 19 hingga 21 Mac itu menjadi acara penting menghimpunkan pemimpin dalam industri angkasa dari Timur Tengah dan Afrika Utara.

Negara Dunia Arab yang terlibat dalam Perjanjian Pan-Arab di Kongres Angkasa Lepas Global

UAE diwakili oleh Pemerintah Dubai, yang juga merangkap Naib Presidennya Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum. Beliau telah mengisytiharkan bahawa perjanjian Pan-Arab itu akan memulakan projek sistem satelit yang akan dibina di UAE.

“Saya yakin pada kebolehan cendekiawan dan saintis Arab. Kami menamakan satelit program penerokaan angkasa lepas nasional ini sebagai ‘Satelit 813’ sempena tarikh penanda kepada kemakmuran Dewan Kebijaksanaan Baghdad semasa pemerintahan Al-Makmun,” kata Sheikh Mohammad.

Perjanjian Pan-Arab itu dipersetujui sebulat suara oleh negara-negara terlibat dengan kerjasama kepakaran sains dan teknologi daripada semua negara terbabit.

Berita berkenaan Agensi Angkasa Lepas Arab- Dipetik daripada Arab News

“Satelit 813 memerlukan kepimpinan daripada negara terbabit dan UAE telahpun menyediakannya,” kata Dr Mohammad Al-Ramadhan, pengarah Direktoriat Penyelidikan di ‘Yayasan Kecemerlangan Sains Kuwait.’

Secara dasarnya kongress berkenaan telah memulakan inisiatif penerokaan angkasa lepas dan pelancaran satelit 813 akan menjadi satu anugerah kepada Dunia Arab dan membuka ruang kepada saintis dan jurutera daripada negara-negara Arab untuk bersama-sama terlibat.

Dengan dorongan daripada perjanjian kongres ini, peluang akan terbuka dan masa depan Dunia Arab akan turut berubah.

Turut hadir dalam kongres tersebut ialah delegasi daripada Suruhanjaya Angkasa Lepas Saudi yang bertujuan  menghubungkan rakan serantau dan menjalankan penyelidikan untuk strategi kebangsaan Arab Saudi.

Suruhanjaya Angkasa Lepas Arab Saudi yang telah ditubuhkan pada hujung 2018 mendukung objektif untuk menyelia dan mengawal selia sektor angkasaa lepas Arab Saudi, bekerjasama dengan rakan-rakan organisasi seperti badan Sains dan Teknologi Raja Abdul Aziz, Kementerian Pertahanan, universiti-universiti, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Matlamat utama ialah menjadikan sektor berkenaan menjana keuntungan dan memberi sumbangan kepada ekonomi serta peluang pekerjaan.

Negara-negara Arab mempunyai potensi yang ketara dalam penerokaan angkasa lepas, terutamanya kerana 60-70% segmen penduduknya yang terdiri daripada kaum muda.

Ramadhan menyatakan bahawa sekiranya negara-negara Arab boleh menggunakan pendapatan daripada sumber minyaknya untuk membiayai golongan belia, pastinya mereka akan mencapai matlamat yang direncanakan.

Kerajaan Arab Saudi telah pun membina inspirasi untuk meneroka angkasa lepas sebagaimana Riyadh dengan megahnya menghantar Sultan bin Salman Al-Saud ke angkasa lepas pada 1985, yang menjadikannya sebagai tokoh Arab yang pertama sampai ke angkasa lepas.

Tokoh-tokoh ulung daripada Kuwait, Algeria, Morocco, Mesir, Lebanon, Jordan termasuk UAE telah bersama pada hari kedua Kongres untuk berbincang perkembangan yang berkaitan program satelit itu.

“Kerjasama antara negara-negara Arab amatlah penting untuk kejayaan kita bersama. Ia adalah satu inisiatif yang positif and kita daripada Dunia Arab hendaklah mengambil kesempatan ini bagi menggunakan semua sumber kewangan kita melalui cara yang sebaik mungkin,” kata Ketua Pengarah Pusat DiRaja Georafik Jordan, Brig. Gen. Dr. Awni Al-Khasawneh, director general of the center.

Menurut Al-Ramadhan, cabaran yang paling ketara yang di hadapi oleh negara yang terlibat dalam progran angkasa lepas ini ialah soal kewangan.

“Kita perlukan bajet yang besar. Dengan itu keupayaaan atau sumber dari sebuah negara sahaja tidak mencukupi. Inisiatif baru adalah penyelesaian masalah kekurangan penajaan di samping membantu untuk menolak halangan psikologi bahawa projek angkasa lepas seperti ini hanyalah sesuai untuk negara kuasa besar sahaja,” kata Al-Ramadhan.

Ramadhan juga mengegaskan objektif yang paling utama bukanlah sekadar menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi generasi muda Arab yang mempunyai wawasan untuk pergi lebih jauh lagi. Teknologi angkasa boleh membantu kualiti alam sekitar serta udara yang sihat.

Apa jua hasil perjanjian Pan-Arab itu, projek Satelit 813 diterjemahkan sebagai satu usaha bukan sahaja menyatukan Dunia Arab melalui teknologi angkasa, tetapi ia juga merupakan dan lonjakan kekuatan Dunia Arab dalam menghadapi saingan kuasa besar dunia.

*****

RAKYAT NEW ZEALAND BERI SOKONGAN KEPADA MUSLIMIN CHRISTCHURCH PASCA TRAGEDI PEMBUNUHAN

Video dimuat turun dari YouTube
Ribuan rakyat New Zealand datang mengunjungi Christchurch untuk mengucapkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan sahabat handai mangsa serangan pengganas di dua buah Masjid Christchurch- Foto dari Reuters

Pada 22 Mac lalu, seminggu selepas tragedi pembunuhan umat Islam di masjid Christchurch, ribuan rakyat New Zealand datang mengunjungi umat Islam yang sedang bersedia menunaikan solat Jumaat.

Tragedi menyanyat hati yang mengakibatkan kematian kira-kira 50 umat Islam yang mahu menunaikan solat Jumaat bermula di Masjid  Al Noor dan kemudiannya Masjid Linwood apabila tembakan rambang dilepaskan ketika para jemaah sedang menunggu khutbah Jumaat.

Perhimpunan menyokong kaum Muslimin itu telah diadakan pada hari Jumaat juga pada waktu yang sama ketika umat Islam sedang bersedia untuk menunaikan solat Jumaat.

Meskipun Masjid Al Noor ditutup untuk membantu siasatan polis, namun kaum muslimin tetap juga berjemaah di luar masjid untuk menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT.

Apa yang menarik ialah perhimpunan tersebut turut disertai oleh Perdana Menteri New Zealand Cik Jacinda Ardern.

Di tengah-tengah hipunan itu terdapat sepanduk yang dipegang oleh dua orang berdekatan tempat berwuduk yang mencatatkan,“Kami menyokong jiran-jiran Muslim kami.”

Perkara yang mengkagumkan ialah pakaian kaum wanita bukan Islam yang datang dengan memakai jilbab berwarna-warni bagi menunjukkan sokongan mereka kepada kaum Muslimin.

Masyarakat tempatan bukan-Islam berpendapat bahawa New Zealand selama-lamanya berubah disebabkan pembunuhan itu kerana ia telah membangkitkan semangat perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan rakyat.

“Negara ini bersatu padu dalam perkara ini dan tidak ada yang akan memecahbelahkannya,” kata seorang penduduk Christchurch, John Dale, 59 tahun, yang datang bersama temannya, Cik Shirley, yang turut memakai jilbab putih.

“Kami akan berdiri di belakang satu sama lain tidak kira sesiapa sahaja. Muslim, Kristian, agama apa pun.”

“Mereka dalam kesedihan, mereka memerlukan kita, jadi paling sedikit yang kita boleh lakukannya ialah berdiri di sisi mereka,” kata Cik Wood, seorang penduduk tempatan Christchurch.

Air mata mengalir pada wajah Cik Hasma Adeeb, 23 tahun, ketika beliau dipeluk oleh beberapa orang bukan Islam yang datang mengucapkan takziah.

Ayah Hasma, Allahyarham Adeeb Ahmed telah terbunuh ditembak dua kali dalam serangan itu apabila beliau merebahkan dirinya di atas anak lelakinya, Ali, saudara kembar Hasma, untuk menyelamatkannya daripada turut ditembak.

Hasma menyifatkan jumlah besar wanita bukan Islam yang datang dengan memakai jilbab sebagai satu lambang yang “cantik”.

“Hari ini kami benar-benar merasakan sokongan daripada semua orang. New Zealand mengagumkan. Kehadiran mereka di sisi kami sangat bermakna kepada kami semua. Ia satu pandangan perpaduan yang indah, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.”

Kerajaan New Zealand juga telah memberikan jaminan kepada umat Islam yang tinggal di negara itu bahawa mereka “selamat dan aman” selepas kejadian serangan pengganas yang tidak bertanggung jawab itu.

Dalam satu pertemuan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turkey, Menteri Luar New Zealand, Encik Winston Peters berkata “Kami akan memastikan kaum Muslimin di New Zealand berasa selamat dan aman selamat dan keselamatan mereka akan menjadi fokus kami.”

Menteri Luar Turkey, Mevlut Cavusoglu, turut memuji pihak berkuasa New Zealand dan “mesej perpaduan ikhlas” mereka.

Tambah Mevlut, “Kami berada di sini untuk menunjukkan bahawa kita adalah satu kesatuan yang menentang tindakan Islamophobia di seluruh dunia,” katanya sebagaimana dilaporkan Reuters.

*****

ARAB SAUDI: NEGARA KE-9 TERKUAT DUNIA DAN TUNJANG MENENTANG PENGGANAS GLOBAL

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Arab Saudi sebagai negara ke-9 terkuat di dunia dari aspek pengaruh politik keteguhan ekonomi, kedudukannya dalam geopolitik antarabangsa, kekuatan ketenteraan serta peranannya atas pentas antarabangsa.

Jet tempur F-15 milik Arab Saudi

Tidak dinafikan dalam kalangan negara-negara Islam, Arab Saudi adalah berperanan pemimpin Islam di arena global.

Pengiktirafan itu dibuat daripada kajian geopolitik antarabangsa yang dijalankan oleh University Pennsylvania dan telah diuar-uarkan dalam majalah terkenal Business Insider dalam wacana bertajuk ‘Negara Terbaik Dunia 2019’.

Dalam kajian itu, Amerika Syarikat berada dalam ranking teratas diikuti oleh Rusia, China, German dan Britain.

Arab Saudi juga telah diiktiraf sebagai ‘Gergasi Timur Tengah’ and kerajaan yang memiliki telaga dan simpanan minyak yang amat besar. Ia juga memiliki kuasa pengeksport minyak ke atas banyak negara di dunia.

Di samping pengaruh dan kekuatan geopolitik, ekonomi serta ketenteraan, Arab Saudi juga merupakan negara yang amat istimewa bagi negara-negara Islam di seluruh dunia kerana menjadi destinasi ibadat Haji dan Umrah di mana terletaknya dua masjid suci; Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Madinah.

Kajian tersebut telah dikendalikan oleh University Pennsylvania, Amerika Syarikat, yang menggunakan 20,000 responden dari seluruh dunia yang melibatkan 80 buah negara.

Dalam senarai sepuluh teratas kajian tersebut juga telah meletakkan Perancis, Jepun, Korea Selatan serta Emiriah Arab Bersatu.

Selain itu, General Tentera (Bersara), John Abizaid yang juga merupakan calon Presiden untuk jawatan Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, juga telah mengiktiraf Arab Saudi sebagai negara penting dunia yang memainkan peranan menentang keganasan global.

Abizaid menyatakan pendiriannya bahawa ia merupakan satu kebanggan bagi Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam konteks menentang keganasan global, apatah lagi dengan kedudukan Arab Saudi sebagai negara yang terkuat di Dunia Arab.

Arab Saudi telah memberikan sumbangan yang amat signifikan untuk menentang gerakan ektremisme global yang boleh dilihat dengan lumpuhnya kumpulan pengganas Daesh meskipun ia terus menjadi ancaman kepada kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.

Dengan itu Abizaid berpandangan bahawa hubungan Arab Saudi dengan Amerika Syarikat hendaklah diperkukuhkan demi menjaga kestabilan keselamatan negara di rantau Arab.  

Abizaid juga percaya bahawa rejim Iran menjadi katalis kepada ketidakstabilan rantau Arab. Kerjasama ketenteraan dengan Arab Saudi dan sekutunya di Yaman adalah penting sebagai usaha mempertahankan diri dalam kalangan sekutu Arab Saudi dan rakan-rakan Amerika.

Kerjasama ketenteraan juga akan dapat mengurangkan risiko keselamatan orang awam di Yaman.

****

Nota: Dr Alimin Muslimin ialah Perunding Media

KERAJAAN ARAB SAUDI BERSAMA PEMIMPIN DUNIA MENGUTUK SERANGAN DUA MASJID DI NZ

Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas dua masjid Christchurch, New Zealand ketika umat Islam sedang bersedia menunaikan solat Jumaat.

Kepimpinan Arab Saudi dengan kerasnya menyatakan bahawa serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu telah menggoncang dunia dan mengakibatkan 49 jemaah solat Jumaat dan mencederakan lebih 40 yang lain dalam kejadian tembakan rawak itu.

Yang Mulia Raja Salman Abdul Aziz telah mengirim ucapan takziah kepada Ketua Governor New Zealand, Dame Patsy Reddy untuk meluahkan perasaan baginda serta sokongan kepada mangsa serta keluarga mangsa yang terlibat.

Image result for RAJA SALMAN DAN PUTERA MAHKOTA ABS
Yang Mulia Raja Salman bersama Putera Mahkota Arab Saudi: Arab Saudi sepenuhnya menentang dan memerangi keganasan

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman juga telah mengirim ucapan takziah kepada Ketua Governor untuk menegaskan tentangan sepenuhnya negara Arab Saudi dalam memerangi keganasan.

Baginda Raja Salman dan Putera Mahkota mendoakan agar mereka yang cedera segera kembali sihat serta meminta ahli keluarga agar sabar menerima dugaan tersebut.

Kementerian luar Arab Saudi juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas dua masjid di bandar Cristchurch, yang telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan.

Menteri Luar Arab Saudi amat mengutuk serangan bersenjata ke atas dua masjid di New Zealand ketika para jemaah sedang bersedia menunaikan solat Jumaat yang mengakibatkan banyak kematian serta kecederaan.

“Kerajaan Arab Saudi menentang segala bentuk terorisme, tidak kira daripada pihak mana sekalipun. Keganasan tidak mempunyai tempat berlindung dan negara. Kerajaan Arab Saudi berpendirian bahawa semua agama hendaklah dihormati,” tegas Menteri Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi.

Kementerian Luar Arab Saudi juga mengulangi kepentingan bagi masyarakat dunia menghormati semua agama justeru mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman di dua masjid yang terlibat serta rakyat New Zealand.

Dengan harapan agar mangsa yang cedera segera pulih, pihak kedutaan Arab Saudi juga mengesahkan bahawa terdapat dua warganegaranya yang cedera dalam tembakan rambang yang tertuju kepada para jemaah ketika menunaikan solat Jumaat itu di Christchurch.

Pemimpin politik serta negara-negara Islam di Timur Tengah telah turut menyampaikan rasa simpati mereka kepada ahli keluarga mangsa.

Antara pemimpin yang megutuk keras serangan masjid di Christchurch itu ialah Anwar Gargash, Menteri Hal Ehwal Luar Emiriah Arab Bersatu.

Gargash menyatakan, “Usaha kita memerangi keganasan dan kebencian hendaklah diteruskan dengan semangat baru. Simpati dan doa kami sentiasa bersama ahli keluarga dan mangsa.”

Raja Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, juga telah melahirkan ucapan takziah baginda dan melahirkan rasa kesal apabila ‘pada hari Jumaat yang mulia di tempat suci di mana umat Islam beribadah di masjid, kita telah saksikan jenayah yang paling kejam yang disaluti kebencian agama.”

Universiti Al-Azhar Mesir pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa serangan berkenaan telah mencabuli kesucian rumah Allah.

”Kami memberi amaran bahawa serangan tersebut adalah satu petunjuk akibat atau kesan yang mengerikan daripada meningkatnya ucapan kebencian, xenofobia dan sebaran islamofobia.”

Banyaklah lagi usaha yang harus dilakukan untuk mempromosikan kewujudan pelbagai agama dan budaya, sebagaimana disebut dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh universiti Al-Azhar itu.

Ketua Perunding Keamanan Palestin, Saeb Erekat, melabelkan serangan itu sebagai akibat ideologi perkauman yang berterusan untuk mewujudkan peperangan agama.

Bahrain, Kuwait dan Oman juga mengutuk serangan bersenjata di masjid Christchurch itu.

Ketua Setiausaha OIC yang terdiri daripada 57 negara Islam, Youssef al-Othaimeen, berkata, “Tragedi Christchurch menjadi amaran lanjut terhadap bahaya ideologi kebencian, sikap tiada tolak ansur dan islamofobia.”

Mesej daripada Ratu Elizabeth, UK

Ratu Elizabeth juga mengeluarkan kenyataan simpati dan sedih atas kejadian yang amat memilukan di Christchurch. Baginda dan Putera Phillip telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa yang merasai kepedihan dan kesedihan kehilangan mereka.

Othaimeen juga meminta New Zealand menyediakan perlindungan yang lebih berkesan kepada komuniti Islam yang bermastautin di negara itu. Beliau juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada mereka yang menjadi mangsa pembunuhan itu.

Ketua Setiausaha PBB, General Antonio Gureres amat terperanjat dan sedih dengan serangan pengganas di Christchurch and beliau menyeru ahli masyarakat di nana jua supaya bekerjasama untuk menolak “islamofobia and buang sikap tidak bertolak-ansur serta keganasan daripada pihak ekstremis.”

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric pula mewakili Pengerusi PBB menyatakan kepada pemberita bahawa “kesucian masjid and semua tempat beribadah hendaklah dipelihara dengan serius.”

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan merasa amat terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada masjid itu. Tragedi ini menjelaskan bahawa pengganas tidak mempunyai negara. Beliau turut mendoakan kesejahteraan mangsa dan ahli keluarga mereka.

pakistan,Pakistan PM Imran Khan,imran khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan

Dalam peristiwa berdarah itu Empat warga Pakistan telah cedera. Menurut jurucakap pihak kedutaan Pakistan, Mohammad Faisal, selain yang cedera, terdapat lima rakyat Pakistan yang hilang setelah serangan berdarah Jumaat itu.

Pakistan menterjemahkan serangan itu sebagai “pencabulan nilai kebebasan, kesucian amalan keagamaan dan kemanusiaan. Mana-mana negara tidak boleh bertoleransi terhadap pencabulan sedemikian.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan sekurang-kurangnya tiga warganegara Tuki telah cedera dalam kejadian itu.

Image result for erdogan mengutuk serangan masjid christchurch
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan masjid di Christchurch

Erdogan menterjemahkan suspek serangan itu sebagai, “manusia yang mentalnya tidak stabil, tidak bermoral, jahat dan sampah masyarakat. Dia telah memilih golongan yang tidak berdosa sebagai sasaran pengecutnya.”

Sumber:

VIDEO- JANGAN SOKONG PEMIMPIN KAFIRUN

Video dimuat turun daripada YouTube – Diterbitkan oleh ALINA jOHNSON

Dengan merujuk dan meneliti situasi politik semasa Malaysia, amat jelaslah bahawa kerajaan Pakatan Harapan, sebagaimana diperakui oleh Tun Mahathir, telah didominasi oleh pemimpin kafirun atau dengan ertikata kuasa politik Malaysia pada masa ini sedang diterajui dan dikuasai oleh kafirun DAP.

DAP yang sebelumnya dikaitkan dengan ideologi komunisme dengan falsafah dan prinsip Malaysian Malaysia, amat jelas mendukung rasa benci dan dengki dengan kuasa politik Melayu-Islam. Dengan itu mereka telah menyebarkan dakyah yang bersifat anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja-Raja Melayu.

Berselindung dengan falsafah ‘Malaysian Malaysia’ yang lebih bersifat cauvinis-Cina, mereka sebenarnya sedang cuba memadamkan dan mengubah Perlembagaan Persekutuan dalam peruntukan hak dan keistimewaan Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara, serta hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Strategi pemimpin kafirun ini jelas dalam usaha mereka meratifikasi ICERD dan terkini menandatangani Statut Rome yang akan mencairkan kuasa Raja-Raja yang menjadi payung agama Islam di Malaysia.

Mahathir telah mengaku bahawa dia dilantik oleh DAP dengan maksud tersurat dan tersirat, dia adalah boneka atau kaldai DAP.

Meskipun terdapat parti PPBM, PAN dan PKR, namun kekuatan ahli parlimen kafirun adalah lebih kuat dari segi kuantiti ahli parlimen mereka yang menjadi majoriti di parlimen kerajaan PH.

Dengan itulah suara Muslimin daripada PPBM, PAN mahu PKR tidak kuat sebagaimana suara DAP dan bukan-Islam.

Ahli DAP misalnya Teresa Kok telah secara terang-terangan menolak Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Ini bermakna dia boleh didakwa kerana menentang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Dengan itu juga dia dan DAP menentang segala nilai yang berkait dengan Islam dalam perlembagaan dan undang-undang negara, termasuk membenarkan kemurtadan dalam kalangan umat Islam Malaysia.

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman telah mendedahkan perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya dan menjadikan negara ini sebagai negara Kristian.

Dipetik daripada Minda AIDC

Perancangan DAP menjadikan Malaysia negara Kristian, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Image result for salib gergasi di Pulau Pinang
Salib gergasi di Pulau Pinang yang mahu dijadikan negeri Kristian

Firman Allah dalam Surah An-Nissa ayat 138-144, amat jelas mencegah umat Islam memilih kaum kafirun dalam kepimpinan negara. Marfumnya adalah seperti berikut:

138 : Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

139: (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

140: Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

141: (Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.

142: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

143: Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

144: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Benarlah firman Allah itu.

Sesungguhnya, dengan apa yang dapat dilihat pada senario politik Malaysia hari ini, Pakatan Harapan telah dengan jelas sekali melanggari perintah Allah kerana bersubahat dengan kafirun.

Lihatlah bagaimana mereka menghina Rasulullah SAW, pemimpin Cina dibenarkan mempersenda dan menggunakan ayat Quran dalam kempen mereka, LGBT dan pemurtadan umat Islam dibenarkan, harta milik orang Islam termasuk milik Tabung Haji diselewengkan dan diletakkan di bawah kuasa pemimpin kafirun, tentera Malaysia diletakkan di bawah kuasa menteri yang merupakan penganut Syiah, penjawat awam yang majoriti besarnya adalah orang Islam akan dilucutkan jawatan, orang Islam seperti penduduk Memali dibunuh sedangkan rusuhan yang jelas ganas di kuil Mariamman Seafield dibiarkan sehingga terbunuhnya anggota Bomba Adip Adam, penceramah agama dikawal oleh menteri bukan-Islam DAP, orang melayu-Islam dihalau dari rumah PPR Taman Manggis Pulau Pinang, peruntukan mendirikan masjid ditarik balik, peluang kerja di syarikat swasta milik Cina disekat pada kaum Melayu-Islam, dan banyaklah lagi penganiayaan terhadap umat Islam di bawah kepimpinan kerajaan PH-DAP dengan Perdana Menterinya yang merupakan boneka DAP.

Kepada rakyat Islam yang memilih kerajaan PH-DAP serta pemimpin munafik yang menjadi kaldai DAP, tanggunglah dosa dan tunggulah balasan dan seksa Allah di akhirat nanti.

*****

FAHAMAN SESAT SYIAH BENCI DAN HINA ORANG MULIA KESAYANGAN RASULULLAH SAW

Syiah adalah salah satu aliran fahaman yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenarnya.

Dalam kitab ajaran Syiah, ‘Awail al-Maqalat’, menyatakan bahawa Al-Quran yang ada pada saat ini bukanlah versi tulen, sebaliknya fahaman Syiah mempunyai kitab mereka yang tersendiri yang kandungannya amat menyimpang daripada kumpulan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada baginda Rasulullah Muhamaad SAW.

Mereka juga berpegang kepada pendirian mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW kerana usaha menghafal dan mencatat Al-Quran adalah usaha para sahabat baginda.

Dalam konteks hadis pula mereka juga mengkafirkan isteri kesayangan baginda Rasulullah SAW, Aisyah RA kerana banyaklah hadis sahih daripada sumber Aisyah yang bertentangan dengan fahaman Syiah.

Fahaman Syiah telah menunjukkan kebencian terhadap Aisyah RA karena banyak pernyataan-pernyataan dalam kitabnya yang mengatakan bahawa Aisyah RA kafir, pernyataan-pernyataan jelek tersebut dapat dilihat sebagai berikut:

Kitab ‘Bihar Al-Anwar’ karangan Muhammad bin Bagir Al Majlisi, memfitnah Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW dengan tuduhan yang tidak benar dan amat mendukacitakan.

Pendeta Syiah bernama Abu Ja’far Al-Kulaini adalah salah seorang ‘tukang’ tulis yang banyak memperlecehkan Rasul Allah SAW. Kitab ‘hadis al Ifk’ merupakan salah satu karangannya yang menghina kedua isteri Nabi Muhammad SAW, yaitu ‘Aisyah RA dan Hafshah RA, sebagai wanita yang sama tarafnya dengan isteri Nabi Nuh AS dan isteri Nabi Luth AS.

Muhammad Bagir Al Majlisi, seorang tokoh Syiah, dalam ‘Haqqul Yaqin’ menyatakan bahawa tidak sempurna iman seseorang sebelum ia membenci para sahabat nabi, terutama Abu Bakar, Umar, Utsman, Mu’awiyah, ‘Aisyah, Hafsah, Hindun, dan Ummul Hakam, serta orang-orang yang mengikuti mereka.

Kitab ‘Miftahul Jinan’ adalah buku panduan wirid pengikut sesat Syiah yang berisi kalimat-kalimat laknat atas dua orang ayah mertua Rasulullah SAW (Abu Bakar RA dan Umar RA), serta kalimat-kalimat laknat atas dua orang isteri Nabi Muhammad SAW (‘Aisyah RA dan Hafshah RA).

Muhammad Al ‘Ayasyi, salah satu tokoh Syiah tidak tanggung-tanggung dalam memfitnah kedua isteri Nabi Muhammad SAW, ‘Aisyah RA dan Hafshah RA. Al ‘Ayasyi menulis berita dusta bahawa Rasulullah SAW meninggal dunia karena (maaf) telah diracun oleh ‘Aisyah dan Hafshah (nauzubillah atas fitnah besar ini).
Dari pernyataan Syiah dalam kitab-kitabnya dapat kita lihat bahawa fahaman Syiah sangat membenci para sahabat Nabi padahal dalam Al-Quran telah jelas bahawa sahabat Rasulullah SAW telah diangkat darjatnya oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

“Orang-orang pertama dan terdahulu dari kaum Muhajirin dan Anshar, (yakni yang memasuki Islam), dan mereka yang mengikutinya dengan baik, Allah meredai mereka, dan mereka pun meredainya, dan disediakan Allah buat mereka syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100)

“Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, kaum Muhajirin dan kaum Anshar, yang telah mengikutinya (Nabi) dalam keadaan kesusahan, sesudah hati segolongan mereka hampir-hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengasih Maha Penyayang terhadap mereka sekalian. Dan terhadap tiga orang yang ketinggalan (tidak ikut serta pergi berperang), sampai apabila dirasakan bumi ini telah sempit baginya, padahal sebelum itu dirasakannya luas, dan terasa bahawa dirinya sudah benar-benar tertekan, sehingga mereka meyakini bahawa kini tiada tempat mengadu dari ketetapan Allah itu melainkan dengan menyembah kepadanya saja, lalu Allah mengabulkan taubat mereka karena mereka terus memohon taubat kepadanya, sesungguhnya Allah itu Dia adalah Maha Penerima taubat Maha Penyayang.” (At-Taubah: 117-118) 

Selain itu khusus kepada isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA terdapat banyak hadis yang sahih atas keutamaan isteri baginda. 

Suatu ketika Amr bin al-Asy bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling engkau cintai?” Baginda menjawab, “Aisyah.” “Dari kalangan laki-laki?” tanya Amr. Beliau menjawab, “Bapanya.” (HR. Bukhari (3662) dan Muslim (2384))

Berkata Abu Musa al-Asy’ari, “Tidaklah kami kebingungan tentang suatu hadis lalu kami bertanya kepada Aisyah, kecuali kami mendapatkan jawapan dari pandangan beliau.” (Lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3044))

Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan “Humaira”. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah SAW dalam hal memikul amanah Allah dan yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri baginda.

Suatu hari malaikat Jibril memperlihatkan (kepada Rasulullah SAW) gambar Aisyah pada secarik kain sutra berwarna hijau sembari mengatakan, Ia adalah calon isterimu kelak, di dunia dan di akhirat. (HR. At-Tirmidzi (3880), lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3041))

Orang yang mulia daripada kalangan laki-laki banyak, namun yang mulia daripada kalangan wanita hanyalah Maryam binti Imron dan Asiyah isteri Fir’aun, dan keutamaan Aisyah, isteri Rasulullah SAW atas semua wanita seperti keutamaan tsarid atas segala makanan.” (HR. Bukhari (5/2067) dan Muslim (2431))

Dengan hadis-hadis tersebut sudah jelas kesesatan ajaran Syiah yang membenci isteri Rasulullah SAW, Aisya RA. Semoga kita dijauhkan daripada kesesatan fahaman Syiah.

MENTERI PERTAHANAN SOKONG SYIAH IRAN

Pada 2013, KDN pernah mendedahkan penglibatan Mat Sabu sebagai pengikut Syiah. Dakwaan bahawa Mat Sabu, yang kini merupakan Menteri Pertahanan Malaysia, adalah pengikut Syiah didasari oleh 10 fakta dan maklumat risikan KDN termasuk kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sendiri.


Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ” Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

Berdasarkan temuramah yang dilakukan pegawai KDN  Ustaz Zamihan Mat Zain, bersama Dr Abdul Aziz Hanafi, ternyata bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005.

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.

Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan suatu masa dahulu iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku dia dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand dan mengunjungi pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper yang dikutip dari tapak peperangan Karbala, di tempat sujudnya, adalah merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah.

Dengan itu, tidak hairanlah sekiranya dengan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu akan memanggil pulang pasukan ATM di Riyadh, Arab Saudi yang ditugaskan untuk memantau dan mengendalikan keselamatan rakyat Malaysia, baik di Syria mahupun di Yaman.

Malah, sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mat Sabu telah mengambil tindakan menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya dan pejabat sementara di Jalan Ampang.

Pelbagai alasan yang diberikan oleh Mat Sabu untuk keluar daripada menjadi sekutu Arab Saudi dalam hal keselamatan dan ketenteraan umat Islam, kerana tidak mahu dilihat sebagai menyokong fahaman Ahlul Sunah Wal Jamaah atau secara umumnya ‘sunni’.

Selain itu, ia bukanlah suatu rahsia bagi Mat Sabu untuk bersekongkol dengan kerajaan Syiah, Iran dan menolak Arab Saudi yang berfahaman sunni apabila secara terang dan lantang dia menyatakan kecenderungannya terhadap Syiah.

Penempatan ATM di Arab Saudi di saat negara itu melancarkan serangan ke atas Syiah Houtsi di Yaman menimbulkan ketidaksenangan pihak-pihak tertentu terutama sekali Iran apabila seperti yang diketahui umum merekalah yang membiayai operasi ketenteraan dan persenjataan puak-puak pelampau Houtsi untuk menakluk Yaman.

Kini rakyat Yaman berfahaman sunni telah menderita diseksa bukan sahaja oleh puak pengganas Houtsi, malahan puak tentera Yaman yang menganut ajaran sesat Syiah.

Pemuda Yaman ditangkap dan diseksa, kaum wanita diperkosa manakala anak-anak kecil dijadikan perisai manusia dalam konflik perang saudara Yaman.

Apabila berlaku serangan daripada pihak sekutu Arab Saudi untuk menyelamatkan orang awam di Yaman, maka kana-kanak dan wanita menjadi mangsa perang kerana mereka telah dijadikan perisai manusia.

Bagaimanapun seperti yang telah ditegaskan, penempatan pasukan pertahanan ATM di Arab Saudi hanyalah berkaitan latihan pemindahan (evacuation) dan bantuan bencana sahaja. ATM tidak terlibat dalam operasi menyerang di negara tersebut.

Walaupun tentera Malaysia tidak terlibat dalam kancah peperangan saudara di Yaman, apatah lagi membantu pasukan sekutu Arab Saudi yang cuba menyelamatkan orang awam dari kezaliman pengganas Houtsi, Mat Sabu tetap menarik pulang tentera Malaysia.

Tindakan Mat Sabu dilihat sebagai cuba menjaga hubungan baiknya dengan kerajaan Syiah Iran.

Pada November lalu, Mufti Pulau Pinang pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa fatwa tentang kesesatan fahaman Syiah boleh disemak semula. Umat Islam negara ini tidak terkejut kerana DAP yang menguasai Pulau Pinang pastinya suka sekiranya ajaran sesat Syiah dibenarkan supaya akidah umat Islam di negara ini kucar-kacir.

Sebelum itu, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak memasukkan baris doa dalam khutbah Jumaat yang mengecam ajaran sesat Syiah di masjid-masjid seluruh Selangor.

Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini baris doa yang mengecam kesesatan ajaran Syiah telah dibacakan semula sebagaimana kebiasaannya.

Rakyat juga pernah dikejutkan dengan kehadiran Mat Sabu di sebuah masjid yang menjadi markas Syiah di Selatan Thai dalam satu majlis qurban.

Dipetik daripada Ismaweb

Masjid tersebut, yang menjadi pusat kegiatan masyarakat Syiah dan dikenali masjid Zainabiyyah di Phatthalung telah meraikan kehadiran Mat Sabu, malah dia diminta memberikan ucapan perasmian.

Kehadiran Mat Sabu itu menggemparkan orang ramai terutama yang baru mengenali beliau sejak menjadi Menteri Pertahanan.

Kekecohan ini juga timbul ekoran kedudukannya sebagai menteri pertahanan Malaysia, dan persoalan tentang kapasiti beliau dalam lawatan itu.

Sebelum ini telah heboh bahawa Menteri Pertahanan Malaysia adalah yang ‘terbodoh’ di dunia tanpa apa-apa kelayakan akademik berbanding dengan 15 Menteri Pertahan lain dari negara-negara Asia.

Kemanakah hala tuju Kementerian Pertahanan Malaysia sekarang ini dalam konteks menentang ajaran sesat Syiah apatah lagi menentang kerjasama dengan kerajaan Syiah Iran?

Adakah Kementerian Pertahanan mendukung prinsip dan pendirian yang berbeza dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan?

***

MENTERI HASUT ‘PERANG CINA-MELAYU’

(Rencana dimuat turun daripada blog ‘BONGKAR, KOREK DAN DEDAH’ https://cungkil.wordpress.com/2019/03/08/guan-eng-menghasut-perang-cina-melayu/ )

Kerjasama PAS-UMNO juga menjadi igauan mimpi ngeri Guan Eng kerana sudah terbukti di dua PRK- Cameron Highlands dan Semenyih, apabila di kedua-dua PRK itu calon BN sokongan UMNO-PAS telah menang.

Malah di Cameron Highlands kempen DAP dan calonnya hanya signifikan untuk menarik undi bukan Melayu sahaja. Malu bukan main kerana ia merupakan referendum penolakan rakyat luar bandar terhadap kerajaan DAP-PH.

Di Semenyih, DAP tidak begitu nampak untuk menyokong calon PPBM, mungkin kerana malu dengan pukulan UMNO-PAS di Cameron Highlands atau mungkin kerana malu hendak menunjukkan muka setelah dunia tahu dia menipu dalam isu ‘akauntan bertauliah’ yang didedahkan oleh Dr Wee Ka Siong, Presiden MCA.

Guan Eng juga sudah terperosok ke longkang kerana pendedahan Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong bahawa Guan Eng bukanlah ‘akauntan bertauliah’, lalu dia jadi gelabah dan tiada tempat untuk menyembunyikan wajah Cina Funan warisan bapanya Lim Kit Siang.

Pada zaman lambakan mahasiswa seperti hari ini, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan hanya layak untuk jawatan ‘kerani akaun’ sahaja di sesetangah syarikat swasta. Mungkin itulah sebabnya dia telah dibuang kerja suatu ketika dahulu kerana ‘kurang ilmu’ dalam bidang perakaunan.

Dengan dendam kesumat atas tiada sokongan Melayu, DAP menghalau pendudukan Melayu di PPR Taman Manggis.

Ada kalangan rakyat Pulau Pinang yang mendakwa bahawa 22 buah keluarga Melayu yang dihalau keluar dari rumah PPR Taman Manggis adalah dendam dan tamak haloba Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan Betty Chew.

Tapak rumah PPR Taman Manggis itu telah dijual oleh Guan Eng dan Phang Li Koon sebagai orang tengah dengan kerja sama Betty Chew untuk mendirikan klinik gigi swasta. Kita tidak tahu adakah itu benar.

Namun rakyat nampak sifat dendam yang amat dikenali oleh rakyat Pulau Pinang dalam diri dan jiwa bangsa Cina-DAP pada Guan Eng.

DAP boleh menipu TG Nik Aziz untuk bersama mereka dalam Pakatan Rakyat dahulu, kerana Nik Aziz sememangnya amat membenci Mahathir yang dilihat sebagai Firaun dan dilabelkan sebagai ‘Bapa Pelingkup Negara’ oleh Mat Sabu.  

Setelah Nik Aziz mati, percaturan politik Mahathir turut berubah apatah lagi apabila PAS juga nampak dan sedar yang DAP adalah sang hipokrit yang cuba mengkristiankan negara, dan anti-Melayu-Islam. Kerjasama PAS-UMNO terus menjadi jembalang yang mengganggu tidur Guan Eng.

Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina, dan Malaysiakini turut menghebohkannya  bahawa kerjasana PAS-UMNO adalah satu bentuk ‘isyarat perang kaum ‘Melayu terhadap kaum Cina’.

Kenapakah susah sangat bagi manusia Cina-DAP ini untuk menerima hakikat bahawa Tanah Melayu ini adalah milik asal kaum Melayu-Bumiputera yang bergama Islam? Maka kerjasama kaum Melayu, apatah lagi dalam penyatuan umat dalam satu agama bukanlah isu perkauman.

Kenapakah rendahnya undi kaum bukan-Melayu terhadap calon BN di dua PRK yang lalu di Cameron Highlands dan Semenyih tidak dilihat sebagai sikap perkauman yang dimainkan oleh DAP-PH?

Lihat sahaja peratusan undi mengikut kaum di kawasan yang diduduki oleh kaum Cina sedangkan calon yang bertanding berdiri atas tiket BN, bukan UMNO atau PAS.

Kenyataan Guan Eng yang menterjemahkan kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang’ terhadap kaum Cina adalah dangkal dan boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum.

Sedangkan kerjasama UMNO-PAS sebagaimana yang ditegaskan oleh kedua-dua kepimpinan tertinggi parti hanyalah menjurus kepada aspek penyatuan ummah yang tidak sesekali meminggirkan mahupun meremehkan mana-mana agama mahupun kaum di negara ini.

Kenyataan Guan Eng itu hanya menyerlahkan lagi wajah sebenar pemimpin dan parti DAP yang sememangnya sejak dahulu lagi lebih cenderung kepada sifat cauvinis Cina dan rasis.

Kerana takut diheret di bawah Akta Hasutan, Guan Eng terus mengubah kenyataannya tentang kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang terhadap kaum Cina’ kepada ‘mensasarkan kaum Cina’.

Ketua Pemuda UMNO, MCA dan MIC membuat laporan polis atas kenyataan hasutan Guan Eng

Guan Eng butakah bahawa MCA dan MIC tidak bersetuju dengan kenyataannya dan mereka turut sama membuat laporan di Balai Polis atas kenyataan perkauman Guan Eng yang amat tidak bertanggungjawab itu?

Adakah Guan Eng cuba membawa legasi bapanya atas nama DAP pada tragedi berdarah 13 Mei 1969 dahulu?

Guan Eng tidak layak diangkat sebagai menteri di negara yang terlalu banyak kompromi kaum Melayu-peribumi terhadap kaum bukan-Melayu yang pada asalnya adalah buruh kasar penjajah British.

Rakyat juga mempersoalkan sifat diam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy walaupun Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan berbau hasutan. 

Tidakkah sesama mereka, tiada langsung jiwa dan semangat perpaduan!

*****

ISRAEL SEKAT DAN USIR WARGA PALESTIN MEMASUKI BAILTULMAQDIS DAN AL-AQSA

Pada Jun 2017, 300 ribu warga Palestin termasuk jemaah luar negara membantah sekatan memasuki Masjid Al-Aqsa, telah menunaikan solat Jumaat di luar Al-Aqsa

PADA 6 Mac 2019, sejumlah 133 warga Palestin diharamkan daripada menjejakkkan kaki ke Baitulmaqdis dan Al-Aqsa oleh rejim Israel.

Pengharaman ini didedahkan oleh peguam bagi pihak Palestin, Khaldoun Najm. Arahan pengharaman ke atas warga Palestin itu juga melibatkan termasuk pegawai kerajaan, kanak-kanak dan wanita, sebagaimana disahkan oleh Pusat Maklumat Wadi Al-Hilwa.

Regim Israel juga telah mengeluarkan waran pengusiran terhadap Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Adnan Al-Husseini, yang juga merupakan anggota Majlis Amal Baitulmaqdis.

Arahan pengusiran itu dibantah oleh Al-Husseini sebagai mencabul hak rakyat Palestin untuk menziarahi masjid suci Al-Aqsa untuk tujuan beribadat dan mengerjakan solat.

Pusat Maklumat Wadi Al-Hilwa juga mengutuk larangan dan pengusiran terhadap hak warga Palestin sebagai satu kezaliman dan tekanan rejim zalim Israel terhadap warga Palestin ke atas bumi yang menjadi sebahagian daripada negara mereka, bukan sahaja untuk beribadat dan bersolat.

Khaldoun Najm mendedahkan bahawa arahan pengusiran itu dikeluarkan berikutan isu Gerbang Ar-Rahmah yang merupakan pintu masuk laluan ke Masjidil Aqsa yang telah ditutup oleh rejim Israel sejak 2003.

Pada 5 Mac, Ketua Majlis Wakaf Al-Aqsa, Sheikh Abdul Azim Saihab serta Timbalan Pengarah Wakaf Islam dan Hal-Ehwal Al-Aqsa, Sheikh Najeh Bkerat juga telah dilarang memasuki Masjidil Aqsa sebagai lanjutan tempoh larangan yang telah dikeluarkan sebelumnya.

Tindakan rejim zalim Israel itu adalah tindak balas terhadap kedua-duanya yang telah ditahan sejurus setelah mereka menyertai protes menentang langkah rejim Israel menutup Gerbang Ar-Rahmah di Masjidil Aqsa di bahagian timur Baitulmaqdis.

Protes tersebut disertai bersama penduduk Palestin yang menganggap larangan tersebut sebagai zalim dan mencabul hak mereka untuk beribadat di masjid suci yang menjadi kiblat bagi umat Islam sebelum Masjidil Haram di Mekah.

Regim zalim Israel telah melanjutkan tempoh larangan kepada Sheikh Abdul Azim selama seminggu yang menjadikan keseluruhannya 40 hari, manakala larangan terhadap Sheikh Najeh Bkerat selama empat bulan.

Larangan tersebut tidak berasas sebaliknya dilihat sebagai tindakan menzalimi warga Palestin dan pemimpin masyarakat mereka.

Ia juga melihat sebagai tindakan menentang program ‘Membebaskan Al-Quds’ serta pengiktirafan badan dunia seperti OIC terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Pada Jun 2017, kira-kira 300 ribu warga Palestin di Tebing Barat, Gaza dan wilayah jajahan Israel telah mengadakan protes larangan ke Baitulmaqdis dan mendirikan solat Jumaat di luar Al-Aqsa yang dikawl oleh tentera rejim zalim Israel.

Tentera Zionis mengetatkan kawalan dari Tebing Barat menuju ke Baitul Maqdis, sementara ribuan anggota polis mengepung laluan masuk ke kota suci dan semua pintu masuk Al-Aqsa.

Hanya 100 orang penduduk Gaza yang berusia lebih 50 tahun dibenarkan melintas sempadan di Beit Hanoun untuk menuju ke Baitul Maqdis. Ahli jemaah dari Amerika, Britain, Turki, Afrika, Jordan dan Perancis turut berjaya memasuki Masjid Al-Aqsa.

*Tamat*