PENGGANAS HOUTHI KUASAI 20 PUSAT MILITARI DI NAJRAN, ARAB SAUDI?

Featured

Tentera pengganas Houthi Yaman yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran, mendakwa bahawa mereka telah menguasai 20 pusat militari di wilayah Najran, selatan Arab Saudi, meskipun dakwaan tersebut tidak mendapat apa-apa reaksi dari Arab Saudi sendiri.

Serangan pengganas Houthi dilakukan melalui dron bersenjata bermula dua minggu lalu, namun dikatakan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Pada 10 Januari lalu, enam tentera Yaman telah terbunuh akibat serangan dron Houthi semasa perbarisan tentera berlangsung di Sanaa.

Dron Houthi, gambar dipetik daripada AP

Jelaslah bahawa serangan dron bersenjata Houthi buatan Iran, adalah amat berbahaya, kerana serangan boleh dibuat dari jarak jauh dan jarang dapat dikesan.

Kedudukan Najran hanyalah 840 km daripada Riyadh, manakala dron Houthi boleh dikawal dalam jarak 900 km dengan kelajuan 150 km.s.j.

Video serangan dron Houthi ke atas tentera Yaman yang sedang mengadakan perbarisan di ibu negara, Sanaa.
Dimuat naik daripada YouTube.

Pada 14 Mei lalu, mereka juga telah menyerang pangkalan saluran minyak Arab Saudi di Afif dan Dawadmi dengan mengguna dron yang sama yang dinamakan ‘Ababil’ buatan Iran.

Namun tiada kerosakan serius, dan operasi saluran minyak yang merentasi semenanjung Saudi, kini telah beroperasi semula sebagaimana yang dilaporkan oleh ARAMCO.

Pada 21 Mei, pengganas Houthi juga telah cuba mengebom Riyadh dan Jeddah menggunakan peluru berpandu, namun telah dapat dipatahkan oleh tentera Saudi.

Siri keganasan Houthi juga berlangsung di Teluk Parsi berhampiran dengan pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila empat buah kapal tangki minyak, yang dua daripadanya dimiliki oleh Arab Saudi dan dua lagi milik UAE, telah disabotaj yang mengakibatkan kebakaran serius.

Kapal tangki minyak Saudi yang disabotaj oleh pengganas Houthi yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran

Tindakan tersebut yang didakwa digerakkan oleh pengganas Houthi, yang turut membangkitkan kemarahan Amerika kerana ia menjejaskan pengeksportan minyak global.

Jurucakap pihak pengganas Houthi, Yahya Sarei melaporkan kepada agensi berita SABA bahawa pusat tentera Saudi di wilayah selatan Kerajaan Saudi di Najran telah dikuasai dalam satu serangan mengejut selama tiga hari sejak 3 Jun lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih daripada 200 pegawai tentera pakatan Arab Saudi-UAE telah dibunuh atau setidak-tidaknya cedera parah, dan selainnya ditawan bersama-sama dengan senjata serta alat ketenteraan.

Walau bagaimanapun dakwaan Sarei tidak dapat disahkan secara bebas manakala pihak Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dakwaan Sarei itu.

TV Al-Masirah milik Houthi telah menghebohkan serangan tersebut dan beberapa pusat ketenteraan di Najran yang berdekatan dengan sempadan Saudi-Yaman telah dikuasai oleh militan Houthi.

Serangan dron pengganas Houthi di Najran

Konflik Saudi-Houthi telah bermula pada hujung 2014 apabila pengganas Houthi telah bersekongkol dengan Presiden Ali Abdullah Saleh dan menguasai sebahagian besar Yaman termasuk Sanaa, ibu negara Yaman.

Peperangan saudara di Yaman meletus pada Mac 2015 apabila pakatan militari Saudi-UAE melancarkan serangan ke atas Houthi bagi mempertahankan kerajaan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa di bawah kepimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini menjadi Presiden buangan Yaman yang berlindung di Arab Saudi.

Malangnya Houthi menggunakan taktik perisai manusia untuk menangkis serangan, manakala ribuan kanak-kanak semuda 10 tahun telah menjadi tentera paksaan Saudi.

Akibatnya ramailah orang awam dan kanak-kanak serta pihak rakyat yang memberontak menentang kerajaan Ali Abdullah Al-Saleh terbunuh dalam konflik perang saudara di Yaman.

Pihak pengganas Houthi dan kerajaan Al-Saleh dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran, yang dilihat sebagai amat mengancam kedudukan UAE dan Arab Saudi yang bersempadan dengan Yaman, apatah lagi kedudukan kota suci Mekah dan Madinah.

Kerajaan Syiah Iran difatwakan menjunjung fahaman sesat Syiah manakala banyak negara Teluk taat berpegang kepada Ahlul Sunah Wal-Jamaah, sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan sunah Rasululullah SAW.

Kerajaan Syiah Iran yang turut mencampuri konflik ketenteraan di Iraq dan Syiah, dilihat sebagai cuba memperluaskan pengaruh Syiah serta menjadikan negara-negara tersebut sebagai sebahagian daripada negara Parsi di bawah kuasa Iran.

Sekiranya benar dakwaan agensi berita SABA dan TV Al-Masirah tentang serangan dan penguasaan pengganas Houthi di Najran, maka Arab Saudi dan seluruh umat Islam tidak boleh berdiam diri, kerana penguasaan tersebut juga mengancam kedudukan kota Suci Mekah dan Madinah.

Sekiranya benar, ancaman militan pengganas Houthi menjadi amat kritikal lebih-lebih lagi bagi musim Haji sudah berdekatan.

Serangan ke atas Riyadh dan Jeddah oleh pengganas Houthi dengan menggunakan peluru berpandu Iran, meskipun telah dapat dipatahkan oleh tentera Saudi di Taif, tidak dilihat sebagai jaminan kepada keselamatan jemaah Haji.

Walaupun Allah telah berjanji untuk melindungi Mekah sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Fil, kerajaan Arab Saudi dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, tidak boleh duduk berdiam diri sahaja.

Sesuatu tindakan proaktif harus diambil bagi mengenyahkan ancaman Houthi dan juga puak pengganas yang lain seperti DAESH bagi menjamin keselamatan jemaah Haji dan Umrah yang menjalankan ibadah mereka di tanah suci.

*****

KETUA PENGGANAS DAESH DIBURU SEBAGAI MUSUH MASYARAKAT DUNIA

Featured

Pemimpin pengganas ISIS atau dikenali juga sebagai DAESH, Abu Bakar Al-Baghdadi telah menjadi tokoh pengganas yang menjadi buruan kuasa besar dunia kerana merancang agenda keganasan bukan sahaja di Syria dan Iraq, bahkan di Eropah, Amerika dan juga Asia termasuk Asia Tenggara.

Arab News mengklasifikasikan Al-Baghdadi sebagai pengganas yang paling dikehendaki oleh kuasa dunia

Nama sebenar pemimpin tertinggi DAESH ini, ialah Ibrahim Awward Al-Badri, tetapi lebih popular dengan gelaran Abu Bakar Al-Baghdadi untuk mengangkat dirinya sebagai ‘khalifah’ yang kononnya berjuang untuk menentang puak kafirun.

Menurut Arab News, sejak kali pertama dia muncul mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin DAESH di Masjid utama bandar raya Mosul di utara Iraq pada 4 Julai 2014, dia jarang lagi menonjolkan dirinya.

Ramai penganalisis politik yang menyangka bahawa Baghdadi telah mati atau cedera parah dan sedang bersembunyi. Namun kemunculannya dalam satu video berdurasi 18 minit yang dimuat naik di YouTube pada 4 Mei lalu amatlah mengejutkan.

Meskipun DAESH sudah kelihatan lumpuh di Syria, kerana wilayah penguasaan mereka yang terakhir di Baghouz telahpun dirampas semula oleh pasukan tentera Barisan Demokratik Syria (SDF) , namun kejayaan SDF tidak menjanjikan kelumpuhan DAESH 100%.

Dengan kekalahan wilayah terakhir DAESH di Baghouz itu, ribuan tentera militan DAESH juga turut menyerah diri kepada SDF.

Kebimbangan ke atas DAESH adalah kerana Al-Baghdadi masih lepas bebas dan diyakini masih berkuasa ke atas pasukan militannya dan merancang untuk menyerang kawasan strategik di Eropah dan negara-negara yang dikategorikan sebagai musuh mereka, termasuk kerajaan di Asia Tenggara.

Lebih menggusarkan pemimpin dunia, adalah strategi DAESH yang merekrut ahli-ahli baru dalam kalangan penganut Islam, dengan janji ‘jihad untuk syurga’ melalui media sosial yang boleh diakses oleh pengguna Internet di seluruh dunia.

Bagi golongan yang mudah terpengaruh dengan ideologi sesat dan lebih menjurus kepada keganasan yang bertentangan dengan pegangan dan ajaran Islam, tawaran syurga oleh DAESH di samping janji sokongan kewangan, akan mudah terjerumus dengan dakyah DAESH.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh White House, Amerika, tentera DAESH direkrut daripada 40 negara dari seluruh dunia.

Amatlah mengecewakan apabila terdapat rakyat Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina malahan Singapura yang terpengaruh dengan hasutan ‘jihad dan syurga’ DAESH tersebut, dan sanggup meninggalkan tanah air untuk berjuang bersama-sama DAESH di Syria dan Iraq.

Walaupun didakwa lumpuh di Syria dan juga Iraq, namun gerakan DAESH masih ditanggapi sebagai amat berbahaya dan mengancam keamanan dunia.

Bukan sahaja Abu Bakar Al-Baghdadi yang masih hidup dan memimpin DAESH, sebaliknya pemimpin bawahannya juga masih aktif dan lepas bebas dan tidak dapat dikesan.

Major Jeneral Chris Ghika, wakil komandan pasukan bersatu anti-ISIS di Syria dan Iraq melaporkan bahawa tiada maklumat di manakah Baghdadi bersembunyi, mungkin di Syria atau Iraq, atau mungkin juga di negara lain. Ghika bersedia mengambil tindakan ketenteraan yang drastik untuk menentang Baghdadi kerana dia diatanggapi sebagai ancaman kepada keselamatan dunia.

Baghdadi bukan sahaja menjadi buruan tentera bersekutu di Syria dan Iraq, malahan penangkapan Bangdadi telah ditawarkan dengan ganjaran USD25 juta oleh Amerika.

Baghdadi dan pasukan militan DAESH di bawah kuasanya didakwa bertanggungjawab terhadap serangan keganasan di pelbagai benua termasuk Eropah yang menjadi sasarannya.

Walau bagaimanapun banyak maklumat yang mempercayai bahwa Baghdadi masih berada dan bersembunyi di Iraq.

Pada April lalu, akhbar The Sunday Times UK, telah memperolehi maklumat dan mendedahkan rancangan militan DAESH untuk melakukan serangan di Eropah dan Asia Barat.

Akhbar itu mendakwa bahawa mereka memperoleh ‘dokumen mengejutkan’ mengenai rancangan serangan itu termasuk surat-menyurat antara pegawai DAESH di Syria dan pemimpin mereka.

Dokumen itu ditemui pada pemacu keras yang dijatuhkan seorang pengganas DAESH ketika pertempuran di Syria awal tahun 2019.

Dokumen tersebut mendedahkan bagaimana DAESH terus mengendalikan rangkaian canggih antarabangsa, menggerakkan pejuangnya melepasi sempadan, membayar operasi dan merancang rompakan bank, serbuan kenderaan, pembunuhan dan menggodam komputer, kata laporan.

Tindakan kejam militan DAESH membunuh tanpa belas kasihan, di Iraq.

Satu daripada maklumat yang dibongkar The Sunday Times ialah dokumen yang ditandatangani enam pemimpin DAESH dan ditujukan kepada pemimpin tertinggi mereka, Abu Bakar Al-Baghdadi, dan timbalannya.

Dokumen itu juga telah memperincikan strategi pengganas tersebut di lokasi antarabangsa dan merujuk serangan di Paris dan serangan di Manhattan pada 2015 sebagai inspirasi.

Tujuan serangan mereka adalah untuk mencuri wang untuk membiayai operasi keganasan mereka.

Sasaran khusus yang didedahkan termasuk kereta api berkelajuan tinggi di Jerman dan jaringan paip minyak berhampiran bandar Switzerland di Basel, bersempadan dengan Perancis.

Ia menjelaskan, serangan di Eropah hanya akan dilakukan anggota DAESH yang tinggal di benua itu.

Dokumen itu juga mendedahkan, pejuang DAESH dari Eropah, Russia dan Asia Barat dihantar untuk masuk dan keluar dari Syria melalui Turki dan Iran serta mereka yang dari tengah Asia dibawa menerusi Iran.

Dalam surat itu, pemimpin DAESH meminta Al-Baghdadi membekalkan wang tunai AS$10,000 (RM41,144.64) untuk membeli senjata, motosikal dan pelbagai barangan elektronik termasuk komputer riba dan pemacu kilat.

Perkara utama yang menjadi perhatian umat Islam ialah, Al-Baghdadi atau Ibrahim Al-Badri telah mencemarkan nama baik Islam sebagai agama yang mementingkan perdamaian bukan keganasan yang membunuh orang awam yang tidak berdosa.

*****

ANCAMAN DAESH SUDAH BERTAPAK DI ASIA TENGGARA

Featured

Dalam ruang masa sedekad lebih, Malaysia telah pernah mengalami ancaman puak pengganas militan seperti al-Maunah, al-Qaeda, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Meskipun tidak sedahsyat sebagaimana yang disaksikan di Syria, Iraq, Yaman, namun ancaman puak militan Daesh dari Timur Tengah telah secara halus mula meresap masuk ke rantau Asia Tenggara dan tidak terkecuali Malaysia .

Fenomena dakyah Daesh tidaklah menghairankan kerana golongan sasaran adalah kaum Muslimin yang terpengaruh dengan janji ‘syurga melalui jihad’ yang kononnya menentang musuh Islam di Syria dan Iraq adalah pengorbanan besar yang membolehkan mujahid terus diangkat ke syurga.

Walau bagaimanapun berbeza dengan ancaman gerakan militan skala kecil sebelum ini seperti Al-Maunah, kerana Daesh dianggap lebih berbahaya dalam konteks penyebaran pengaruh mereka.

Dengan kecanggihan ICT, pentadbiran pengrekrutan Daesh agak efektif dengan menggunakan aplikasi media sosial untuk mempengaruhi dan merekrut ahli baharu termasuk mengeluarkan arahan untuk melakukan serangan skala besar. Mereka juga mengambil kesempatan daripada kelembapan ekonomi negara Asia Tenggara, dengan menjanjikan pendapatan lumayan dalam gerakan militan mereka. Namun hakikatnya pendapatan lumayan itu hanyalah satu pembohongan.

Gerakan Daesh yang meresap masuk ke Malaysia tidak boleh dipandang ringan kerana sebagaimana yang berlaku di Syria dan juga di Iraq, ancaman Daesh datang bersama-sama dengan fahaman sesat Syiah Iran.

Bukan itu sahaja, kerajaan Syiah Iran sebagaimana yang berlaku di Iraq, Syria dan Yaman, telah membekalkan senjata serta dana kepada golongan yang mudah dipengaruhi oleh tarikan ‘jihad dan syurga’ itu

Dengan itu, bagaimanakah ajaran sesat Syiah boleh menjamin dan mengangkat mujahid ke syurga?

Di Selatan Thailand sudah ada puak Syiah dan masjid-masjid mereka yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran. Perkembangan sedemikian semestinya meningkatkan tindakan perisikan Malaysia dan sentiasa peka terhadap ancaman sedemikian supaya tragedi seperti yang berlaku pada 2013 di Lahad Datu tidak berulang lagi.

Walau bagaimanapun pada tahun 2016, Malaysia telah dikejutkan dengan letupan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong, Selangor yang disahkan didalangi kumpulan pengganas Daesh iaitu serangan pertama kumpulan itu di Malaysia.

Walaupun masyarakat Malaysia menolak aktiviti maksiat namun tindakan mengebom tanpa mengira mangsa, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Dengan tindakan militan sedemikian, ia adalah mesej jelas bahawa tidak ada negara di dunia ini yang 100% boleh bebas daripada aktiviti dan pengaruh pengganas global seperti Daesh.

Negara maju dan hebat dengan kekuatan perisikan dan logistik ketenteraan yang canggih, seperti Amerika Syarikat (AS), Perancis, Turki dan Arab Saudi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran keganasan kumpulan tersebut.

Serangan puak militan seumpama itu juga pernah tertuju ke kota suci Mekah, Jeddah dan pusat strategik Arab Saudi, melalui serangan peluru berpandu dan juga dron bersenjata.

Walau bagaimanapun dengan kecanggihan pertahanan negara Arab Saudi, serangan peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dapat ditangkis. Bagaimanakah sekiranya serangan sedemikian tertuju ke Putrajaya?

Melalui dakyah dan pengaruh ICT, ancaman puak pengganas militan sudah pun bertapak dan meresap di beberapa negara di rantau ini seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan tidak terkecuali Malaysia juga.

Daesh dikatakan berhasrat menubuhkan Katibah Nusantara iaitu negara Daesh Asia Tenggara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, selatan Filipina dan selatan Thailand. Ini bermakna, Daesh mungkin sudah berjaya mendapat sokongan daripada kumpulan-kumpulan militan di rantau ini.

FILIPINA

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) merupakan antara gerakan Islam terbesar di selatan Filipina yang menuntut kemerdekaan daripada Filipina.

Kumpulan tersebut memilih pendekatan diplomatik dan telah mencapai perjanjian damai dengan kerajaan Filipina.

Namun, apabila Undang-undang Asas Bangsamoro (BBL) gagal dibentangkan pada persidangan Kongres Filipina ke-16 pada Februari 2016, ia membantutkan penubuhan Bangsamoro. Punca utama BBL gagal dibentangkan ialah peristiwa berdarah Mamasapano pada Januari 2015 yang menyebabkan 44 anggota gerak khas Polis Filipina terkorban. Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang merupakan serpihan daripada MILF disalahkan atas kejadian itu.

Kegagalan BBL dibimbangi akan menyebabkan MILF dan kumpulan Islam lain yang menggunakan pendekatan diplomatik beralih menyokong Daesh untuk menubuhkan kerajaan Islam Nusantara dengan mengangkat senjata dan mengaktifkan gerakan militan mereka.

Satu lagi kumpulan militan di Filipina, Abu Sayyaf yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda telah menyatakan sokongan mereka kepada Daesh.

Walaupun wujud dengan matlamat untuk menubuhkan kerajaan Islam, Abu Sayyaf telah berkembang menjadi kumpulan pengganas yang berorientasikan keuntungan melalui keganasan, penculikan dan dadah.

Abu Sayyaf seringkali terlibat dalam kes penculikan di laut yang bersempadanan dengan Malaysia untuk mendapatkan wang tebusan bagi membeli senjata. Mereka juga amat ganas dan tidak teragak-agak membunuh tebusan jika wang tebusan tidak dibayar.

THAILAND

Dengan fenomena politik yang serupa dengan apa yang berlaku di Filipina, kumpulan militan yang wujud di selatan Thailand bermula dengan perjuangan menuntut kuasa autonomi. Keganasan-keganasan yang berlaku di selatan Thailand bukan hanya melibatkan kumpulan militan Islam, malahan juga samseng.

Tuntutan umat Islam selatan Thailand itu lebih kepada perjuangan untuk keadilan sosial dan ekonomi kerana mereka ditindas dan dipinggirkan dalam program pembangunan oleh kerajaan Thailand.

Tidak mustahil kekecewaan berterusan itu akan menyebabkan golongan ini terpengaruh dengan perkembangan yang berlaku di Syria dan Iraq, untuk kembali aktif melakukan serangan. Perkembangan di selatan Thailand sejak kebelakangan yang menyaksikan serangan keganasan kembali berlaku perlu diberikan perhatian serius.

Letupan bom di sebuah kuil Budha yang mengorbankan 20 orang di Bangkok pada Ogos tahun lalu adalah antara keganasan terburuk di Thailand. Meskipun belum dapat dipastikan motif serangan tetapi penyerang didakwa merupakan rakyat Turki dan China. Juga tidak diketahui sama ada mereka ini ahli Daesh atau sebaliknya.

Namun, banyak pihak melihat Daesh tidak mampu untuk memberikan ancaman kepada Thailand kerana bilangan anggota kumpulan militan Islam yang sedikit di negara tersebut tetapi serangan keganasan yang dilakukan akan memberikan impak kepada ekonomi negara itu.

INDONESIA

Pada Januari 2016, Indonesia telah dikejutkan dengan serangan pengganas di Jakarta yang mengorbankan empat orang awam dan empat penyerang serta mencederakan 23 orang awam. Itu merupakan serangan pertama yang dilakukan oleh Daesh di negara tersebut.

Tragedi serangan pengganas di Indonesia bukanlah perkara asing bagi negara itu. Sebelum itu, JI atau Jemaah Islamiyah dilihat mendominasi serangan keganasan di Indonesia. Ini termasuklah serangan bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang.

Begitu juga dengan serangan di Hotel JW Marriott, Jakarta pada 5 Ogos 2003 dan serangan di hotel sama dan Hotel Ritz-Carlton pada 17 Julai 2009.

JI kini sudah lumpuh dengan penangkapan pemimpin-pemimpinnya termasuk Abu Bakr Bashir yang kini ditahan dalam penjara.

Ia menyebabkan munculnya kumpulan serpihan yang dikenali sebagai Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) pada 2008 dan serpihan JAT, Jamaah Ansharusy Syariah (JAS) pada 2014. Kedua-dua pertubuhan itu mahu undang-undang syariah dilaksanakan di Indonesia.

Walaupun ancaman JI mungkin sudah tidak aktif, tetapi ahli pertubuhan itu masih wujud. Kemunculan kumpulan militan Daesh di Indonesia dibimbangi akan menarik ahli-ahli JI untuk menyertainya.

Indonesia adalah negara yang memiliki populasi umat Islam terbanyak di dunia. Daripada 250 juta penduduk, 80% daripadanya adalah orang Islam. Ini menjadikan Indonesia sebagai negara yang sesuai untuk Daesh mengembangkan ideologinya. Jadi, tidak mustahil, lebih banyak serangan Daesh yang akan menggegarkan Indonesia.

Ideologi Daesh yang ganas sebenarnya ditolak oleh umat Islam di Indonesia dan Malaysia. Kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan PEW mendapati hanya 4% rakyat Indonesia bersimpati dengan Daesh manakala di Malaysia terdapat kira-kira 11%. Walau bagaimanapun kadar sokongan itu telah merosot apabila media mula mendedahkan falsafah Daesh yang bertentangan dengan Islam. Kumpulan Al-Qaeda juga tidak mahu bersekongkol dengan Daesh yang dilihat sebagai amat ganas.

Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdatul Ulama (NU) yang mempunyai lebih 50 juta ahli turut mengutuk tindakan dan menolak ideologi Daesh.

MALAYSIA

Situasi politik yang diserapi oleh puak militan di Malaysia berbeza dengan Indonesia, Thailand dan Filipina. 

Malaysia belum pernah menghadapi isu besar melibatkan kumpulan militan seperti di Flipina mahupun di selatan Thailand.

Ancaman kumpulan militan Al-Maunah, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang wujud sebelum ini berjaya dibanteras dari peringkat awal sebelum ia berkembang sehingga sukar dikawal.

Antara faktor utama yang menyebabkan Malaysia mempunyai risiko rendah terdedah kepada serangan militan dari aktiviti domestik ialah kerana faktor tindakan pantas dan proaktif yang diambil oleh ‘Bahagian Counter Terrorism’ Cawangan Khas Bukit Aman dalam melakukan pencegahan awal. Ini terutamanya dalam gerakan risikan, pemantauan di laman media sosial dan menangkap suspek.

Meskipun ancaman militan di negara ini begitu rendah, kemunculan laporan bahawa terdapat usaha untuk mewujudkan gabungan pro-Daesh di Asia Tenggara melibatkan kumpulan militan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu dipandang serius.

Walaupun sudah tidak aktif, tiga kumpulan militan iaitu Tanzim al-Qaeda Malaysia, Kumpulan Mujahidin Malaysia dan Darul Islam Sabah boleh menjadi ancaman sekiranya bergabung dengan gerakan militan dari negara-negara lain di rantau ini.

Selain itu, laporan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) bahawa lebih 1,000 orang rakyat Asia Tenggara telah menyertai Daesh di Syria atau Iraq juga hendaklah diberikan perhatian.

Sebahagian daripada mereka ini mungkin akan pulang ke tanah air dan menubuhkan sel Daesh masing-masing. Mereka juga boleh merekrut ahli baharu dari negara ini menerusi media sosial.

Berdasarkan Indeks Keganasan Global 2018 oleh The Insitute for Economics and Peace (Institut untuk Ekonomi dan Keamanan), Malaysia berada di tangga ke-25 dari segi risiko ancaman keganasan berbanding ke-29 pada tahun 2017. 

IEP dalam laporannya berkata Malaysia berada pada tahap ke-25 daripada 163 negara, dan juga merupakan satu daripada lima negara teraman di rantau Asia Pasifik selepas Australia, Jepun, Singapura dan New Zealand.

Kedudukan tersebut jauh lebih baik berbanding negara jiran seperti Laos (46), Indonesia (55), Kemboja (96), Thailand (113), Myanmar (122) dan Filipina (137).

Kini Daesh semakin kehilangan kuasa dan pejuang mereka khususnya di Syria dan Iraq.

Dengan itu mereka mungkin mahu mengembangkan operasinya di rantau Asia Tenggara ini yang mempunyai bilangan umat Islam yang besar.

Berdasarkan beberapa laporan antarabangsa, beberapa kumpulan militan yang ada di rantau ini telah menyatakan sokongan kepada Daesh, seperti kumpulan Abu Sayyaf di Filipina.

Sebelum ini, tidak ada siapa menjangkakan atau percaya Daesh akan melakukan serangan di negara ini tetapi ia telah berlaku di pusat hiburan Movida. Kumpulan tersebut juga pernah mengancam untuk melakukan serangan ke atas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Syria dan Iraq juga tidak menjangkakan Daesh boleh menyerang dan menguasai sebahagian wilayah dalam negara itu tetapi ia telah berlaku. Lihatlah kehancuran yang berlaku ke atas rakyat negara itu sekarang. Diharapkan kelalaian kerajaan Syria dan Iraq tidak diulangi oleh mana-mana kerajaan di rantau ini.

Image result for MAT SABU SYIAH

Dengan kata-kata lain, Malaysia haruslah bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertahan Malaysia dikatakan menganut fahaman sesat Syiah. Ia amat membahayakan!

******

PEMBERONTAK HOUTHI TIDAK BOLEH DIBIARKAN BERMAHARAJALELA MUSNAHKAN KOTA SUCI MEKAH

Featured

Setelah melancarkan serangan pada 14 Mei lalu, ke atas dua pusat pengepam minyak Arab Saudi di Afif dan Dawadmi yang terletak kira-kira 320 km dari Riyadh , pemberontak Houthi dari Yaman melancarkan pula dua buah peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dan Jeddah pada 21 Mei.

Video dimuat naik daripada YouTube

Serangan ke atas dua pusat pengepam minyak dilakukan oleh pemberontak Houthi dengan menggunakan tujuh dron yang telah menyebabkan kebakaran kecil di salah sebuah pusat pengepam tersebut.

Walau bagaimanapun kebakaran dapat dikawal, sebagaimana dilaporkan oleh syarikat perusahaan minyak Arab Saudi, ARAMCO. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan bekalan minyak serta gas tidak terjejas ekoran insiden berkenaan.

Pusat pengepam minyak Afif dan Dawadmi adalah sebahagian daripada pusat pengepam yang menyalurkan minyak Arab Saudi melalui paip yang memintas semenanjung Arab dari Pelabuhan Yanbu di barat ke Abqaiq di sebelah timur.

This image has an empty alt attribute; its file name is a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-a-uhouthi-2.png
Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih

Menteri Tenaga Saudi, Khalid Al-Falih dalam kenyataannya yang dipetik daripada Saudi Press Agency (SPA), mendakwa bahawa serangan tersebut ditujukan ke dua pusat pengepam minyak di Afif dan Dawadmi yang menghubungkan saluran dari pelabuhan Yanbu di barat dengan Abqaiq di pantai barat.

Sebagaimana dilaporkan oleh stesen TV Masirah yang dikuasai oleh pemberontak Houthi, mereka telah memperakui bahawa serangan tersebut adalah sah daripada perbuatan gerila Houthi, namun tidak memberikan perincian terhadap tindakan pengganas itu.

ARAMCO, terpaksa menghentikan operasi penyaluran minyak yang merentasi semenanjung Saudi itu buat sementara, sebagai langkah pencegahan setelah serangan tersebut.

Dalam kejadian lain, dua buah kapal tanker milik Arab Saudi telah terbakar teruk sebagaimana dilaporkan AFP.

Kebakaran dikatakan akibat sabotaj daripada pihak pengganas yang berpihak kepada kerajaan Syiah Iran. Kejadian berlaku di Pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu, di Teluk Parsi.

Khalid al-Falih, mengatakan dua kapal tangki minyak milik Saudi, Al-Marzoqah dan Amjad mengalami kerosakan teruk dalam apa yang disebutnya ‘serangan sabotaj.’ 

Salah sebuah kapal tangki minyak yang terbakar di luar pelabuhan Fujairah, UAE

Walaupun tiada jiwa yang terkorban, dan tiada minyak yang tumpah ke laut namun serangan tersebut mengancam aktiviti import-eksport minyak antarabangsa di seluruh dunia serta memberi kesan negatif kepada ekonomi dunia.

Beberapa penganalisis geopolitik telah menuding jari kepada kerajaan Syiah Iran sebagai bertanggung jawab.

Issam al Malakawi, penganalisis geopolitik Arab Saudi mengatakan bahawa Iran bertanggungjawab pada serangan di Fujairah itu sebagai satu tindakan memulihkan kekecewaan rakyat Iran yang terkesan akibat sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Namun Al Malakawi menegaskan bahawa Iran tidak sedar ia sedang bermain api, yang boleh menyebabkan konflik ketenteraan yang lebih besar.

Khattar Abou Diab, dari University Paris memberi persepsi bahawa orang-orang Iran bertanggungjawab memprovokasi krisis dengan mengupah pihak ketiga.

Abou Diab mengatakan, ada kemungkinan Iran melancarkan serangan dengan menggunakan agen-agennya di Syria, Lebanon atau Iraq, tetapi mengelakkan serangan terbuka ke atas negara-negara Teluk kerana takut campur tangan Amerika Syarikat. 

Walau bagaimanapun SPA melaporkan bahawa kapal induk Amerika USS Lincoln telah tiba di Selat Bab el Mandeb, di luar pantai Yaman, dalam perjalanan ke Teluk Parsi.

Tidak cukup dengan serangan pengecut itu, pihak pemberontak Houthi pada Selasa lalu (21 Mei) telah melancarkan pula serangan peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dan Jeddah.

Walau bagaimanapun pihak tentera udara Saudi telah berjaya memintas dan memusnahkan serangan dua peluru berpandu itu di udara Taif.

Terkini pada 23 Mei, sekali lagi mereka menyerang lokasi strategik Arab Saudi melalui dron bersenjata bahan letupan.

Kali ini mereka mensasarkan lapangan terbang Najran di barat-laut Arab Saudi berdekatan dengan sempadan Yaman.

Pemberontak Houthi adalah puak pemberontak yang ditubuhkan oleh Hussein Badruddin Al-Houthi yang berfahaman Syiah di Yaman pada 2004.

Sepuluh tahun kemudian pada 2014 mereka berjaya menguasai sebahagian daripada ibu kota Yaman, Sana’a dan pada Januari 2015 mereka berjaya menjatuhkan Presiden Abdul Rabbuh Al-Hadi yang kini melarikan diri di Arab Saudi.

Image result for Houthi terrorists from Yemen
Pemberontak Houthi yang kini dilabelkan sebagai ‘pengganas’ yang mengancam ekonomi dunia

Setelah Hussein Badruddin Al-Houthi dibunuh dalam konflik di Yaman, ayahnya Badruddin sendiri telah mengambil alih kepimpinan pemberontak Houthi.

Fahaman Houthi kini lebih condong kepada fahaman Syiah Imam Dua Belas, yang ekstrem dan ganas.

Kebencian mereka terhadap Arab Saudi adalah kerana Arab Saudi cuba melindungi penganut Islam tulen daripada Ahlul Sunah Wal Jamaah. Kebencian mereka menjadi lebih ganas apabila presiden Yaman dalam buangan sedang berlindung di Arab Saudi.

Gerakan pemberontak Houthi menjadi lebih kuat setelah mendapat sokongan daripada kerajaan Syiah Iran.

Situasi menjadi amat berbahaya dan mengancam kedudukan kota suci Mekah dan Madinah kerana Yaman adalah negara jiran Arab Saudi yang berada di bahagian Selatan.

Manakala puak Syiah yang dikepalai oleh kerajaan Syiah Iran juga sedang menguasai Syria di sebelah utara Arab Saudi.

Keadaan menjadi amat meruncing apabila Rusia juga turut bersekongkol dengan Iran dalam perang pengaruh Syiah di negara-negara Teluk.

******