
Agak aneh apabila Arab Saudi yang bermusuhan dengan sebuah negara lain kerana pegangan agama yang berbeza serta krisis pengaruh di rantau Timur Tengah, telah pantas membantu musuhnya yang sedang menghadapi krisis malapetaka alam.
Demikianlah hebatnya nilai kemuliaan Islam yang ada pada pemimpin kerajaan Arab Saudi, yang juga merupakan pemimpin utama bagi negara-negara Islam ke atas musuhnya Iran di saat-saat negara itu menghadapi malapetakan banjir besar.
Arab Saudi telah menghulurkan bantuan makanan dan kelengkapan tempat perlindungan di tengah-tengah kancah sekatan bantuan Amerika ke atas Iran untuk sebarang gerakan bantuan banjir besar Iran.

Kemuliaan kerajaan Arab Saudi terserlah apabila bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menderma 95 ton bantuan banjir yang telah melanda Iran sejak pertengahan Mac, sebagaimana dilaporkan oleh Agensi Berita Saudi (SPA) pada 19 April.
Bantuan tersebut termasuk bahan makanan dan keperluan tempat perlindungan yang telah disalurkan melalui Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi, berikutan arahan Yang Mulia Raja Salman serta Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Hujan lebat tanpa henti-henti sejak pertengahan bulan Mac telah menenggelamkan sebahagian kawasan rendah di Iran.
Dari pertengahan Mac hingga April 2019, bencana banjir telah menyerang sebahagian daerah Iran dengan kawasan paling teruk di Golestan, Fars, Khuzestan Lorestan dan beberapa wilayah lain.
Iran telah dilanda tiga gelombang hujan dan banjir besar selama dua minggu berturut-turut yang membawa kepada banjir di sekurang-kurangnya 26 daripada 31 wilayah Iran dengan kes kematian yang melebihi 70 orang di seluruh negara sebagaimana dilaporkan pada awal April dan sekurang-kurangnya 70 orang meninggal dunia di seluruh negara setakat 6 April, menurut New York Times.
Banjir paling teruk telah berlaku semasa perayaan Tahun Baru Kebangsaan Iran yang dinamakan Nowrus.
Gelombang banjir besar pertama bermula pada 17 Mac, yang membawa kepada banjir di dua wilayah utara, Golestan dan Mazandaran dengan bekas wilayah menerima sebanyak 70 peratus daripada purata hujan tahunan dalam tempoh sehari sahaja.
Beberapa empangan besar telah melimpah, terutamanya di Khuzestan dan Golestan sehingga banyak penduduk di perkampungan dan beberapa bandar terpaksa dipindahkan.
Lebih daripada 140 buah sungai telah melimpah dan kira-kira 409 tanah runtuh berlaku di negara tersebut.
Manakala kira-kira 1,900 bandar raya dan kampung-kampung di seluruh republik itu telah rosak akibat banjir yang teruk serta kerugian USD 2.5 bilion (RM10.2 bilion) akibat kemusnahan infratruktur bekalan air dan pertanian Iran.

Kira-kira 78 jalan raya telah tersekat dan 84 jambatan terjejas di kawasan yang dilanda banjir.
Di banyak kawasan, bumi dan rumah telah ditenggelami air selama beberapa hari. Kematian akibat banjir semakin meningkat kerana percutian Nowruz kerana ramai rakyat yang keluar bercuti yang membawa padah dalam perjalanan di jalan raya dan lebuh raya.
Pada 23 Mac, pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei telah memerintahkan agar Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran bertiundak membantu mangsa banjir.
Menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, beberapa ribu khemah, selimut, pemanas, set kesihatan, air mineral dan makanan telah diedarkan pada kalangan mereka yang terlibat dan terjejas dlam bencana banjir itu.
Malangnya kekurangan bantuan kerajaan pada minggu pertama dan tindak balas yang lambat telah meningkatkan ketegangan politik di seluruh negara. Ramai rakyat Iran termasuk ahli politik menggunakan platform media sosial untuk mengkritik penanganan banjir oleh kerajaan, khususnya Hassan Rouhani sebagaimana dilaporkan oleh AlMonitor pada 7 April.
Tehran telah memprotes sekatan Amerika Syarikat yang telah memberikan kesan langsung terhadap bantuan luar untuk mangsa banjir Iran.
Sekatan bantuan ke atas Iran telah dikuatkuasa semula pada tahun lalu (2018) apabila Presiden Donald Trump membuat keputusan untuk menarik perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia yang telah dicabuli oleh Iran.
Tindakan Amerika Syarikat itu diterjemahkan oleh Iran sebagai ‘keganasan ekonomi Amerika’.
Presiden Iran, Hassan Rouhani telah mengeluarkan kenyataan bahawa Washington hendak menangguhkan sekatan bantuan ke atas Iran kerana bencana banjir berkenaan dengan mengaktifkan kembali kewangan Iran dalam bank antarabangsa supaya negara-negara luar boleh menyalurkan bantuan dan derma kewangan kepada Iran.
Tindakan Arab Saudi dan UAE diterjemahkan sebagai mengetepikan pendirian negara-negara Teluk terhadap Iran setelah bermusuhan selama beberada dekad kerana konflik Iran dan Timur Tengah.
Riyadh telah sebelumnya memutuskan hubungan diplomatik dengan Taheran pada 2016 kerana akibat penentangan Iran kerana Arab Saudi menjatuhi hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal di Arab Saudi, Sheikh Nimr.
Akibat hukuman itu, Kementerian Luar Negeri Iran telah mengugut akan mengenakan tindakan tegas terhadap Arab Saudi serta menutup kedutaannya di Riyadh.
*****