VIDEO – SYIAH MENGGANAS DI IRAQ DALAM MISI PENGHAPUSAN ETNIK SUNNI

Featured
Video keganasan Pengganas Syiah di Iraq, dimuat turun dari Youtube

Keganasan puak pengganas Syiah di Iraq dalam misi mereka menghapuskan umat Islam yang mengamalkan ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau dikenali sebagai kaum Sunni, telah berleluasa di kawasan yang mereka kuasai.

  • Keganasan dilakukan oleh pihak berkuasa melalui pasukan polis.
  • Hampir setiap hari tubuh mayat yang dikerat-kerat ditemui di Baghdad akibat dibunuh dalam misi penghapusan etnik Sunni dalam strategi zalim yang bersistematik
  • Pembunuh-pembunuh yang terlibat adalah pihak keselamatan iaitu Polis yang bersekongkol berfahaman Syiah dan di belakang mereka adalah golongan ahli politik Syiah
  • Golongan pengganas ini adalah golongan yang diberikan kuasa untuk membina masa depan Iraq
  • Rakyat Iraq berada dalam ketakutan manakala pemberita dan jurugambar akan dibunuh sekiranya membuat laporan dan mendedahkan apa yang sedang mereka lakukan
  • Kumpulan pengganas Syiah ini bukanlah pihak yang bertugas untuk kerajaan Demokratik Iraq yang baru ditubuhkan, sebaliknya mereka adalah puak Militan Syiah
  • Di kawasan yang tidak dikawal oleh pihak kerajaan Demokratik Iraq, pastinya akan dikuasai oleh pengganas Militan Syiah
  • Pengganas ini akan membunuh, menculik dan menjalan kegiatan mereka di rangkaian penjara yang dirahsiakan
  • Salah satu penjara yang dijadikan pusat keganasan Militan Syiah ialah penjara kerajaan Saddam Hussein yang sepatutnya sudahpun ditutup dan tidak lagi berfungsi. Sebaliknya pihak polis dari Militan Syiah telah menjadikannya pusat operasi keganasan Militan Syiah
  • Di penjara itu mereka telah memenjarakan ratusan pemuda Sunni yang tidak pernah disabitkan dengan apa juga kesalahan jenayah, sebaliknya dituduh dengan tuduhan-tuduhan palsu yang direka-reka
  • Kebanyakan daripada mereka telah didera secara seksual oleh polis Militan Syiah, termasuk salah seorang pemuda yang merupakan seorang imam di sebuah masjid Sunni
  • Imam muda tersebut telah dipaksa mengaku terlibat dalam satu kes pembunuhan, jika tidak seluruh keluarganya akan diperkosa
  • Menteri Keselamatan dalam Negeri yang bertanggung jawab bagi pasukan polis ialah Viyan Jabbar yang merupakan pengikut Syiah
  • Banyak bukti yang mensabitkan Jabbar dengan jenayah keganasan Militan Syiah
  • Jabbar sepatutnya dibawa ke mahkamah antarabangsa untuk didakwa sebagai penjenayah perang
  • Pendedahan ini hanyalah dibuat pada sebuah penjara rahsia, manakala terdapat puluhan lagi penjara yang dijadikan pusat keganasan Militan Syiah
  • Sepuluh ahli keluarga imam muda yang diseksa itu pernah datang melawatnya di penjara, tetapi mereka kemudiannya telah diculik oleh pihak polis dan komando Militan Syiah
  • Mereka kemudiannya telah ditembak mati dan ditemui dibuang di tepi jalan. Namun dengan dakyah pihak pihak Militan Syiah, di sisi mayat mereka tertulis “Tahniah kepada mereka yang telah dibunuh eksterimis Sunni.”
  • Pendedahan ini hanya merupakan salah satu keganasan yang berlaku ketika Jabbar menjadi Menteri Keselamatan dalam Negeri.

*Tamat*