IRAQ MENJADI PENTAS SEJARAH PERTEMUAN ARAB SAUDI-IRAN

Featured

Setelah kemuliaan membantu Iran melalui 95 ton keperluan makanan dan bahan penempatan mangsa banjir di Iran, kini Arab Saudi dipertemukan dengan musuh geopolitiknya Republik ‘Syiah’ Iran di Baghdad dalam satu konferensi ‘keselamatan, diplomatik dan ekonomi.’

Meskipun konferensi di Baghdad yang mempertemukan juga ketua-ketua parlimen Turki, Kuwait, Syria dan Jordan, namun pertemuan Arab Saudi-Iran yang sekian lama bermusuhan menjadi satu catatan sejarah persaudaraan Islam.

Speaker Parlimen Iraq, Mohammed Al-Halboosi dalam sidang konferensi Baghdad pada 20 April, yang turut mempertemukan dua negara utama Arab Saudi-Iran- Foto daripada Kayhan Life

Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi yang baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Riyadh dan Taheran, kini telah membawa kedua-dua negara yang berkonflik dalam perebutan dominasi pengaruh di Timur Tengah.

Dalam kemelut peperangan saudara seperti di Yaman dan Syria, kedua-dua kuasa besar Islam itu yang satu berpegang kepada Ahlul Sunah Wal Jamaah, manakala satu lagi kepada pegangan yang menyimpang daripada Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis, telah dilihat menyokong puak-puak yang berkonflik di negara Islam yang menghadapi kancah dan kemelut perang saudara tersebut.

Walau bagaimanapun persoalan besar ialah soal fahaman dan pegangan agama Syiah yang sesat telah menjadi pokok persoalan kepada pertelingkahan antara kedua-dua buah negara itu.

Malahan pada 2016, Arab Saudi telah menjatuhi hukaman mati ke atas ulama Syiah terkenal di Arab Saudi, Syeikh Nimr, kerana tindakannya menyebarkan ajaran sesat Syiah kepada rakyat Saudi.

Akibat hukuman mati itu, Kementerian Luar Negeri Iran telah mengugut akan mengenakan tindakan tegas terhadap Arab Saudi serta menutup kedutaannya di Riyadh.

Kami percaya bahawa Arab Saudi mempunyai hak mutlak untuk mempertahankan Islam sejati daripada Ahlul Sunah Wal Jamaah dan dengan itu berkuasa untuk menjatuhi hukaman mati kepada mana-mana petualang agama di buminya.

Persoalan tentang hubungan diplomatik Arab Saudi dengan Amerika Syarikat dan hubungan rapat Iran dengan Rusia yang merupakan musuh ketat Amerika, bukannya persoalan di sini, kerana sebagai pemimpin negara Islam, Arab Saudi harus bertegas dalam soal ajaran Islam yang tulen sebagaimana yang dijarakan oleh Rasulullah SAW.

Pada pentas konferensi ‘keselamatan, diplomatik dan ekonomi’ khususnya bagi negara-negara Islam di rantau Timur Tengah itu, pertemuan antara dua negara yang bermusuh itu telah menjadi perhatian dunia.

Kepanasan ‘permusuhan’ itu pada hakikatnya telah disejukkan dengan bantuan kemanusiaan terhadap mangsa banjir besar Iran yang melanda sejak pertengah Mac lalu dan mengakibatkan 1,900 bandar di seluruh Iran lumpuh akibat banjir besar dengan kemusnahan dan kerugian yang dianggarkan melebihi USD2.5 bilion.

Iran juga ditindani dengan masalah sekatan ekonomi dan penyitaan akaun bank antarabangsa akibat tindakan Amerika Syarikat dan negara sekutunya kerana Iran telah melanggari perjanjian nuklear antarabangsa.

Bantuan negara besar Islam Arab Saudi dan Emeriah Rab Bersatu yang amat memusuhi Iran, mungkin dilihat sebagai hikmah untuk ruang diplomatik yang lebih intim antara negara yang bermusuhan itu.

Pastinya negara-negara dunia Islam menerima baik usaha Banghdad dalam pertemuan bersejarah tersebut, kerana sekiranya pemimpin Islam boleh menerima baik hubungan dengan negara seperti Amerika dan Rusia, mengapakah pula mereka tidak boleh menerima Iran sebagai rakan geopolitik, meskipun tidak sependapat dalam hal ajaran Islam yang tulen.

Adel Abdul Mahdi menegaskan bahawa Iraq akan mempertahankan hubungan eratnya bukan sahaja dengan Iran, malahan juga dengan Washington serta negara-negara jiran seperti Arab Saudi, meskipun terdapat perbalahan dengan Taheran.

Perutusan Iraq itu dicanangkan pada Sabtu 20 April oleh speaker Parlimen Iraq, Mohammed Al-Halboosi yang mempengerusikan konferensi tersebut.

“Apa yang mengikat hunbungan kami dengan negara jiran adalah matlamat geopolitik dan kepentingan bersama,” tegs Al-Halboosi.

Delegasi daripada pelbagai negara tetangga Iraq dalam konferensi itu juga menyokong pembinaan semuala dan pembangunan negara Iraq serta stabilitinya setelah berjaya mengalahkan ISIS setelah menghadapi kemelut berdarah selama tiga tahun.

Abdul Mahdi telah mengadap Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman semasa lawatan beliau ke Riyadh yang juga merupakan lawatan rasmi pertamanya setelah menduduki kerusi Perdama Menteri enam bulan yang lalu.

Perdana Menteri Iraq, Adel Adbul Mahdi bertemu dan berbincang dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman pada 17 April 2019 di Istana DiRaja di Riyadh, – Foto dipetik daripada MiddleEast Monitor.

Iraq dan Arab Saudi juga pernah berkonflik semenjak serangan Iraq ke atas Kuwait pada 1990, namun akhir-akhir ini telah mengusahakan hubungan diplomatik yang sihat untuk memadamkan konflik tersebut.

Lawatan Abdul Mahdi ke Riyadh berlangsung setelah sepuluh hari beliau mengadakan pertemuan rasmi dengan Taheran.

Adakah konferensi yang menjadi sejarah pertemuan Arab Saudi-Iran itu akan membawa suatu suasana geopolitik yang berbeza selepas ini di rantau Timur Tengah?

Mudah-mudah itulah yang diharapkan daripada penglibatan mereka dalam perang saudara di negara-negara kejiranan Timur Tengah.

*****