(Rencana dimuat turun daripada blog ‘BONGKAR, KOREK DAN DEDAH’ https://cungkil.wordpress.com/2019/03/08/guan-eng-menghasut-perang-cina-melayu/ )
Kerjasama PAS-UMNO juga menjadi igauan mimpi ngeri Guan Eng kerana sudah terbukti di dua PRK- Cameron Highlands dan Semenyih, apabila di kedua-dua PRK itu calon BN sokongan UMNO-PAS telah menang.
Malah di Cameron Highlands kempen DAP dan calonnya hanya signifikan untuk menarik undi bukan Melayu sahaja. Malu bukan main kerana ia merupakan referendum penolakan rakyat luar bandar terhadap kerajaan DAP-PH.
Di Semenyih, DAP tidak begitu nampak untuk menyokong calon PPBM, mungkin kerana malu dengan pukulan UMNO-PAS di Cameron Highlands atau mungkin kerana malu hendak menunjukkan muka setelah dunia tahu dia menipu dalam isu ‘akauntan bertauliah’ yang didedahkan oleh Dr Wee Ka Siong, Presiden MCA.
Guan Eng juga sudah terperosok ke longkang kerana pendedahan Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong bahawa Guan Eng bukanlah ‘akauntan bertauliah’, lalu dia jadi gelabah dan tiada tempat untuk menyembunyikan wajah Cina Funan warisan bapanya Lim Kit Siang.
Pada zaman lambakan mahasiswa seperti hari ini, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan hanya layak untuk jawatan ‘kerani akaun’ sahaja di sesetangah syarikat swasta. Mungkin itulah sebabnya dia telah dibuang kerja suatu ketika dahulu kerana ‘kurang ilmu’ dalam bidang perakaunan.
Dengan dendam kesumat atas tiada sokongan Melayu, DAP menghalau pendudukan Melayu di PPR Taman Manggis.
Ada kalangan rakyat Pulau Pinang yang mendakwa bahawa 22 buah keluarga Melayu yang dihalau keluar dari rumah PPR Taman Manggis adalah dendam dan tamak haloba Lim Guan Eng, Phang Li Koon dan Betty Chew.

Tapak rumah PPR Taman Manggis itu telah dijual oleh Guan Eng dan Phang Li Koon sebagai orang tengah dengan kerja sama Betty Chew untuk mendirikan klinik gigi swasta. Kita tidak tahu adakah itu benar.
Namun rakyat nampak sifat dendam yang amat dikenali oleh rakyat Pulau Pinang dalam diri dan jiwa bangsa Cina-DAP pada Guan Eng.
DAP boleh menipu TG Nik Aziz untuk bersama mereka dalam Pakatan Rakyat dahulu, kerana Nik Aziz sememangnya amat membenci Mahathir yang dilihat sebagai Firaun dan dilabelkan sebagai ‘Bapa Pelingkup Negara’ oleh Mat Sabu.
Setelah Nik Aziz mati, percaturan politik Mahathir turut berubah apatah lagi apabila PAS juga nampak dan sedar yang DAP adalah sang hipokrit yang cuba mengkristiankan negara, dan anti-Melayu-Islam. Kerjasama PAS-UMNO terus menjadi jembalang yang mengganggu tidur Guan Eng.
Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Cina, dan Malaysiakini turut menghebohkannya bahawa kerjasana PAS-UMNO adalah satu bentuk ‘isyarat perang kaum ‘Melayu terhadap kaum Cina’.

Kenapakah susah sangat bagi manusia Cina-DAP ini untuk menerima hakikat bahawa Tanah Melayu ini adalah milik asal kaum Melayu-Bumiputera yang bergama Islam? Maka kerjasama kaum Melayu, apatah lagi dalam penyatuan umat dalam satu agama bukanlah isu perkauman.
Kenapakah rendahnya undi kaum bukan-Melayu terhadap calon BN di dua PRK yang lalu di Cameron Highlands dan Semenyih tidak dilihat sebagai sikap perkauman yang dimainkan oleh DAP-PH?
Lihat sahaja peratusan undi mengikut kaum di kawasan yang diduduki oleh kaum Cina sedangkan calon yang bertanding berdiri atas tiket BN, bukan UMNO atau PAS.
Kenyataan Guan Eng yang menterjemahkan kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang’ terhadap kaum Cina adalah dangkal dan boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum.
Sedangkan kerjasama UMNO-PAS sebagaimana yang ditegaskan oleh kedua-dua kepimpinan tertinggi parti hanyalah menjurus kepada aspek penyatuan ummah yang tidak sesekali meminggirkan mahupun meremehkan mana-mana agama mahupun kaum di negara ini.
Kenyataan Guan Eng itu hanya menyerlahkan lagi wajah sebenar pemimpin dan parti DAP yang sememangnya sejak dahulu lagi lebih cenderung kepada sifat cauvinis Cina dan rasis.
Kerana takut diheret di bawah Akta Hasutan, Guan Eng terus mengubah kenyataannya tentang kerjasama UMNO-PAS sebagai ‘isyarat perang terhadap kaum Cina’ kepada ‘mensasarkan kaum Cina’.

Guan Eng butakah bahawa MCA dan MIC tidak bersetuju dengan kenyataannya dan mereka turut sama membuat laporan di Balai Polis atas kenyataan perkauman Guan Eng yang amat tidak bertanggungjawab itu?
Adakah Guan Eng cuba membawa legasi bapanya atas nama DAP pada tragedi berdarah 13 Mei 1969 dahulu?
Guan Eng tidak layak diangkat sebagai menteri di negara yang terlalu banyak kompromi kaum Melayu-peribumi terhadap kaum bukan-Melayu yang pada asalnya adalah buruh kasar penjajah British.
Rakyat juga mempersoalkan sifat diam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy walaupun Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.
Tidakkah sesama mereka, tiada langsung jiwa dan semangat perpaduan!
*****