PENGGANAS HOUTHI KUASAI 20 PUSAT MILITARI DI NAJRAN, ARAB SAUDI?

Featured

Tentera pengganas Houthi Yaman yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran, mendakwa bahawa mereka telah menguasai 20 pusat militari di wilayah Najran, selatan Arab Saudi, meskipun dakwaan tersebut tidak mendapat apa-apa reaksi dari Arab Saudi sendiri.

Serangan pengganas Houthi dilakukan melalui dron bersenjata bermula dua minggu lalu, namun dikatakan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Pada 10 Januari lalu, enam tentera Yaman telah terbunuh akibat serangan dron Houthi semasa perbarisan tentera berlangsung di Sanaa.

Dron Houthi, gambar dipetik daripada AP

Jelaslah bahawa serangan dron bersenjata Houthi buatan Iran, adalah amat berbahaya, kerana serangan boleh dibuat dari jarak jauh dan jarang dapat dikesan.

Kedudukan Najran hanyalah 840 km daripada Riyadh, manakala dron Houthi boleh dikawal dalam jarak 900 km dengan kelajuan 150 km.s.j.

Video serangan dron Houthi ke atas tentera Yaman yang sedang mengadakan perbarisan di ibu negara, Sanaa.
Dimuat naik daripada YouTube.

Pada 14 Mei lalu, mereka juga telah menyerang pangkalan saluran minyak Arab Saudi di Afif dan Dawadmi dengan mengguna dron yang sama yang dinamakan ‘Ababil’ buatan Iran.

Namun tiada kerosakan serius, dan operasi saluran minyak yang merentasi semenanjung Saudi, kini telah beroperasi semula sebagaimana yang dilaporkan oleh ARAMCO.

Pada 21 Mei, pengganas Houthi juga telah cuba mengebom Riyadh dan Jeddah menggunakan peluru berpandu, namun telah dapat dipatahkan oleh tentera Saudi.

Siri keganasan Houthi juga berlangsung di Teluk Parsi berhampiran dengan pelabuhan Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila empat buah kapal tangki minyak, yang dua daripadanya dimiliki oleh Arab Saudi dan dua lagi milik UAE, telah disabotaj yang mengakibatkan kebakaran serius.

Kapal tangki minyak Saudi yang disabotaj oleh pengganas Houthi yang dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran

Tindakan tersebut yang didakwa digerakkan oleh pengganas Houthi, yang turut membangkitkan kemarahan Amerika kerana ia menjejaskan pengeksportan minyak global.

Jurucakap pihak pengganas Houthi, Yahya Sarei melaporkan kepada agensi berita SABA bahawa pusat tentera Saudi di wilayah selatan Kerajaan Saudi di Najran telah dikuasai dalam satu serangan mengejut selama tiga hari sejak 3 Jun lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih daripada 200 pegawai tentera pakatan Arab Saudi-UAE telah dibunuh atau setidak-tidaknya cedera parah, dan selainnya ditawan bersama-sama dengan senjata serta alat ketenteraan.

Walau bagaimanapun dakwaan Sarei tidak dapat disahkan secara bebas manakala pihak Arab Saudi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dakwaan Sarei itu.

TV Al-Masirah milik Houthi telah menghebohkan serangan tersebut dan beberapa pusat ketenteraan di Najran yang berdekatan dengan sempadan Saudi-Yaman telah dikuasai oleh militan Houthi.

Serangan dron pengganas Houthi di Najran

Konflik Saudi-Houthi telah bermula pada hujung 2014 apabila pengganas Houthi telah bersekongkol dengan Presiden Ali Abdullah Saleh dan menguasai sebahagian besar Yaman termasuk Sanaa, ibu negara Yaman.

Peperangan saudara di Yaman meletus pada Mac 2015 apabila pakatan militari Saudi-UAE melancarkan serangan ke atas Houthi bagi mempertahankan kerajaan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa di bawah kepimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini menjadi Presiden buangan Yaman yang berlindung di Arab Saudi.

Malangnya Houthi menggunakan taktik perisai manusia untuk menangkis serangan, manakala ribuan kanak-kanak semuda 10 tahun telah menjadi tentera paksaan Saudi.

Akibatnya ramailah orang awam dan kanak-kanak serta pihak rakyat yang memberontak menentang kerajaan Ali Abdullah Al-Saleh terbunuh dalam konflik perang saudara di Yaman.

Pihak pengganas Houthi dan kerajaan Al-Saleh dibiayai oleh kerajaan Syiah Iran, yang dilihat sebagai amat mengancam kedudukan UAE dan Arab Saudi yang bersempadan dengan Yaman, apatah lagi kedudukan kota suci Mekah dan Madinah.

Kerajaan Syiah Iran difatwakan menjunjung fahaman sesat Syiah manakala banyak negara Teluk taat berpegang kepada Ahlul Sunah Wal-Jamaah, sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan sunah Rasululullah SAW.

Kerajaan Syiah Iran yang turut mencampuri konflik ketenteraan di Iraq dan Syiah, dilihat sebagai cuba memperluaskan pengaruh Syiah serta menjadikan negara-negara tersebut sebagai sebahagian daripada negara Parsi di bawah kuasa Iran.

Sekiranya benar dakwaan agensi berita SABA dan TV Al-Masirah tentang serangan dan penguasaan pengganas Houthi di Najran, maka Arab Saudi dan seluruh umat Islam tidak boleh berdiam diri, kerana penguasaan tersebut juga mengancam kedudukan kota Suci Mekah dan Madinah.

Sekiranya benar, ancaman militan pengganas Houthi menjadi amat kritikal lebih-lebih lagi bagi musim Haji sudah berdekatan.

Serangan ke atas Riyadh dan Jeddah oleh pengganas Houthi dengan menggunakan peluru berpandu Iran, meskipun telah dapat dipatahkan oleh tentera Saudi di Taif, tidak dilihat sebagai jaminan kepada keselamatan jemaah Haji.

Walaupun Allah telah berjanji untuk melindungi Mekah sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Fil, kerajaan Arab Saudi dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, tidak boleh duduk berdiam diri sahaja.

Sesuatu tindakan proaktif harus diambil bagi mengenyahkan ancaman Houthi dan juga puak pengganas yang lain seperti DAESH bagi menjamin keselamatan jemaah Haji dan Umrah yang menjalankan ibadah mereka di tanah suci.

*****

MILITAN DAESH (DAISH) ADALAH MUSUH ISLAM

Featured

Pada asalnya kumpulan pengganas militan Daesh bergerak atas nama ISIS atau ‘Islamic State of Iraq and Syria.’

Kemudiannya terminologi ISIS dipendekkan sahaja menjadi IS atau Islamic State.

ISIS ditubuhkan pada tahun-tahun awal  Perang Iraq atau lebih popular sebagai Perang Teluk.  

Kumpulan pejuang ISIS itu terdiri daripada pelbagai subkumpulan pejuang yang bersembunyi di sebalik nama Islam, iaitu Majlis Syura Mujahidin, Al-Qaeda, Haysh Al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Tentera Mazhab Mansura dan lain-lain.

Matlamat Negara Islam Iraq dan Syam adalah untuk menubuhkan sebuah kepimpinan khalifah dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiannya termasuklah Syria, lalu ke seluruh dunia.

Pada asalnya mereka berjuang untuk memerdekakan negara Iraq, Syria dan Lebanon.

Kumpulan ini ditubuhkan pada awal Pencerobohan AS di Iraq 2003 dan bersetia dengan organisasi Al-Qaeda pada 2004.

Kemudiannya, untuk mencari tapak kekuatan, kumulan ini berusaha mendapatkan sokongan dan bergabung dengan pelbagai kumpulan pemberontak.

Dengan itulah mereka pada asalnya dilihat sebagai rakan seperjuangan Majlis Syura Mujahideen di Afghanistan, Al-Qaeda di Iraq, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Jeish al-Taiifa al-Mansoura dan lain-lain.

Puak-puak ini menganut fahaman Sunni. Pada asalnya matlamat penubuhannya adalah baik kerana mahu mewujudkan satu negara khalifah di kawasan majoriti Sunni Iraq, yang kemudiannya akan dikembangkan ke Syria.

Kumpulan ini begitu ketara di wilayah-wilayah Iraq. Mereka menjadikan kerajaan dan tentera Iraq sebagai sasaran kerana tentera Iraq telah dipengaruhi oleh fahaman Syiah Iran dengan kekuatan yang dibantu oleh Rusia.

Pada tahun 2013, pemimpin tertinggi Al-Qaeda mahu kumpulan pejuang ISIS itu dibubarkan sahaja mungkin kerana pendirian mereka yang bersikap melampau dalam hala tuju perjuangan.

Pada 2013, Ayman Al-Zawahiri, pemimpin tertinggi Al-Qaeda telah membuat keputusan dan mengisytiharkan pembubaran puak ISIS Syria.

Berikutan itu pada bulan Februari 2014 selepas krisis kuasa, Al-Qaeda tidak lagi mahu bersekongkol dengan ISIS.

Malangnya pemimpin ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi menentang perisytiharan pembubaran ISIS dengan alasan bahawa gerakan itu berpegang kepada falsafah perjuangan yang selari dengan dasar perundang-undangan Islam dan bertekad untuk terus beroperasi di Syria.

Pada Jun 2014, berikutan perbalahan di Iraq, ISIS dilaporkan telah merampas kuasa kebanyakan bangunan di Mosul, bandar kedua paling ramai penduduk di Iraq, wilayah Nineveh, dan bandar Fallujah.

ISIS turut mengambil alih kawalan di Tikrit, wilayah Salah Din, dengan matlamat menguasai ibu kota Iraq, Baghdad.

Kemudian keganasan ISIS mula mengubah haluan, mereka bukan sahaja berjuang atas bumi Iraq dan Syria, tetapi mula mencari dan mewujudkan pemusuhan dengan negara Barat yang mereka tanggapi sebagai musuh Islam.

Setelah berlaku beberapa siri keganasan ISIS, dan yang paling terkesan ialah serangan maut di kota Paris, Presiden Perancis, Francois Hollande, telah menggunakan istilah ‘Daesh’ untuk merujuk kumpulan pengganas ISIS.

Istilah Daesh adalah merupakan singkatan akronim mengikut huruf dalam frasa Arab, al-Dawla al-Islamiya al-Iraq al-Sham (Negara Islam Iraq dan Syria), yang dari aspek etimologi membawa maksud yang sama dengan ISIS (Islamic State of Iraq and Syria) .

Walau bagaimanapun istilah Daesh dari aspek semantik (atau kajian makna) mengandung nilai buruk atau ejekan yang mirip kepada istilah ‘Daes’ dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘meremukkan sesuatu di bawah kaki’. Ia juga mengandung bunyi ‘Dahes’ yang bermaksud ‘orang yang mencetus perselisihan’.

Secara tidak langsungnya Daesh menjadi ejekan kepada kumpulan ISIS atau IS kerana makna negatif namun selaras dengan sifat gerakan kumpulan militan itu yang ganas dan terkeluar serta bertentangan daripada prinsip Islam yang sukakan perdamaian bukannya permusuhan dan pembunuhan.

Dengan itu istilah ‘Daesh’ terus menjadi popular, mungkin juga dengan sokongan propaganda siber yang mendukung matlamat untuk menggambarkan keburukan kumpulan pengganas militan tersebut.

Selain daripada Presiden Perancis, Francois Hollande, istilah Daesh pernah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.

Sementara seorang penganalisis keamanan, Evan Kohlmann pernah menyatakan bahawa “Istilah Daesh  bersifat menghina dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk melabelkan seseorang dan sekaligus membangkitkan kemarahan ahli kumpulan itu sendiri.”

Atas alasan itulah portal berita NBC, pernah melaporkan bahawa pejuang-pejuang ISIS atau IS amat marah dan mengugut akan memotong lidah sesiapa sahaja yang mengguna pakai istilah Daesh sebagai gelaran kepada mereka kerana ia mempersenda dan merendah-rendahkan aspirasi dan imej mereka.

Sejak anggota Daesh disabitkan dengan tindakan penindasan, pembunuhan dan kezaliman yang wewenang media sedunia mula meletakkan istilah ‘pengganas’, ‘pelampau’ atau ‘militan’ di hadapan kata IS.

Apatah lagi apabila pegangan, perjuangan dan tindakan mereka tidak mewakili falsafah dan pegangan Islam sebenar yang menyeru kepada perdamaian dan keselamatan, maka media dunia lebih gemar melabelkan mereka sebagai Daesh.

Dalam laporan berita di beberapa negara Barat mahupun negara Teluk, pemberita sudah tidak lagi merujuk kumpulan itu sebagai militan ‘Islamic State’ atau ‘Negara Islam’ sebaliknya sekadar menyebut ‘militan Daesh’ kerana tidak mahu mengaitkan nama Islam bagi merujuk kepada kumpulan tersebut.

Kini Daesh adalah rujukan kepada kumpulan militan pengganas setelah lupusnya kumpulan Al-Qaeda.

Malang sekali Daesh menjadi popular dalam kalangan umat Islam yang jahil kerana propaganda perjuangan Daesh yang dikaitkan dengan fahaman bahawa pada akhir zaman kelak akan muncul kumpulan tentera hitam untuk menentang Yahudi.

Meskipun Daesh sudah kalah di kubu kuat mereka, tetapi siri-siri serangan dan propaganda Daesh terus kekal dan berkembang kerana mereka berjaya mempermainkan isu-isu agama untuk mencapai agenda tersembunyi mereka. 

Perkara utama yang seharusnya kita fahami ialah Daesh mempunyai sistem pemerintahan sendiri. Pada mulanya Daesh berjaya menjadikan Syria dan Iraq sebagai negara mereka sendiri atau yang disebut juga sebagai ‘Daulah Islamiyyah’.

Semua penduduk yang tinggal di Syria dan Iraq yang ditawan oleh Daesh dianggap sebagai rakyat mereka. Penduduk yang tinggal dalam negara itu dikehendaki mematuhi undang-undang yang ditetapkan, termasuklah pemakaian burqa atau cadur hitam bagi wanita, menyimpan janggut dan berpakaian pejuang gerila bagi lelaki, sekatan terhadap akses telefon dan televisyen, tidak ada makanan segera barat, catuan air dan lain-lain lagi.

Daesh mempunyai ‘Khalifah’ iaitu Abu Bakar al-Baghdadi dan 12 menteri kabinet yang dilantik secara ‘mesyuarah’ atau persetujuan bersama.

Sistem pemerintahan Daesh juga mempunyai bala tentera yang diberi tatatingkat pangkat dan dibayar gaji, manakala penduduk pula perlu membayar cukai perlindungan serta membeli keperluan daripada pihak kerajaan.

Daesh juga mempunyai kekuatan merekrut ahli-ahli baru melalui propaganda yang mempergunakan Islam sebagai tarikan dan kebanyakannya disebarkan melalui media sosial.

Ribuan mangsa terutamanya daripada negara-negara Islam seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan juga Malaysia telah diindoktrinasikan minda (dibasuh-minda) mereka dengan propaganda ‘jihad kerana Allah’ untuk menjadi tentera Daesh. Lokasi destinasi mereka adalah Iraq dan Syria.

Agak mengejutkan apabila tidak kurang 20,000 ‘mualaf’ yang masih jahil tentang ajaran Islam telah berjaya direkrut oleh Daesh hingga mereka sanggup menggadaikan nyawa dengan menjadi pengebom berani mati di mana-mana sahaja yang menjadi sasaran Daesh serta taksub dengan arahan ketua mereka.

Amat menggusarkan juga kerana media sosial telah membolehkan Daesh akses kepada sesiapa sahaja di di alam maya tanpa apa-apa sekatan seperti facebook, twitter, istagram, telegram dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, pada 2017, pihak keselamatan telah menahan seramai 346 suspek yang dikesan menjalankan kegiatan pro-Daesh, seramai 95 orang daripada mereka adalah rakyat Malaysia.

Sumber polis melaporkan bahawa kejayaan menahan individu terbabit adalah dengan kerjasama pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dan agensi perisikan antarabangsa lain.

Risikan dan pertukaran maklumat bukan saja untuk mengesan elemen keganasan dalam negara, malah rakyat negara ini yang berjihad ke negara lain untuk menyertai kumpulan militan di Iraq dan Syria juga dapat dipantau. Sejumlah 34 orang warganegara Malaysia telah maut di negara terbabit.

Lebih mengejutkan sebelumnya, pada 2016, terdapat ugutan melalui video daripada militan Daesh yang memaparkan seorang lelaki Malaysia memberi amaran akan serang orang awam termasuk menyembelih anggota polis mula didedahkan kepada umum.

Rakaman itu turut mendapat perhatian Bahagian Counter Terorisme Cawangan Khas Bukit Aman yang berjaya mengenal pasti identiti lelaki tersebut sebagai Mohd. Rafi Udin dari Negeri Sembilan.

Dia muncul bersama-sama dua rakannya dengan tiga tebusan dipercayai anggota perisik tempatan yang ditawan; turut menggesa penyokong Daesh di Malaysia menggunakan apa sahaja cara untuk membunuh setiap orang kafir.

“Bunuh mereka di mana sahaja yang anda jumpa… Jika anda ada kereta, langgarlah mereka… Gunakan senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka,” kata Mohd. Rafi menaikkan semangat menerusi visual video berkenaan.

Dia juga mengeluarkan amaran keras kepada semua anggota polis di seluruh negara bahawa mereka akan diburu dan disembelih hidup-hidup oleh ramai penyokong Daesh yang sudah pun berada di dalam Malaysia.

Propaganda Daesh yang menunjukkan tindakan penyembelihan musuh mereka di khalayak ramai di Raqqa Syria. Gambar dimuat naik daripada portal Alamy.com

Pada Januari 2019, kumpulan militan Daesh telah  mengaku bertanggungjawab atas pengeboman serentak yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di gereja Katolik Filipina, sebagaimana dilaporkan agensi berita, Amaq.


Foto menunjukkan kerosakan dalam gereja Katolik di Jolo, wilayah Sulu, Filipina susulan serangan bom.  Foto daripada AFP

Serangan berlaku di kepulauan majoriti Islam di selatan Filipina dan telah mengorbankan 81 orang dan terburuk sejak beberapa tahun kebelakangan.

Pada April lepas, di Arab Saudi pula empat lelaki yang didakwa anggota militan Daesh maut apabila pihak berkuasa menggagalkan serangan ke atas sebuah bangunan keselamatan di wilayah tengah di Riyadh, kata pihak berkuasa.

Keempat-empat lelaki terbabit telah melakukan serangan ke atas stesen Mabaheth (perisikan tempatan) di Zulfi, di barat laut ibu kota Saudi.

Pasukan Daesh dilaporkan telah mendapat sokongan Israel terutama dari sudut latihan dan persenjataan. Sebab itulah kita dapat lihat dengan jelas Daesh tidak mempunyai perancangan untuk menyerang Israel, akan tetapi berterus-terusan menyerang mana-mana negara Islam yang menentang doktrin mereka.

Propaganda Daesh disebarkan secara besar-besaran. Video penyembelihan wartawan James Foley dan pembakaran hidup-hidup juruterbang Jordan yang ditawan adalah merupakan titik penting penyebaran propaganda Daesh.

Muka depan New York Post dan Daily News Amerika Syarikat

Kekejaman yang ditunjukkan dalam media sosial sudah menjadi perkara lumrah dan asas dalam perjuangan Daesh. Keganasan bukan menakutkan pengikut Daesh, sebaliknya menjadikan mereka lebih bersemangat untuk menghantar mesej kepada musuh-musuh Islam.

Malangnya, Daesh berjaya melahirkan satu persepsi negatif tentang Islam hingga dibenci dan didendami serta mewujudkan ‘Islamophobia’ yang serius di Barat.

Malah Daesh juga berjaya menghasilkan buletin propaganda mereka seperti ‘Dabiq’ dan ‘Haqiqat’ yang secara terang dan jelas menyokong perlakuan kejam dan tak berperikemanusiaan mereka.

****

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK PARA JEMAAH UMRAH PADA BULAN RAMADAN

Featured
Image result for pasukan keselamatan Arab Saudi di Mekah memantau jemaah
Sejumlah 5000 CCTV dipasang untuk memantau sebarang ancaman keselamatan para jemaah Umrah dan Haji di Dua Masjid Suci

Pihak Berkuasa Keselamatan Awam Penerbangan Arab Saudi menggunakan segala keupayaan untuk menggerakkan pelbagai langkah bagi menjamin keselamatan jemaah umrah di Mekah dan Madinah, khususnya Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada bulan Ramadan.

Setakat 13 April 2019 sahaja, sejumlah 5.73 juta visa Umrah telah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi dengan 5.27 juta sudahpun berada di tanah suci Mekah dan Madinah, sebagaimana dilaporkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi.

Kebanyakan jemaah Umrah iaitu sejumlah 4.7 juta tiba di Arab Saudi melalui penerbangan manakala 504 ribu memasuki Arab Saudi melalui perjalanan laut.

Image result for Jemaah Umrah di Masjidil Haram pada Ramadan 2019
Sejumlah 5.73 juta Visa Umrah telah dikeluarkan pada April 2019 untuk para jemaah seluruh dunia

Kerajaan Arab Saudi amat berwaspada dengan kemasukan pelbagai warganegara atas tujuan menunaikan ibadat Umrah dan Haji, kerana pelbagai kemungkinan harus dihadapi terutamanya dalam era konflik antara fahaman sesat Syiah Iran serta negara-negara yang berpegang kepada Ahlul Sunah Wal Jamaah.

Jumlah jemaah yang terbanyak ialah dari Pakistan (1.2 juta) diikuti oleh Indonesia (808 ribu), Idia (513 ribu),  Mesir (31.6 ribu), Turki (250 ribu) Yaman (246 ribu) Malaysia (243.7 ribu), Algeria (226.5 ribu), Iraq (185 ribu) dan Jordan (148 ribu).

Langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah sebahagian daripada langkah-langkah menyeluruh bagi menyelaraskan gerakan keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan pihak berkuasa.

Image result for pasukan keselamatan Arab Saudi di Mekah memantau jemaah
Bilik Gerakan ICT Pasukan Khas Keselamatan yang canggih

Pihak Pemerintah Penerbangan telah menyusun pemantauan hariannya di udara Mekah dan Masjidil Haram termasuk kawasan-kawasan yang terbabit seperti Mina dan Jamrah serta lebuh raya yang memasuki Kota Mekah, baik daripada Jedah mahupun ibu negara di Riyadh.

Antara tugas harian yang dilaksanakan ialah memantau kawasan udara dan gerakan trafik di lebuh raya, menyediakan perkhidmatan perubatan dan bantuan logistik untuk badan-badan kerajaan. Sejumlah 5000 litar TV pemantau (CCTV) telah dipasang di kawasan strategik Dua Masjid suci untuk membantu gerakan menjaga keselamatan para jemaah. Dron juga digunakan buat pertama kalinya untuk memantau setiap ancaman keselamatan di dua Masjid Suci.

Image result for Drone used on makkah and Madinah
Dron juga digunakan bagi membantu pemantau keselamatan di Dua Masjid Suci

Pihak penerbangan juga menjalankan latihan untuk menangani sebarang kejadian kemalangan dan bertugas 24 jam setiap hari, dan 7 hari seminggu, bagi memastikan keselamatan jemaah Umrah.

Pelan keselamatan bagi Masjidil Haram diklasifikasikan kepada tiga perkara utama iaitu:

  • organisasi bagi mengurus dan mengawal keselamatan para jemaah,
  • melindungi para jemaah dan keselesaan mereka
  • menjaga soal kemanusiaan dengan menumpukan kepada bantuan untuk warga tua, bantuan kesihatan, bantuan kepada kanak-kanak dan mereka yang sesat di tengah kota.
Para pegawai yang bertugas di Bilik Gerakan pemantauan Pasukan Khas Mekah

Komandan pasukan khas yang menjaga kompleks Masjidil Haram, Major Jeneral Abdullah Al-Osaimi, melaporkan bahawa latihan tindakan keselamatan bagi operasi darurat di Masjidil Haram telah dijalankan dengan berjaya bagi mengatasi kejadian yang tidak diingini.

“Kami mengendalikan aliran masuk keluar para jemaah di kawasan Ka’bah untuk memastikan keselamatan dan keamanan mereka.”

Mengenai tugas pasukan khas, Abdullah menegaskan bahawa mereka harus memantau kapasiti masjid dan mengatur pergerakan jamaah menuju masuk dan keluar dari masjid.

Hal ini amat penting terutama pada waktu solat lima waktu dan juga solat Terawih.

“Kami menjagapintu masuk di bagian selatan, barat dan utara masjid agar tetap terbuka untuk para jemaah dan gerbang timur untuk keluar,” jelas Abdullah Al-Osaimi lagi.

Menurut beliau, selama Ramadan pihaknya akan membuka semua gerbang untuk para jemaah memasuki Masjidil Haram.

Al-Osaimi mengatakan bahawa mereka telah dilatih untuk mencegah sebarang tindakan yang negatif sebelum terjadi sesuatu yang membahayakan.

Beliau juga menegaskan bahawa petugas intelijen jenayah memainkan peranan penting dalam tindakan mereka, termasuk mengesan peragut dan pencuri.

Kamera keselamatan yang telah dipasang di dalam dan sekitar Masjidil Haram juga membantu mencegah sebarang tindakan negatif dan jenayah. Kamera membantu memantau kepadatan untuk mengambil tindakan cepat oleh petugas keamanan.

“Ruang operasi kami dilengkapi dengan peralatan canggih,” kata Al-Osaimi lagi. Dia juga menjamin bahawa pegawai keselamatan sentiasa berada dalam setiap kawasan masjid bagi menangani keadaan darurat termasuk kemungkinan terjadinya berbagai tunjuk perasaan. Operasi keselamatan dijalankan oleh pegawai yang sangat berpengalaman.

Pasukan Keselamatan di Dua Masjid Suci sedang mengadakan simulasi keselamatan di Masjidil Haram

Sementera itu, Jabatan Kebersihan Dua Buah Masjid Suci, juga menjadi tunggak kepada soal kebersihan dan kesihatan jemaah yang beribadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah baik pada bulan Ramadan mahupun pada musim Haji.

Pengarah Jabatan Kebersihan, Mohammed Al-Jabri melaporkan, sejumlah 2,497 buruh bekerja 24 jam sehari untuk membersihkan masjid dan berbagai premis di sekitar kawasan dua masjid berkenaan.

Dia menekankan bahwa tempat-tempat suci ini mendapat perhatian dan tumpuan utama daripada pemimpin negara.

Banyak projek dirancang dan dilaksanakan di kawasan dua masjid suci itu dengan matlamat untuk memastikan kemudahan dan keselesaan bagi para jemaah masjid. 

Sementara itu, Pemerintah Daerah Mekah, Khaled Al-Faisal, menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau dan memastikan semua jabatan awam dan pihak swasta yang terlibat dalam hal mentadbir jemaah umrah supaya memberikan layanan yang sempurna bagi jemaah sepanjang bulan Ramadan ini agar para jemaah dapat beribadah dengan sempurna dan selesa.  

Di samping itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah mengerahkan lebih 11 ribu kakitangan perubatan dan kesihatan di semua hospital dan pusat kesihatan di Makkah dengan kemudahan 170 ambulans. 

Ketua Pasukan Keamanan Khusus di Masjidil Haram, Yahya Al-Akeel, mengatakan pegawai keamanan akan sentiasa mengesan dan memantau setiap orang yang kemungkinan mengidap sakit jiwa dalam kalangan para jemaah. Jika ada yang dikesan, maka mereka akan segera Al-Akeel menjelaskan, sekitar 2.500 kamera akan memantau pergerakan jamaah di dalam Masjid al Haram dan sekitarnya.

****

UMAT ISLAM WAJIB BANTU SELAMATKAN AL-AQSA DARI REGIM ZIONIS

Featured
Serangan bom regim Israel ke atas penduduk Palestin

Sebagai umat Islam, segala bentuk usaha untuk menyelamatkan Al-Aqsa serta solidariti dalam mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa sewajarnya disokong penuh dan menjadi wadah perjuangan dan jihad.

Rakyat Palestin yang sepatutnya menjadi pemilik mutlak Al-Aqsa dan Baitul Maqdis telah sekian lama menderita akibat penjajahan Israel akibat dakyah Barat.

Pada waktu terkini, wilayah milik Palestin semakin dihimpit, penduduknya saban hari ditindas dan dizalimi.

Perlahan-lahan regim Israel dengan niat mahu menyembunyikan daripada pengetahuan dunia telah menindas Palestin dan menggerakkan serangan penghapusan etnik supaya mereka bebas merampas keseluruhan bumi Palestin dan menjadikannya milik mereka.

Tahun lalu (2018), genaplah 70 tahun penubuhan negara haram Israel di bumi Palestin yang terkandung dalamnya Baitulk Maqdis dan Majid Al-Aqsa.

Semenjak itu beribu-ribu rakyat Palestin telah terkorban apa lagi yang cedera dan cacat seumur hidup kerana memperjuangkan hak mereka.

Pembunuhan, seksaan dan serangan Zionis ke atas wanita dan kanak-kanak Palestin

Perjuangan rakyat Palestin sewajarnya diangkat sebagai perjuangan seluruh umat Islam kerana di bumi itulah terletaknya kiblat pertama bagi ibadat umat Islam.

Malah masjid Al-Aqsa menjadi salah satu masjid suci umat Islam, selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kerakusan Zionis Yahudi-Israel dalam gerakan mereka merampas dan merompak bumi Palestin daripada umat Islam amat jelas apabila kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 sehingga kini, semakin meningkat hari demi hari. Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 78:

Marfumnya: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mantan Syeikh al-Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa Yahudi ini melalui bukunya “Banu Israel fi al-Quran wa as-Sunnah”, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya.

Pengeboman regim Zionis ke atas bumi Palestin yang tidak pernah berakhir

Bangsa Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan kaum Arab.

Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam, dan kini kedudukan masjid itu berada dalam keadaan yang amat membimbangkan akibat rentetan daripada pembinaan terowong-terowong di bawah tanah kawasan masjid oleh rejim Zionis yang menyebabkan kerosakan pada bangunan masjid yang semakin hari semakin parah.

Selain itu, kita amat kesal atas sikap biadap dan tidak bertanggungjawab sesetengah negara antarabangsa yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis-Israel ini.

Negara-negara kuasa besar dunia juga berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

Namun mereka bertindak proaktif dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Ia secara langsung membuka peluang yang besar bagi musuh-musuh Islam untuk terus menceroboh dan mencabul kesucian Islam.

Umat Islam, tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan yang memusuhi Islam. Kerana Allah telah memberikan peringatan bahawa golongan ini tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan umatnya melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah menerusi surah al-Baqarah ayat 120:

Marfumnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Islam sebagai agama rahmah amat mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam).

Islam melarang keras sebarang bentuk kezaliman dan membiarkan muslim yang lain dizalimi. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:  

Marfumnya: Daripada „Abdullah bin „Umar RA berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat (membantu) saudaranya, maka Allah akan melaksanakan (membantu) hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Umat Islam bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama di Palestin, tetapi juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama Islam. 

Baitul Maqdis adalah lokasi berlakunya Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa jika terdapat sesiapa yang beribadah dalamnya.

Di Malaysia, sebuah NGO -Aman Palestin banyak membantu Palestin dalam program mereka

Oleh itu, umat Islam mestilah bersama-sama mengambil tindakan berikut.

  • Pertamanya, menyalurkan bantuan ekonomi dan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Kedua, memperkasa penggunaan perkhidmatan dan produk keluaran orang Islam dan pengusaha tempatan serta mengelakkan segala perkhidmatan dan barangan keluaran negara berkenaan.
  • Ketiga, menginsafi akan bahaya perpecahan dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah dalam kalangan negara Islam seluruh dunia bermula di negara kita.
  • Keempat, memastikan bahawa penjenayah perang tehadap Palestin dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

Umat Islam hendaklah bersama-sama bertindak untuk turut berperanan dalam isu Palestin, membela dan membantu saudara seagama di sana dengan segala kemampuan yang ada.

Firman Allah dalam Surah Al-Nur, Ayat 55,

Marfumnya: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal solih dalam kalangan kamu, bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa di bumi, sebagaimana Ia menjadikan orang yang sebelum mereka; dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh” (Surah al-Nur : ayat 55).

***Tamat***

ARAB SAUDI ABAIKAN PERMUSUHAN, HULUR BANTUAN BANJIR KEPADA IRAN

Featured

Agak aneh apabila Arab Saudi yang bermusuhan dengan sebuah negara lain kerana pegangan agama yang berbeza serta krisis pengaruh di rantau Timur Tengah, telah pantas membantu musuhnya yang sedang menghadapi krisis malapetaka alam.

Demikianlah hebatnya nilai kemuliaan Islam yang ada pada pemimpin kerajaan Arab Saudi, yang juga merupakan pemimpin utama bagi negara-negara Islam ke atas musuhnya Iran di saat-saat negara itu menghadapi malapetakan banjir besar.

Arab Saudi telah menghulurkan bantuan makanan dan kelengkapan tempat perlindungan di tengah-tengah kancah sekatan bantuan Amerika ke atas Iran untuk sebarang gerakan bantuan banjir besar Iran.

Hujan lebat sejak pertengahan Mac 2019 telah membawa akibat buruk apabila sebahagian besar Iran telah ditenggelami banjir besar- Foto dipetik daripada Agensi Berita Tasnim.

Kemuliaan kerajaan Arab Saudi terserlah apabila bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menderma 95 ton bantuan banjir yang telah melanda Iran sejak pertengahan Mac, sebagaimana dilaporkan oleh Agensi Berita Saudi (SPA) pada 19 April.

Bantuan tersebut termasuk bahan makanan dan keperluan tempat perlindungan yang telah disalurkan melalui Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi, berikutan arahan Yang Mulia Raja Salman serta Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Hujan lebat tanpa henti-henti sejak pertengahan bulan Mac telah menenggelamkan sebahagian kawasan rendah di Iran.

Dari pertengahan Mac hingga April 2019, bencana banjir telah menyerang sebahagian daerah Iran dengan kawasan paling teruk di Golestan, Fars, Khuzestan Lorestan dan beberapa wilayah lain.

Iran telah dilanda tiga gelombang hujan dan banjir besar selama dua minggu berturut-turut yang membawa kepada banjir di sekurang-kurangnya 26 daripada 31 wilayah Iran dengan kes kematian yang melebihi 70 orang di seluruh negara sebagaimana dilaporkan pada awal April dan sekurang-kurangnya 70 orang meninggal dunia di seluruh negara setakat 6 April, menurut New York Times.

Banjir paling teruk telah berlaku semasa perayaan Tahun Baru Kebangsaan Iran yang dinamakan Nowrus. 

Gelombang banjir besar pertama bermula pada 17 Mac, yang membawa kepada banjir di dua wilayah utara, Golestan dan Mazandaran dengan bekas wilayah menerima sebanyak 70 peratus daripada purata hujan tahunan dalam tempoh sehari sahaja.

Beberapa empangan besar telah melimpah, terutamanya di Khuzestan dan Golestan sehingga banyak penduduk di perkampungan dan beberapa bandar terpaksa dipindahkan.

Lebih daripada 140 buah sungai telah melimpah dan kira-kira 409 tanah runtuh berlaku di negara tersebut.

Manakala kira-kira 1,900 bandar raya dan kampung-kampung di seluruh republik itu telah rosak akibat banjir yang teruk serta kerugian USD 2.5 bilion (RM10.2 bilion) akibat kemusnahan infratruktur bekalan air dan pertanian Iran.

Banjir di Iran- Foto daripada REUTERS

Kira-kira 78 jalan raya telah tersekat dan 84 jambatan terjejas di kawasan yang dilanda banjir.

Di banyak kawasan, bumi dan rumah telah ditenggelami air selama beberapa hari. Kematian akibat banjir semakin meningkat kerana percutian Nowruz kerana ramai rakyat yang keluar bercuti yang membawa padah dalam perjalanan di jalan raya dan lebuh raya.

Pada 23 Mac, pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei telah memerintahkan agar Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran bertiundak membantu mangsa banjir.

Menurut  Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, beberapa ribu khemah, selimut, pemanas, set kesihatan, air mineral dan makanan telah diedarkan pada kalangan mereka yang terlibat dan terjejas dlam bencana banjir itu.

Malangnya kekurangan bantuan kerajaan pada minggu pertama dan tindak balas yang lambat telah meningkatkan ketegangan politik di seluruh negara. Ramai rakyat Iran termasuk ahli politik menggunakan platform media sosial untuk mengkritik penanganan banjir oleh kerajaan, khususnya Hassan Rouhani sebagaimana dilaporkan oleh AlMonitor pada 7 April.

Tehran telah memprotes sekatan Amerika Syarikat yang telah memberikan kesan langsung terhadap bantuan luar untuk mangsa banjir Iran.

Sekatan bantuan ke atas Iran telah dikuatkuasa semula pada tahun lalu (2018) apabila Presiden Donald Trump membuat keputusan untuk menarik perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia yang telah dicabuli oleh Iran.

Tindakan Amerika Syarikat itu diterjemahkan oleh Iran sebagai ‘keganasan ekonomi Amerika’.

Presiden Iran, Hassan Rouhani telah mengeluarkan kenyataan bahawa Washington hendak menangguhkan sekatan bantuan ke atas Iran kerana bencana banjir berkenaan dengan mengaktifkan kembali kewangan Iran dalam bank antarabangsa supaya negara-negara luar boleh menyalurkan bantuan dan derma kewangan kepada Iran.

Tindakan Arab Saudi dan UAE diterjemahkan sebagai mengetepikan pendirian negara-negara Teluk terhadap Iran setelah bermusuhan selama beberada dekad kerana konflik Iran dan Timur Tengah.

Image result for the execution of Sheikh Nimr in Saudi Arabia
Arab Saudi mempunyai hak untuk menghukum mati ulama Syiah yang menyebarkan ajaran sesat di negaranya, meskipun mendapat tentangan Iran -Foto dipetik daripada Channels

Riyadh telah sebelumnya memutuskan hubungan diplomatik dengan Taheran pada 2016 kerana akibat penentangan Iran kerana Arab Saudi menjatuhi hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal di Arab Saudi, Sheikh Nimr.

Akibat hukuman itu, Kementerian Luar Negeri Iran telah mengugut akan mengenakan tindakan tegas terhadap Arab Saudi serta menutup kedutaannya di Riyadh.

*****

BOLEHKAH UMAT ISLAM BERGANTUNG HARAPAN KEPADA KERAJAAN PH?

Featured

Rencana dipetik daripada blog KOREK, BONGKAR, DEDAH

Golongan yang telah dewasa semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-4, kebanyakannya tidak menyedari kerosakan yang dibuat oleh Mahathir, apatah lagi bagi generasi muda yang masih di bangku sekolah ketika itu.

Majoriti pemikiran dan pandangan rakyat dibutakan oleh media yang dikawal sepenuhnya oleh kuasa diktator semasa Mahathir memerintah selama 22 tahun (1981-2003). Kerosakan yang dibawanya terhadap Islam amat parah sekali.

Mahathir berjaya mengelabukan mata rakyat sepanjang pemerintahannya yang lewah dengan pelbagai penyelewengan dan penindasan yang berlaku dalam pelbagai bentuk terhadap Islam.

Pemerintah  menguasai media arus perdana dengan cara yang amat ketat. Malahan ramai penggiat media yang takut sebagaimana tindakan kuku besi Mahathir semasa ‘Operasi Lalang’ apabila lebih seratus penggiat media, pemimpin NGO, pemimpin politik pembangkang, dan ahli akademik telah ditahan tanpa perbicaraan di bawah ISA.

Keadaan sudah berubah pada hari ini kerana kewujudan media sosial yang mendedahkan pada rakyat apa yang cuba disembunyikan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Mahathir.

Lobi Mahathir terhadap rakan dunia Islam lain juga hebat. Lihatlah sebagaimana berlaku akhir-akhir ini, apabila dia bercakap berdegar-degar mengkritik Israel di pentas antarabangsa.

Sedangkan di negaranya sendiri dia mengabaikan kebajikan umat Islam, hak umat Islam dirosakkan, agama Islam dihina dan dikeji, pemerintahannya cuba meratifikasikan ICERD dan Statut Rome, Rasulullah SAW dihina, rakyat Islam ditindas, ajaran sesat Syiah diberikan laluan, aset institusi ekonomi Islam untuk mengendalikan pendeposit sebagai simpanan untuk menunaikan rukun Islam kelima diperkotak-katikkan, dia membiarkan Tabung Haji dikawal oleh kafirun laknatullah, malah penceramah agama Islam dalam media arus perdana dikawal oleh kafirun.

Corak pemerintahan Mahathir menonjolkan pendekatan kuku besi atau dengan kata-kata lain, ‘diktator.’

Hakikat dirinya adalah diktator diperakui sendiri oleh Mahathir.

Amat jelas pada zaman pemerintahan Mahathirlah maruah dan kedudukan Islam di negara ini  dicabul dan terancam.

Sebagai pemimpin bagi negara yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, apatah lagi Perlembagaan Persekutuan telah memaktubkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi yang harus diutamakan, dipertahankan dan tidak boleh dipersoalkan, Mahathir telah melawan arus apabila dia mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan syariatnya.

Untuk menutupi sifat munafiknya, Mahathir sering mencanangkan Malaysia adalah negara Islam dan dia pembela agama Islam.

Sebaliknya dialah yang paling lantang mengkritik syariat Islam sejak dahulu, sebagai tindak balas terhadap perjuangan musuh politiknya yang mahu menegakkan syariat Islam.

Sikap anti-Islam Mahathir terserlah apabila beliau membela seorang ahli akademik sosialis yang berpegang kepada ideologi anti-Hadis bernama Dr Kassim Ahmad.

Kassim Ahmad adalah orang yang menolak hadis Nabi dan yang terakhir berpandangan tiada syahadah atau persaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dalam kalimah syahadah.

Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995 telah mengharamkan buku Kassim Ahmad bertajuk ‘Hadis: Satu Penilaian Semula.’

Malangnya Mahathir mempertahankan Kassim Ahmad dan menuduh orang yang menentangnya sebagai tidak mampu berhujah.

Perkara tersebut diujarkan sendiri oleh Mahathir selepas Majlis Pelancaran ‘Kursi Keamanan Global Tun Mahathir’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 18 Februari 2014, dengan kenyataannya seperti berikut.

“Dia (Kassim Ahmad) dilabelkan sebagai anti-hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dia kata. Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.”

Mahathir lupa bagaimana dia melabelkan DS Najib sebagai ‘perompak’, ‘lanun Bugis’, dan ‘kleptokrat’. Malah konco-konconya sekarang melabelkan kerjasama UMNO-PAS sebagai gerakan yang dilabelkan sebagai ‘taliban’.

Sehingga hari ini, Mahathir masih dengan sikapnya yang tidak berubah. Dia tegak berdiri dengan sikap diktatornya sedangkan parti pimpinannya dalam PH adalah parti yang paling lemah. Namun dia cuba mengelabukan rakyat bahawa dia mahu ‘menyelamatkan Malaysia’.

Hari ini dengan keadaan huru-hara dan lintang pukang politik serta pemerintahannya dalam kerajaan Pakatan Harapan, rakyat percaya bahawa ‘Malaysia mesti diselamatkan daripada pemerintahan Mahathir-DAP’.

Isu terkini yang menjadi kemarahan rakyat ialah ratifikasi Statut Rome yang cuba mencairkan kuasa Raja-Raja. Setelah kerajaan Mahathir gagal untuk meratifikasikan ICERD atas bantahan rakyat Melayu-Islam, secara diam-diam melalui Menteri Luar, kerajaan Mahathir telah menandatangani Statut Rome.

Walau bagaimanapun persetujuan itu ditarik balik, juga atas desakan rakyat dan Majlis Raja-Raja.

Mahathir sebagaimana biasa cuba menyalahkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) atas tuduhan menghasut Majlis Raja-Raja supaya menentang ratifikasi Statut Rome, namun tuduhan Mahathir itu lebih merupakan tindakan pemimpin yang nyanyuk, kerana isu besarnya ialah, kerajaan PH tidak terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Seiring dengan isu itu, Timbalan Menteri Pendidikan DAP, Teoh Nie Ching, menuduh pula empat ahli akademik ‘perundang-undangan’ daripada pelbagai universiti yang turut mendedahkan dampak ratifikasi Statut Rome. Ugutan telah pun dikeluarkan untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

Nampak sangat bahawa kerajaan Mahathir lagi sekali cuba menonjolkan sifat diktator yang lebih cenderung hendak memusnahkan kuasa Raja-Raja yang menjadi payung agama Islam di negara ini.

Ekoran daripada suasana politik kerajaan PH yang kian hari kian huru-hara, Menteri Wilayah Persekutuan PH, Khaled Samad telah membuat telahan bahawa kemarahan rakyat boleh membawa kepada ‘rampasan kuasa.’  Tidakkah Mahathir melihat kenyataan menteri kabinetnya Khalid Samad juga sebagai satu ugutan?

Berikut adalah beberapa kenyataan Mahathir yang amat bertentangan dengan ajaran Islam dari sudut firman Allah dalam Al-Quran mahupun hadis (dipetik daripada blogmazeer).

Fikirkanlah apakah wajar meletakkan kepercayaan kepada Mahathir sebagai pembela agama Islam di Malaysia?

Dengan itu juga apakah wajar umat Islam menyokong dan memilih pemimpin kafirun untuk menerajui negara yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam?

*****

PINTU AL-RAHMA DITEROBOS PALESTIN SETELAH 16 TAHUN DISEKAT ISRAEL

Featured

Sejak Presiden Amerika, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lebih 21 rakyat Palestin mati dibunuh oleh regim Zionis menentang pengiktirafan tersebut.

Ia satu hakikat yang tidak dapat diterima kerana Baitul Maqdis telah menjadi milik Palestin sejak ratusan tahun kecuali setelah sebahagian buminya dirampas dengan penubuhan negara Israel pada Mei 1948.

Walau bagaimanapun jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden ia telah jatuh ke tangan pihak British semenjak tahun 1917 setelah pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British.

Dengan itu, ia bermakna, perjuangan Palestin untuk menuntut kembali bumi kelahiran mereka sudah melampaui satu abad atau lebih seratus tahun.

Walau bagaimanapun pada 2003 setelah perjuangan Palestin menuntut kemerdekaan buminya daripada Israel, difitnah dengan dikaitkan dengan puak pengganas, pintu masuk ke Baitulmaqdis, Bab Al-Rahma telah dikunci dan diharamkan untuk dimasuki meskipun untuk tujuan solat Jumaat.


Ratusan menerobos masuk Bab Al-Rahman, Baitul Maqdis

Dengan penuh kecekalan dan jihad walaupun puluhan rakyat Palestin telah mati dibunuh dan dipenjara oleh regim Zionis Israel, pada Jumaat, 22 Febuari 2019 lalu, pintu masuk Bab Al-Rahma dalam kawasan Masjidil Aqsa telah berjaya diterobosi ratusan umat Islam Palestin yang turut disertai umat Islam antarabangsa untuk menunaikan solat Jumaat.

Pintu Bab Al-Rahma itu dipecahkan kuncinya oleh ratusan umat Islam yang diketuai Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein, memasuki kawasan berkenaan sebelum solat Jumaat.

Dengan itu juga sekatan dan larangan memasuki Bab Al-Rahma telah berjaya diterobosi setelah disekat selama 16 tahun sejak 2003.

Kejayaan memecah pintu masuk Bab Al-Rahma itu juga telah menjadi satu junktur sejarah setelah solat Jumaat yang pertama dilaksanakan di dalam kawasan itu sejak 16 tahun sekatan dan larangan dikenakan.


Solat Jumaat Pertama sejak 16 tahun di sekat di Bab Al-Rahma

Menurut laporan agensi berita rasmi Palestin, WAFA, penduduk Palestin melaungkan Allahu Akbar dan slogan kesyukuran sambil membawa bendera Palestin meraikan pembukaan semula Bab Al-Rahma.

Walau bagaimanapun tindakan itu telah mencetuskan ketegangan apabila tentera Israel tetap terus menyerang penduduk Islam Palestin yang beribadat dalam Masjidil Al-Aqsa, menyebabkan ramai cedera dan ditahan. 

Sejak Jumaat itu juga polis Israel telah menahan kira-kira 60 penduduk Palestin yang dikaitkan dengan pembukaan pintu Bab Al-Rahma itu.

*****

RAKYAT NEW ZEALAND BERI SOKONGAN KEPADA MUSLIMIN CHRISTCHURCH PASCA TRAGEDI PEMBUNUHAN

Featured
Video dimuat turun dari YouTube
Ribuan rakyat New Zealand datang mengunjungi Christchurch untuk mengucapkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga dan sahabat handai mangsa serangan pengganas di dua buah Masjid Christchurch- Foto dari Reuters

Pada 22 Mac lalu, seminggu selepas tragedi pembunuhan umat Islam di masjid Christchurch, ribuan rakyat New Zealand datang mengunjungi umat Islam yang sedang bersedia menunaikan solat Jumaat.

Tragedi menyanyat hati yang mengakibatkan kematian kira-kira 50 umat Islam yang mahu menunaikan solat Jumaat bermula di Masjid  Al Noor dan kemudiannya Masjid Linwood apabila tembakan rambang dilepaskan ketika para jemaah sedang menunggu khutbah Jumaat.

Perhimpunan menyokong kaum Muslimin itu telah diadakan pada hari Jumaat juga pada waktu yang sama ketika umat Islam sedang bersedia untuk menunaikan solat Jumaat.

Meskipun Masjid Al Noor ditutup untuk membantu siasatan polis, namun kaum muslimin tetap juga berjemaah di luar masjid untuk menunaikan tanggungjawab terhadap Allah SWT.

Apa yang menarik ialah perhimpunan tersebut turut disertai oleh Perdana Menteri New Zealand Cik Jacinda Ardern.

Di tengah-tengah hipunan itu terdapat sepanduk yang dipegang oleh dua orang berdekatan tempat berwuduk yang mencatatkan,“Kami menyokong jiran-jiran Muslim kami.”

Perkara yang mengkagumkan ialah pakaian kaum wanita bukan Islam yang datang dengan memakai jilbab berwarna-warni bagi menunjukkan sokongan mereka kepada kaum Muslimin.

Masyarakat tempatan bukan-Islam berpendapat bahawa New Zealand selama-lamanya berubah disebabkan pembunuhan itu kerana ia telah membangkitkan semangat perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan rakyat.

“Negara ini bersatu padu dalam perkara ini dan tidak ada yang akan memecahbelahkannya,” kata seorang penduduk Christchurch, John Dale, 59 tahun, yang datang bersama temannya, Cik Shirley, yang turut memakai jilbab putih.

“Kami akan berdiri di belakang satu sama lain tidak kira sesiapa sahaja. Muslim, Kristian, agama apa pun.”

“Mereka dalam kesedihan, mereka memerlukan kita, jadi paling sedikit yang kita boleh lakukannya ialah berdiri di sisi mereka,” kata Cik Wood, seorang penduduk tempatan Christchurch.

Air mata mengalir pada wajah Cik Hasma Adeeb, 23 tahun, ketika beliau dipeluk oleh beberapa orang bukan Islam yang datang mengucapkan takziah.

Ayah Hasma, Allahyarham Adeeb Ahmed telah terbunuh ditembak dua kali dalam serangan itu apabila beliau merebahkan dirinya di atas anak lelakinya, Ali, saudara kembar Hasma, untuk menyelamatkannya daripada turut ditembak.

Hasma menyifatkan jumlah besar wanita bukan Islam yang datang dengan memakai jilbab sebagai satu lambang yang “cantik”.

“Hari ini kami benar-benar merasakan sokongan daripada semua orang. New Zealand mengagumkan. Kehadiran mereka di sisi kami sangat bermakna kepada kami semua. Ia satu pandangan perpaduan yang indah, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.”

Kerajaan New Zealand juga telah memberikan jaminan kepada umat Islam yang tinggal di negara itu bahawa mereka “selamat dan aman” selepas kejadian serangan pengganas yang tidak bertanggung jawab itu.

Dalam satu pertemuan tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turkey, Menteri Luar New Zealand, Encik Winston Peters berkata “Kami akan memastikan kaum Muslimin di New Zealand berasa selamat dan aman selamat dan keselamatan mereka akan menjadi fokus kami.”

Menteri Luar Turkey, Mevlut Cavusoglu, turut memuji pihak berkuasa New Zealand dan “mesej perpaduan ikhlas” mereka.

Tambah Mevlut, “Kami berada di sini untuk menunjukkan bahawa kita adalah satu kesatuan yang menentang tindakan Islamophobia di seluruh dunia,” katanya sebagaimana dilaporkan Reuters.

*****

ARAB SAUDI: NEGARA KE-9 TERKUAT DUNIA DAN TUNJANG MENENTANG PENGGANAS GLOBAL

Featured

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Arab Saudi sebagai negara ke-9 terkuat di dunia dari aspek pengaruh politik keteguhan ekonomi, kedudukannya dalam geopolitik antarabangsa, kekuatan ketenteraan serta peranannya atas pentas antarabangsa.

Jet tempur F-15 milik Arab Saudi

Tidak dinafikan dalam kalangan negara-negara Islam, Arab Saudi adalah berperanan pemimpin Islam di arena global.

Pengiktirafan itu dibuat daripada kajian geopolitik antarabangsa yang dijalankan oleh University Pennsylvania dan telah diuar-uarkan dalam majalah terkenal Business Insider dalam wacana bertajuk ‘Negara Terbaik Dunia 2019’.

Dalam kajian itu, Amerika Syarikat berada dalam ranking teratas diikuti oleh Rusia, China, German dan Britain.

Arab Saudi juga telah diiktiraf sebagai ‘Gergasi Timur Tengah’ and kerajaan yang memiliki telaga dan simpanan minyak yang amat besar. Ia juga memiliki kuasa pengeksport minyak ke atas banyak negara di dunia.

Di samping pengaruh dan kekuatan geopolitik, ekonomi serta ketenteraan, Arab Saudi juga merupakan negara yang amat istimewa bagi negara-negara Islam di seluruh dunia kerana menjadi destinasi ibadat Haji dan Umrah di mana terletaknya dua masjid suci; Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Madinah.

Kajian tersebut telah dikendalikan oleh University Pennsylvania, Amerika Syarikat, yang menggunakan 20,000 responden dari seluruh dunia yang melibatkan 80 buah negara.

Dalam senarai sepuluh teratas kajian tersebut juga telah meletakkan Perancis, Jepun, Korea Selatan serta Emiriah Arab Bersatu.

Selain itu, General Tentera (Bersara), John Abizaid yang juga merupakan calon Presiden untuk jawatan Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, juga telah mengiktiraf Arab Saudi sebagai negara penting dunia yang memainkan peranan menentang keganasan global.

Abizaid menyatakan pendiriannya bahawa ia merupakan satu kebanggan bagi Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan Arab Saudi dalam konteks menentang keganasan global, apatah lagi dengan kedudukan Arab Saudi sebagai negara yang terkuat di Dunia Arab.

Arab Saudi telah memberikan sumbangan yang amat signifikan untuk menentang gerakan ektremisme global yang boleh dilihat dengan lumpuhnya kumpulan pengganas Daesh meskipun ia terus menjadi ancaman kepada kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.

Dengan itu Abizaid berpandangan bahawa hubungan Arab Saudi dengan Amerika Syarikat hendaklah diperkukuhkan demi menjaga kestabilan keselamatan negara di rantau Arab.  

Abizaid juga percaya bahawa rejim Iran menjadi katalis kepada ketidakstabilan rantau Arab. Kerjasama ketenteraan dengan Arab Saudi dan sekutunya di Yaman adalah penting sebagai usaha mempertahankan diri dalam kalangan sekutu Arab Saudi dan rakan-rakan Amerika.

Kerjasama ketenteraan juga akan dapat mengurangkan risiko keselamatan orang awam di Yaman.

****

Nota: Dr Alimin Muslimin ialah Perunding Media

KERAJAAN ARAB SAUDI BERSAMA PEMIMPIN DUNIA MENGUTUK SERANGAN DUA MASJID DI NZ

Featured

Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas dua masjid Christchurch, New Zealand ketika umat Islam sedang bersedia menunaikan solat Jumaat.

Kepimpinan Arab Saudi dengan kerasnya menyatakan bahawa serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu telah menggoncang dunia dan mengakibatkan 49 jemaah solat Jumaat dan mencederakan lebih 40 yang lain dalam kejadian tembakan rawak itu.

Yang Mulia Raja Salman Abdul Aziz telah mengirim ucapan takziah kepada Ketua Governor New Zealand, Dame Patsy Reddy untuk meluahkan perasaan baginda serta sokongan kepada mangsa serta keluarga mangsa yang terlibat.

Image result for RAJA SALMAN DAN PUTERA MAHKOTA ABS
Yang Mulia Raja Salman bersama Putera Mahkota Arab Saudi: Arab Saudi sepenuhnya menentang dan memerangi keganasan

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman juga telah mengirim ucapan takziah kepada Ketua Governor untuk menegaskan tentangan sepenuhnya negara Arab Saudi dalam memerangi keganasan.

Baginda Raja Salman dan Putera Mahkota mendoakan agar mereka yang cedera segera kembali sihat serta meminta ahli keluarga agar sabar menerima dugaan tersebut.

Kementerian luar Arab Saudi juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa negaranya mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas dua masjid di bandar Cristchurch, yang telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan.

Menteri Luar Arab Saudi amat mengutuk serangan bersenjata ke atas dua masjid di New Zealand ketika para jemaah sedang bersedia menunaikan solat Jumaat yang mengakibatkan banyak kematian serta kecederaan.

“Kerajaan Arab Saudi menentang segala bentuk terorisme, tidak kira daripada pihak mana sekalipun. Keganasan tidak mempunyai tempat berlindung dan negara. Kerajaan Arab Saudi berpendirian bahawa semua agama hendaklah dihormati,” tegas Menteri Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi.

Kementerian Luar Arab Saudi juga mengulangi kepentingan bagi masyarakat dunia menghormati semua agama justeru mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman di dua masjid yang terlibat serta rakyat New Zealand.

Dengan harapan agar mangsa yang cedera segera pulih, pihak kedutaan Arab Saudi juga mengesahkan bahawa terdapat dua warganegaranya yang cedera dalam tembakan rambang yang tertuju kepada para jemaah ketika menunaikan solat Jumaat itu di Christchurch.

Pemimpin politik serta negara-negara Islam di Timur Tengah telah turut menyampaikan rasa simpati mereka kepada ahli keluarga mangsa.

Antara pemimpin yang megutuk keras serangan masjid di Christchurch itu ialah Anwar Gargash, Menteri Hal Ehwal Luar Emiriah Arab Bersatu.

Gargash menyatakan, “Usaha kita memerangi keganasan dan kebencian hendaklah diteruskan dengan semangat baru. Simpati dan doa kami sentiasa bersama ahli keluarga dan mangsa.”

Raja Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, juga telah melahirkan ucapan takziah baginda dan melahirkan rasa kesal apabila ‘pada hari Jumaat yang mulia di tempat suci di mana umat Islam beribadah di masjid, kita telah saksikan jenayah yang paling kejam yang disaluti kebencian agama.”

Universiti Al-Azhar Mesir pula telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa serangan berkenaan telah mencabuli kesucian rumah Allah.

”Kami memberi amaran bahawa serangan tersebut adalah satu petunjuk akibat atau kesan yang mengerikan daripada meningkatnya ucapan kebencian, xenofobia dan sebaran islamofobia.”

Banyaklah lagi usaha yang harus dilakukan untuk mempromosikan kewujudan pelbagai agama dan budaya, sebagaimana disebut dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh universiti Al-Azhar itu.

Ketua Perunding Keamanan Palestin, Saeb Erekat, melabelkan serangan itu sebagai akibat ideologi perkauman yang berterusan untuk mewujudkan peperangan agama.

Bahrain, Kuwait dan Oman juga mengutuk serangan bersenjata di masjid Christchurch itu.

Ketua Setiausaha OIC yang terdiri daripada 57 negara Islam, Youssef al-Othaimeen, berkata, “Tragedi Christchurch menjadi amaran lanjut terhadap bahaya ideologi kebencian, sikap tiada tolak ansur dan islamofobia.”

Mesej daripada Ratu Elizabeth, UK

Ratu Elizabeth juga mengeluarkan kenyataan simpati dan sedih atas kejadian yang amat memilukan di Christchurch. Baginda dan Putera Phillip telah menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa yang merasai kepedihan dan kesedihan kehilangan mereka.

Othaimeen juga meminta New Zealand menyediakan perlindungan yang lebih berkesan kepada komuniti Islam yang bermastautin di negara itu. Beliau juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada mereka yang menjadi mangsa pembunuhan itu.

Ketua Setiausaha PBB, General Antonio Gureres amat terperanjat dan sedih dengan serangan pengganas di Christchurch and beliau menyeru ahli masyarakat di nana jua supaya bekerjasama untuk menolak “islamofobia and buang sikap tidak bertolak-ansur serta keganasan daripada pihak ekstremis.”

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric pula mewakili Pengerusi PBB menyatakan kepada pemberita bahawa “kesucian masjid and semua tempat beribadah hendaklah dipelihara dengan serius.”

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan merasa amat terkejut dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada masjid itu. Tragedi ini menjelaskan bahawa pengganas tidak mempunyai negara. Beliau turut mendoakan kesejahteraan mangsa dan ahli keluarga mereka.

pakistan,Pakistan PM Imran Khan,imran khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan

Dalam peristiwa berdarah itu Empat warga Pakistan telah cedera. Menurut jurucakap pihak kedutaan Pakistan, Mohammad Faisal, selain yang cedera, terdapat lima rakyat Pakistan yang hilang setelah serangan berdarah Jumaat itu.

Pakistan menterjemahkan serangan itu sebagai “pencabulan nilai kebebasan, kesucian amalan keagamaan dan kemanusiaan. Mana-mana negara tidak boleh bertoleransi terhadap pencabulan sedemikian.”

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan sekurang-kurangnya tiga warganegara Tuki telah cedera dalam kejadian itu.

Image result for erdogan mengutuk serangan masjid christchurch
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan masjid di Christchurch

Erdogan menterjemahkan suspek serangan itu sebagai, “manusia yang mentalnya tidak stabil, tidak bermoral, jahat dan sampah masyarakat. Dia telah memilih golongan yang tidak berdosa sebagai sasaran pengecutnya.”

Sumber: