ARAB SAUDI BERSAMA DUNIA ARAB MENEROKA ANGKASA LEPAS

Impian Agensi Angkasa Lepas ‘Dunia Arab’ yang terdiri daripada Arab Saudi dan negara-negara ‘Dunia Arab’ hampir menjadi realiti, apabila perjanjian Pan-Arab pertama dimeterai untuk menyelaraskan program penerokaan angkasa lepas nasional.

Anggota Delegasi daripada Sebelas negara Dunia Arab yang terlibat dalam Kongres Angkasa Lepas Global

Perjanjian tersebut telah dipersetujui dalam Kongres Angkasa Lepas Global di Abu Dhabi yang melibatkan sebelas negara di Semenanjung Arab dan Afrika Utara pada 19 Mac lalu.

Kongres Angkasa Global berlangsung dari 19 hingga 21 Mac itu menjadi acara penting menghimpunkan pemimpin dalam industri angkasa dari Timur Tengah dan Afrika Utara.

Negara Dunia Arab yang terlibat dalam Perjanjian Pan-Arab di Kongres Angkasa Lepas Global

UAE diwakili oleh Pemerintah Dubai, yang juga merangkap Naib Presidennya Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum. Beliau telah mengisytiharkan bahawa perjanjian Pan-Arab itu akan memulakan projek sistem satelit yang akan dibina di UAE.

“Saya yakin pada kebolehan cendekiawan dan saintis Arab. Kami menamakan satelit program penerokaan angkasa lepas nasional ini sebagai ‘Satelit 813’ sempena tarikh penanda kepada kemakmuran Dewan Kebijaksanaan Baghdad semasa pemerintahan Al-Makmun,” kata Sheikh Mohammad.

Perjanjian Pan-Arab itu dipersetujui sebulat suara oleh negara-negara terlibat dengan kerjasama kepakaran sains dan teknologi daripada semua negara terbabit.

Berita berkenaan Agensi Angkasa Lepas Arab- Dipetik daripada Arab News

“Satelit 813 memerlukan kepimpinan daripada negara terbabit dan UAE telahpun menyediakannya,” kata Dr Mohammad Al-Ramadhan, pengarah Direktoriat Penyelidikan di ‘Yayasan Kecemerlangan Sains Kuwait.’

Secara dasarnya kongress berkenaan telah memulakan inisiatif penerokaan angkasa lepas dan pelancaran satelit 813 akan menjadi satu anugerah kepada Dunia Arab dan membuka ruang kepada saintis dan jurutera daripada negara-negara Arab untuk bersama-sama terlibat.

Dengan dorongan daripada perjanjian kongres ini, peluang akan terbuka dan masa depan Dunia Arab akan turut berubah.

Turut hadir dalam kongres tersebut ialah delegasi daripada Suruhanjaya Angkasa Lepas Saudi yang bertujuan  menghubungkan rakan serantau dan menjalankan penyelidikan untuk strategi kebangsaan Arab Saudi.

Suruhanjaya Angkasa Lepas Arab Saudi yang telah ditubuhkan pada hujung 2018 mendukung objektif untuk menyelia dan mengawal selia sektor angkasaa lepas Arab Saudi, bekerjasama dengan rakan-rakan organisasi seperti badan Sains dan Teknologi Raja Abdul Aziz, Kementerian Pertahanan, universiti-universiti, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

Matlamat utama ialah menjadikan sektor berkenaan menjana keuntungan dan memberi sumbangan kepada ekonomi serta peluang pekerjaan.

Negara-negara Arab mempunyai potensi yang ketara dalam penerokaan angkasa lepas, terutamanya kerana 60-70% segmen penduduknya yang terdiri daripada kaum muda.

Ramadhan menyatakan bahawa sekiranya negara-negara Arab boleh menggunakan pendapatan daripada sumber minyaknya untuk membiayai golongan belia, pastinya mereka akan mencapai matlamat yang direncanakan.

Kerajaan Arab Saudi telah pun membina inspirasi untuk meneroka angkasa lepas sebagaimana Riyadh dengan megahnya menghantar Sultan bin Salman Al-Saud ke angkasa lepas pada 1985, yang menjadikannya sebagai tokoh Arab yang pertama sampai ke angkasa lepas.

Tokoh-tokoh ulung daripada Kuwait, Algeria, Morocco, Mesir, Lebanon, Jordan termasuk UAE telah bersama pada hari kedua Kongres untuk berbincang perkembangan yang berkaitan program satelit itu.

“Kerjasama antara negara-negara Arab amatlah penting untuk kejayaan kita bersama. Ia adalah satu inisiatif yang positif and kita daripada Dunia Arab hendaklah mengambil kesempatan ini bagi menggunakan semua sumber kewangan kita melalui cara yang sebaik mungkin,” kata Ketua Pengarah Pusat DiRaja Georafik Jordan, Brig. Gen. Dr. Awni Al-Khasawneh, director general of the center.

Menurut Al-Ramadhan, cabaran yang paling ketara yang di hadapi oleh negara yang terlibat dalam progran angkasa lepas ini ialah soal kewangan.

“Kita perlukan bajet yang besar. Dengan itu keupayaaan atau sumber dari sebuah negara sahaja tidak mencukupi. Inisiatif baru adalah penyelesaian masalah kekurangan penajaan di samping membantu untuk menolak halangan psikologi bahawa projek angkasa lepas seperti ini hanyalah sesuai untuk negara kuasa besar sahaja,” kata Al-Ramadhan.

Ramadhan juga mengegaskan objektif yang paling utama bukanlah sekadar menghantar angkasawan ke angkasa lepas, tetapi untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi generasi muda Arab yang mempunyai wawasan untuk pergi lebih jauh lagi. Teknologi angkasa boleh membantu kualiti alam sekitar serta udara yang sihat.

Apa jua hasil perjanjian Pan-Arab itu, projek Satelit 813 diterjemahkan sebagai satu usaha bukan sahaja menyatukan Dunia Arab melalui teknologi angkasa, tetapi ia juga merupakan dan lonjakan kekuatan Dunia Arab dalam menghadapi saingan kuasa besar dunia.

*****

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s