Kerajaaan Arab Saudi tidak riak dan takbur dalam hal bantuan kewangan kepada Palestin. Malangnya ada yang membabi-buta menuduh dan menabur fitnah bahawa kerajaan Saudi telah mengabaikan Palestin.
Sejak tahun 2000 sahaja kerajaan Arab Saudi telah menyumbangkan RM24.6 bilion atau USD6 bilion kepada Palestin sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan Palestin dan disahkan oleh Ketua Penyeliaan Pusat Pembebasan dan Kemanusiaan Raja Salman, Dr Abdullah Al-Rabeeah.

Kerajaan Arab Saudi telah menymbangkan USD107 juta untuk Projek Perumahan Rafah, Fasa 1 yang disalurkan melalui UNRWA yang merupakan pembinaan rumah kediaman bersepadu dalam bandar, termasuk 752 unit rumah bagi 4,564 warga Palestin.
Dalam projek bersepadu tersebut bantuan juga meliputi pembinaan sekolah , pusat kesihatan, pusat budaya, pasar raya masjid, jalan berturap, lampu jalan dan kemudahan belakan air.
Projek Fasa 2 Perumahan Rafah telah melibatkan pembinaan 765 buah rumah kediaman untuk 4.761 rakyat Palestin, dua buah sekolah, sebuah masjid serta infrastruktur untuk lelektrik dan bekalan air.
Kerajaan Arab Saudi juga telah melaksanakan projek tambahan dan inisiatif antara tahun 2011-2018.

Banyaklah lagi bantuan kerajaan Arab Saudi kepada Palestin yang terlalu panjang untuk disenaraikan di sini, bagi menyangkal pandangan genjot bahawa Arab Saudi tidak mempedulikan kebajikan Palestin.

Jika ada mana-mana pihak yang celupar untuk memfitnah kerihatinan Arab Saudi terhadap Palestin, maka mereka hendaklah tahu bahawa daripada semua negara di dunia, Arab Saudilah yang merupakan sumber kewangan yang terbesar bagi negara Palestin.

Malahan dalam Persidangan Antarabangsa untuk menyelamatkan Al-Quds, negara dunia yang bersidang telah menyatakan pengakuan mereka bahawa Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Salman telah menunjukkan kesungguhan memimpin dunia untuk menentang keganasan global, mempertahankan hak rakyat Palestin serta kedudukan Baitul Muqaddis atau Al-Quds.
Peranan Arab Saudi ke atas rakyat Palestin dan Al-Quds bukan sahaja melibatkan bantuan dana yang terbesar, malah juga dari aspek sokongan politik, sebagaimana dinyatakan oleh Muhamad Subra yang merupakan Presiden Persidangan Antarabangsa Menyelamatkan Al-Quds.
Subra juga telah menegaskan untuk pengetahuan antarabangsa bahawa “Dunia telah mengetahui sesungguhnya Iran telah menjadi tali barut oraganisasi pengganas… dalam misi mereka untuk sabotaj imej Islam.” (The world is fully aware that Iran has given full support to terrorist organizations… in order to sabotage the image of Islam).

Masyarakat dunia harus sedar bahawa musuh Arab Saudi seperti Kerajaan Syiah Iran amat bijak menabur fitnah, sedangkan dunia mengabaikan sahaja keganasan mereka ke atas rakyat Syria yang 92% daripada penduduknya merupakan umat Islam yang berpegang kepada fahaman Ahlul Sunah Wal Jamaah atau dikenali sebagai Sunni, dan 8% sahaja yang berpegang kepada fahaman sesat Syiah.
Kaum wanita Sunni diperkosa, kanak-kanak dibunuh, sedangkan kaum lelakinya diseksa, dipenjara dan dibunuh sebagaimana tindakan penghapusan ethnik yang amat ganas oleh tentera Syiah.
Tiada apa yang Arab Saudi perolehi dalam setiap programnya membantu warga Palestin serta pelarian mereka daripada keganasan Israel, sekadar keredaan Allah yang memberkati rezeki kerajaannya.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan Palestin, bantuan kerajaan Arab Saudi adalah 44.2% daripada keseluruhan bantuan yang diterima oleh kerajaan Palestin daripada negara luar, iaitu pecahan yang terbesar.
Daripada data yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan Kerajaan Palestin itu, jelaslah bahawa Arab Saudi tidak riak dalam hal mencanangkan bantuan dana yang disalurkan kepada Palestin.
Itupun masih ada yang suka membuat tuduhan melulu serta fitnah melampau.
*Tamat*