Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh yang tersohor (popular) sebagai pejuang menentang operasi kilang Lynas, kini menggelupur cuba menyembunyikan naratif fitnahnya dalam FB, setelah menjadi fokus penyiasatan SKMM dan PDRM.
Fuziah kini disiasat kerana memuat naik video palsu dalam FBnya yang memaparkan situasi pekerja Malaysia bersesak-sesak, panik dalam rempuhan di Tambak Johor, setelah Singapura mengisytiharkan ‘kawalan pergerakan.’
Fitnah Fuziah itu telah membangkitkan kegelisahan, kegusaran dan ketidakteraman awam.
Fuziah Salleh pernah sebak dengan ‘air mata buaya’, kononnya dia amat prihatin terhadap rakyat Kuantan yang akan menghadapi bencana akibat toksid daripada operasi kilang Lynas.
Namun hari ini setelah Lynas beroperasi sejak 2012 berapa ribukah rakyat Kuantan yang telah mati akibat toksid Lynas? Berapa ribukah rakyat Kuantan yang mati akibat air sungai yang dicemari oleh Lynas?
Lynas adalah pelaburan perintis kerajaan Australia di Malaysia
Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski menegaskan jika bantahan ke atas Lynas yang dilihat lebih bersifat politik dan bukannya berdiri atas fakta saintifik, maka pada masa hadapan syarikat-syarikat gergasi Australia yang lain, tidak mahu lagi melabur di Malaysia.
Kemudian rakyat lihat bagaimana Tun Mahathir membidas Fuziah supaya tidak ‘Layan Lynas seperti paria’, kerana Mahathir sedar Lynas tidak membawa mudarat toksid sebagaimana yang dibohongi Fuziah.
Malahan keuntungan Lynas mencecah lebih RM4bilion setahun dan membekalkan 700 pekerjaan kepada rakyat Kuantan.
Hipokrasi Fuziah terdedah apabila TS Shahrir Samad membidas tindakannya membela pekebun haram di Cameron Highlands yang menjadi punca pencemaran kepada kawasan tadahan air.
Sepatutnya Fuziah menyokong tindakan kerajaan Pahang tersebut yang komited mempertahankan kesucian kawasan tadahan air di Pahang sebagaimana dia memperjuangkan Lynas.
Terkini setelah PH tumbang, Fuziah terpinga-pinga mencari isu untuk terus mencari populariti dalam keadaan negara bertungkus-lumus memerangi wabak pandemik dunia Covid-19.
Naratif yang dimuat naik dalam FB Fuziah itu adalah fitnah yang jelas, kerana menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan, video yang dimuat naik adalah merupakan visual pada tahun lalu semasa latihan kebakaran dilakukan di bangunan berkenaan.
Gajet yang digunakan Fuziah untuk memuat naik kenyataan berkenaan telah dirampas untuk siasatan lanjut.
Pihak polis mengklasifikasikan siasatan mengikut Seksyen 500 dan 505(b) Kanun Keseksaan kerana fitnah dan mengakibatkan kegusaran awam.
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna perkhidmatan rangkaian komunikasi dan multimedia.
Fuziah juga telah menyelitkan ‘caption’ “Sedang berlaku di CIQ JB, situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapura cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel lima bintang untuk quarantine mereka.”
Datuk Ayob Khan menegaskan Malaysia tidak ada ‘dua undang-undang’, satu untuk orang awam dan satu lagi untuk Ahli Parlimen. Semua orang adalah sama dan jika melakukan kesalahan akan disiasat di bawah undang-undang yang sama.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan, juga mantan PM, DS Najib Razak, telah cuba mencari FB Fuziah Salleh, namun gagal menemuinya.
Mengapa pula dengan pantas Fuziah menyahaktifkan FBnya sekiranya benar telah berlaku rempuhan sebagaimana yang didakwanya di Tambak Johor?
Mungkin Fuziah sedang menggelupur untuk lari daripada tindakannya yang lebih merupakan fitnah, sebagaimana fitnahnya ke atas Lynas dahulu.
Bekas ulama Syiah Hussein AlMuayad telah menemui kebenaran Islam yang sebenarnya daripada Al-Quran serta daripada ajaran Rasululullah Muhammad SAW, lantas meninggalkan ajaran sesat Syiah dan kini bersama-sama dengan Allul Sunnah Wal Jamaah.
Dimuat naik daripada YouTube
Sebelumnya Hussein AlMuayad disanjung tinggi oleh kaum penganut Syiah di Iran dan menerimanya sebagai seoranf faqih dan ilmuan Syiah.
Dia telah diterima dan diiktiraf oleh penganut Syiah sebagai ulama yang mencapai darjat tertinggi dalam berijtihad (mujtahid Syiah).
Ayahnya Dr Abdul Kadir AlMuayad adalah seorang doktor dan juga penyair.
Semasa remajanya, Hussein AlMuayad telah mempelajari kitab-kitab Muqadimat, ilmu mantiq dan lain-lainnya tentang ilmu fiqih, usul dan rijal (ilmu perawi hadis) di AlKazimiya iaitu di Makam Imam Ke-7 di Baghdad Iraq.
Ketika berusia 15 tahun dia telah menulis sebuah buku tentang ‘mata air’ dan dinilai sebagai sebuah karya yang setara dengan nilai profesional.
Disebabkan beberapa hal yang tidak terduga, Hussein tidak meneruskan pengajiannya di Najaf sebaliknya membawa dirinya ke Damaskus, Syria dan kemudiannya dia berpindah pula ke Qum, Iran untuk menuntut ilmu.
Di Iranlah dia telah dilihat sebagai menganut ajaran Syiah malah dianggap sebagai ulama Syiah. Ketika itu dia telah
menulis sebuah buku bertajuk ‘Hasilat AlFikr fi Usul AlFiqh’.
Atas ketinggian ilmunya dalam bidang Fiqh dia telah disanjungi dan tidak kurang juga yang berasa iri hati terhadap keilmuannya.
Ketika berusia 25 tahun dia telah menulis sebuah buku tentang Fiqh bertajuk ‘Sharhun Ala Al Urwatul Wutsqo’.
Dengan ketekunannya mendalami ilmu dan menulis sejak berusia 15 tahun, jelaslah bahawa Hussein AlMuayad adalah seorang ulama yang memenuhi hidupnya untuk mencari kebenaran agama Allah.
Namun pada satu titik hidupnya, dia mula menerima cahaya syiar Islam.
Dalam perjalanan itu dia menemui sesuatu yang mula memisahkan dirinya daripada ajaran Syiah apabila dia mendapati, “Semakin dengan engkau membawa Syiah kepada Al-Quran, maka engkau akan mendapti semakin jauh ajaran Syiah itu daripada kepercayaannya (Al Quran dan Allah), kerana Al-Quran dan Syiah berada pada dua penghujung yang berlawanan.”
Kesesatan Syiah dengan ‘Kaabah’ tiruan
Dengan itu bagi Syeikh Hussein, “Cara terbalik untuk membimbing dan membawa seorang penganut Syiah kepada kebenaran Islam ialah dengan membawa ia membuka fikiran dan hatinya kepada Al-Quran.”
“Ketika seseorang penganut Syiah itu membuka fikiran dan hatinya kepada Al-Quran maka secara otomatisnya dia akan sedar tentang kesesatan Syiah dan akan meninggalkan ajaran Syiah yang sesat itu.”
“Seseorang penganut Syiah itu akan mendapati bahawa kepercayaan Syiah itu (tasyayyu) tidak didukung atau disandarkan kepada Al-Quran. Dengan kata-kata lain, ajaran Syiah itu telah membelakngkan Al-Quran.”
Dengan itu jugalah Syiekh Hussein menegaskan bahawa “tidak ada gunanya menganut kepercayaan yang membelakngkan Al-Quran dan tiada maknanya berpegang kepada kepercayaan yang tidak bersandarkan Al-Quran.”
Mencederakan diri bagi mendapatkan pengampunan?
Umat Islam yang mengikuti kisah perjalanan hidup Syeikh Hussein akan mendapati bahawa, kaum Syiah amat menyanjung tinggi dan mengiktiraf keilmuannya, namun setelah Syeikh Hussein meninggalkan ajaran Syiah, mereka terus mengutuk dan menghinanya.
Ulama Syiah mempertikaikan bahawa pada masa lalu tiada sesiapa daripada kalangan penganut Syiah yang meninggalkan ajaran Syiah untuk bersama-sama dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Sunni), meskipun dalam kadar 1%.
Walau bagaimanapun kenyataan itu adalah satu dakyah dan tidak benar sama sekali, kerana sememangnya ada ramai yang telah meninggalkan Syiah dan Syeikh Hussein AlMuayad bukanlah ulama yang pertama dan terakhir meninggalkan ajaran sesat Syiah.
Antara ulama Syiah (Ayatullah) yang telah meninggalkan ajaran sesat itu ialah:
Ayatullah Syed Asadullah Khaarqani
Ayatullah Uzma Syariat Sanglji
Syeikh Ali Asghar Mahauddin Banabi
Ayatullah Uzma Syed Abul Fadl Burqai
Alamah Ismail Al Ishaq Al Khoeini
Syed Musa Musawi Isfahani
Senarai tersebut hanyalah untuk menyenaraikan beberapa saja sedangkan ramai lagi ulama Syiah yang telah meninggalkan ajaran sesat itu secara bersembunyi kerana di Republik Syiah Iran, meninggalkan ajaran Syiah bermakna seseorang itu akan dihukum bunuh ataupun dipenjara.
Terdapat bekas ulama Syiah, Ahmad Al Khatib yang menolak keberadaan Imam Mahadi.
Begitu juga dengan Ayatullah Fadlullah yang menolak penindasan terhadap Fatimah Al Zahra.
Kamal Al Haydari yang dahulunya giat menyebarkan fitnah terhadap Sunni, sekarang telah bertaubat dan dianggap sebagai duri dalam daging Syiah.
Ketika Syeikh Hussein Al Muayad masih patuh pada ajaran Syiah, dia disanjung sebagai putera terbaik Syiah dan diberi pelbagai gelabar seperti Syeikh, faqih, alim dan pelbagai gelaran sanjunga.
Kini setelah Shiekh Hussein bertaubat meninggalkan ajaran sesat Syiah, dia dikutuk dengan gelaran keji dan busuk.
Mayat pemimpin Syiah Ayatollah Khomeni yang diperhinakan oleh pengikutnya
Jelaslah tingkah laku penganut Syiah amat mirip dengan kaum Yahudi di Madinah suatu ketika dahulu.
Sikap pendusta kaum Yahudi samalah dengan sikap kaum Syiah yang pendusta.
Seorang ilmuan yang dahulunya dianggap terbaik, jujur, alim dari keturunan terhormat dan terpuji kini dianggap pembohong, busuk, dan keji setelah beliau meninggalkan ajaran sesat yang terpesong daripada Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW.
Dengan sebab itulah Syiah Imamiyah disindir sebagai sepupu kepada Yahudi.
Tentera militan Houthi yang kini menguasai Yaman menggunakan pujukan songsang ke atas kanak-kanak dengan fahaman sesat apabila menganugerahkan kunci pintu syurga kepada setiap seorang daripada mereka yang menyertai militan Houthi.
Seorang kanak-kanak yang terlibat dengan janji palsu itu telah mendedahkan dakyah tersebut kepada akhbar tabloid United Kingdom ‘The Mirror’.
Puak pemberontak Houthi yang kini dipimpin oleh Abdul Malik Al-Houthi, telah empat tahun menggunakan kanak-kanak sebagai tentera dalam peperangan saudara di Yaman.
Pada hujung tahun 2018 lalu, pegawai tinggi tentera Houthi, telah secara rasminya membuat perakuan kepada agensi berita AP bahawa kekuatan militan mereka telah turut disertai oleh 18,000 tentera kanak-kanak sejak perang saudara meletus pada 2014.
Kanak-kanak yang berusia semuda 10 tahun dilatih menjadi tentera dan berada di barisan hadapan dalam konflik bersenjata sesama rakyat Yaman.
Tentera kanak-kanak yang dipaksa menganggotai tentera Houthi di Yaman
Jika ada yang cuba melarikan diri daripada medan perang, mereka akan ditangkap dan dipaksa untuk terus memikul senjata atas nama militan Houthi.
Samah Hadid, Timbalan Pertubuhan Amnesty International yang berpusat di Beirut turut mendedahkan pencabulan prinsip Hak Asasi Manusia oleh pemberontak Houthi kerana mengerah kanak-kanak dan memisahkan mereka daripada kaum keluarga dan merampas ‘zaman kanak-kanak’ mereka untuk berada dalam kancah peperangan bersenjata yang pastinya mudah meragut nyawa mereka.
Salah seorang daripada mangsa, Ahmad Jesar, 13 tahun mendedahkan kepada ‘The Mirror’ bahawa dia telah diculik dan dipaksa memikul senjata oleh pemberontak Houthi.
Ahmad sedang berada di sekolah apabila beberapa orang lelaki datang di bilik darjah dan membawanya keluar. Dia berasa amat takut. Mereka memberikannya senjata dan memberi latihan selama seminggu, tetapi telah ditawan dalam peperangan bersenjata itu.
Rakannya telah terbunuh dan Ahmad telah melihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia sepatutnya melalui zaman kanak-kanak di padang permainan dan belajar di sekolah, bukannya melihat kematian rakan-rakan yang masih berada dalam zaman kanak-kanak.
Ahmad telah dibawa ke hospital kerana kecederaan. Dia melarikan diri daripada medan perang setelah tiada siapa mempedulikannya.
Seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun, Abdul Haziz mendedahkan bahawa mereka memaksa bapa saudaranya mengheret dirinya untuk menjadi tentera Houthi. Bapa saudaranya mati kerana serangan peluru berpandu dan menegaskan supaya dia menuntut bela. Abdul diberikan dadah yang dia tidak tahu apakah nama dadah itu. Walau bagaimanapun dia berjaya melarikan diri.
Menurut Kementerian Hak Asasi Manusia Yaman, pihak Houthi yang ditaja oleh kerajaan Syiah Iran telah merekrut lebih daripada 10,000 tentera kanak-kanak dari tahun 2015 sehingga 2018.
Pihak PBB pula menyatakan bahawa ramai dalam kalangan ibu-bapa tidak mahu melaporkan kerana mereka takut tindakan ganas daripada pihak Houthi.
Jurucakap PBB itu berkata, golongan kanak-kanak Yaman yang berusia bawah 18 tahun diberikan dakyah yang menyesatkan manakala terdapat juga yang tertarik dengan ganjaran kewangan serta status sosial yang dijanjikan.
Puak pengganas Houthi telah menakluki Sanaa, ibu kota Yaman pada tahun 2014 sebelum mereka menyerang bahagian selatan negara itu dan berjaya mengenyahkan kerajaan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Peperangan itu meningkat pada Mac 2015 apabila gabungan yang diketuai Arab Saudi menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, memulakan kempen ketenteraan terhadap pemberontak.
Pengambilan dan penggunaan kanak-kanak dalam konflik bersenjata adalah dilarang oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan dikategorikan sebagai jenayah perang.
Sejak Mac 2015 peperangan saudara di Yaman telah meragut nyawa lebih daripada 7500 orang awam manakala 40,000 telah lagi cedera.
Kerajaan Syiah Iran dikatakan berada di sebalik tabir keganasan militan Houthi di Yaman dan kini mereka (Houthi) seringkali mencetuskan permusuhan ke atas Arab Saudi yeng menentang keras aliran pemikiran sesat Syiah yang ditaja oleh Kerajaan Syiah Iran di rantau Teluk. Kerajaan Syiah Iran juga sudah menguasai Syria.
Pada 21 Mei yang lalu, pengganas Houthi dari Yaman itu telah melancarkan dua buah peluru berpandu yang mensasarkan kota suci Mekah dan Jeddah.
Walau bagaimanapun pihak tentera udara Saudi telah berjaya memintas dan memusnahkan serangan dua peluru berpandu itu di udara Taif.
Terkini pada 23 Mei, sekali lagi mereka menyerang lokasi strategik Arab Saudi melalui dron bersenjata bahan letupan.
Kali ini mereka mensasarkan lapangan terbang Najran di barat-laut Arab Saudi berdekatan dengan sempadan Yaman setelah menyerang pusat pengepam minyak Saudi di Afif dan Dawadmi yang terletak kira-kira 320 km dari Riyadh pada 14 Mei lalu.
Sejak meletusnya peperangan saudara di Iraq akibat daripada Perang Teluk, banyaklah kumpulan militan cuba mengambil kesempatan atas kerajaan yang telah lumpuh dan parah.
Walau bagaimanapun terdapat juga kumpulan militan lain yang ditubuhkan kerana memberontak untuk mencapai matlamat mereka yang tidak kesampaian.
Untuk meneruskan survival mereka dari aspek kewangan, maka berlakulah keganasan seperti merompak, melanun, menculik, pengedaran dadah, penipuan, membunuh dan mengugut dengan tujuan mendapatkan dana.
Pergelutan kuasa juga berlaku di negara-negara Teluk setelah gerakan Arab Spring yang kononnya menentang pemimpin diktator, namun sama seperti di Iraq, banyaklah pemimpin serpihan yang mengambil kesempatan dan kemudiannya mewujudkan kumpulan militan.
Keadaan di Iraq dan Syria juga telah melarat kepada pergolakan dalaman di Yaman.
Kemusnahan di Yaman akibat perang saudara
Kerajaan Syiah Iran yang angkuh dengan tamadun Parsinya, namun menyeleweng akidah daripada ajaran Islam yang tulen akibat hasutan dan dakyah pihak yang sengaja mahu menyesatkan umat Islam, juga menjadi faktor pergolakan apabila cuba masuk campur dalam kancah perang saudara di negara yang menghadapi perang saudara.
Iraq dan Syria bukanlah negara yang condong kepada tamadun Parsi, sebaliknya negara itu berada pada bumi Arab dan begitulah juga dengan Yaman.
Namun kerajaan Republik Syiah Iran cuba mengheret pengaruh mereka kepada negara-negara terbabit, agar fahaman Syiah itu dapat diserapkan dan pengaruh geopolitik Republik Iran yang anti-Amerika dan Israel dapat dilebarkan ke bumi Arab.
Kerajaan Arab Saudi yang berpegang kepada fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah tidak boleh berdiam diri, kerana menentang fahaman sesat Syiah serta menentang pihak yang menolak Al-Quran serta para sahabat yang dikasihi Rasulullah SAW, adalah satu jihad dan tanggungjawab.
Apabila kerajaan Arab Saudi cuba membela pihak yang berpegang kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau lebih dikenali sebagai Sunni, banyaklah dakyah pihak Syiah Iran yang memesongkan pandangan dunia bahawa Arab Saudi menyokong Amerika dan sekaligus juga berpihak kepada Zionis.
Inilah modal pergelutan geopolitik di negara-negara Teluk terutamanya di Iraq dan Syria, yang telah diresapi oleh tentera Syiah Iran. Walaupun pada hakikatnya pengganas seperti Daesh adalah tali barut zionis yang bersekongkol untuk memusnahkan negara Islam.
Keadaan menjadi lebih sulit dan huru-hara apabila, Iran mengheret bersama rakan Rusianya untuk mmpertahankan pengaruhnya serta kekuatan ketenteraan.
Rusia dengan lapang dada amat cenderung untuk bersama dengan kerajaan Syiah Iran kerena mereka berdua sememangnya adalah musuh Amerika yang telah membawa ‘mala petaka’ kepada Iraq.
Keadaan dan rasional yang sama dipergunakan oleh kerajaan Syiah Iran, apabila Syria yang bersempadan dengan Israel dilihat oleh Amerika Syarikat, amat berbahaya kepada ‘buah hatinya’ itu.
Anggota pengganas Daesh di Syria
Apa-apa yang berlaku terhadap Syria yang berada dalam genggaman Iran dan Rusia, pastinya merupakan satu ancaman terhadap Israel.
Arab Saudi serba salah dalam usaha membela rakyat yang berpegang kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah, apatah lagi untuk mempertahankan akidah Islam yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang tulen.
Keadaan menjadi lebih parah apabila tentera Iran dan militan dalaman baik di Iraq mahupun di Syria telah menggunakan kanak-kanak dan wanita sebagai perisai manusia.
Untuk menyelamatkan pihak rakyat yang berpegang kepada ajaran tulen Islam atau Ahlul Sunah Wal Jamaah di Syria mahupun Iraq , maka berlakulah serangan yang mengakibatkan kematian ke atas kaum wanita dan kanak-kanak kerana mereka telah dijadikan perisai manusia.
Dengan itu juga tentera yang menentang pihak Syiah dan Rusia telah dituduh menyerang orang awam sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah ‘orang awam’ telah dijadikan perisai manusia demi untuk mengangkat kepalsuan perjuangan tentera Syiah Iran dan Rusia.
Dengan pergolakan yang sedemikian, tumbuhlah pasukan militan tertentu yang mengambil kesempatan atas kecelaruan kerajaan sementara yang diwujudkan dalam peperangan saudara baik di Iraq, Syria, mahupun pergolakan yang berlaku di Yaman.
Akibatnya dunia kini melihat tumbuhnya puak militan yang kemudiannya disebabkan hilangnya sumber kewangan, maka mereka bertukar arah menjadi pengganas global, dengan menggunakan Islam sebagai sandaran untuk menarik golongan yang mudah terpengaruh dengan falsafah ‘berjihad demi Islam’.
Dengan itulah sejak tahun 2000 pembunuhan akibat keganasan yang kononnya tertegak atas nama Islam meningkat berlipat kali ganda, terutamanya sejak pergolakan perang saudara di Syria.
Masyarakat Sunni menjadi mangsa di Syria
Sudah puas mereka mengganas di bumi sendiri, kini mereka menjadi kaldai kepada pihak yang mahu melihat Islam sebagai agama yang ‘ganas’, mula mengganas di luar negara.
Dengan itu jugalah bersemaraknya fahaman ‘islamofobia’, malah ia digunakan untuk mewajarkan konspirasi Amerika bagi memusnahkan negara Islam tertentu, sebagaimana berlaku di Iraq.
Antara kumpulan pengganas global yang kini tercatat dalam senarai keganasan dunia adalah seperti berikut.
1. Negara Islam di Syria dan Iraq (ISIS-Daesh)
ISIS atau Islamic State of Iraq and Syria, ditubuhkan pada 2006 oleh Abu Bakr Al-Baghdadi pada tahun 2013, untuk menguasai wilayah Iraq dan Syria’.
ISIS dikenal juga sebagai Negara Islam (IS), atau Daesh. ISIS telah bertindak melakukan kekejaman terhadap rakyat yang tidak mahu tunduk kepada kuasa mereka dan tuntutan cukai yang mereka kenakan.
Tentera Iraq menentang pengganas Daesh di Mosul
Mereka cuba mewajarkan keganasan atas nama Islam, sedangkan Islam menuntut perdamaian dan kesejahteraan dan bukannya keganasan. Sebelumnya Daesh berada dalam kumpulan Al-Qaeda, namun setelah berlaku pergolakan kepimpinan, Al-Qaeda tidak lagi memperakui Daesh sebagai sekutu mereka.
ISIS telah melebarkan kuasa mereka di Jordan, Mesir dan Libya. Mereka juga telah menceroboh ke Tunisia dan menyerang Hotel Marhaba di Tunisia. ISIS pernah melintasi Israel dan menyerang Mesir. ISIS juga pernah menceroboh Selatan Iraq untuk menyerang Masjid Imam Sadiq di Kuwait.
Anehnya negara Zionis Israel tidak pernah diganggu-gugat walaupun ISIS heboh dengan retorika menghancurkan Zionis dan kafir. Hal inilah yang membangkitkan tanggapan bahawa Daesh adalah kumpulan militan yang disokong Israel malah telah mendapat latihan dan bantuan ketenteraan daripada Israel.
2. Al-Qaeda
Al-Qaeda ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Osama bin Laden, yang telah mati dibunuh pada 2011 dalam sebuah operasi oleh pasukan Tentera Laut Amerika. Kumpulan ini diburu setelah berlakunya tragedi 11 September 2001.
Meskipun Amerika mendakwa bahawa Al-Qaeda yang menerajui serangan 11 September, namun banyak kesangsian timbul daripada teori konspirasi yang dipersepsikan sebagai dakyah Amerika semata-mata.
Sejak kematian Osama, kumpulan Al-Qaeda ini telah diambil alih oleh Ayman Al-Zawahiri dari Mesir.
Al-Qaeda sebenarnya telah kehilangan taring, namun daripada tubuh asalnya, Al-Qaeda telah menghasilkan banyak serpihan kumpulan lain atau bersekongkol dengannya dan diterjemahkan sebagai kumpulan pengganas.
ISIS juga dilihat sebagai pertubuhan yang bersekutu dengan Al-Qaeda, namun telah disingkirkan kerana ISIS yang dikaitkan dengan Zionis Israel adalah kumpulan yang amat ganas dan bertindak di luar perikemanusiaan.
Cabang Al-Qaeda di Yaman dan di Arab Saudi dipandang sebagai salah satu cabang yang paling berbahaya.
Kedua-duanya dikatakan bersekongkol dalam serangan Charlie Hebdo di Paris. Di samping melakukan serangan di Barat, kumpulan ini juga telah berhasil menguasai beberapa wilayah di Yaman, dan turut melatih pejuang untuk memerangi kumpulan ekstrimis di Syria dan Iraq.
3. Taliban
Taliban Afghanistan ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah kepemimpinan Mullah Mohammed Omar. Tujuan utama kumpulan ini adalah untuk membentuk negara Islam di Afghanistan dan menentang pengaruh luar seperti Amerika dan Rusia.
Kumpulan ini memerintah Afghanistan pada 1996-2001 dan melaksanakan undang-undang yang ketat.
Mereka telah dikalahkan oleh pasukan tentera Amerika selepas serangan 11 September 2001. Apabila Amerika berundur keluar dari Afghanistan, kumpulan Taliban wujud dan aktif semula.
Taliban Pakistan pula, yang juga disebut Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), lebih menumpukan operasi mereka di Pakistan. Kumpulan ini pernah menyerang Army Public School di utara-barat kota Peshawar Pakistan dan membunuh 148 orang – termasuk 132 anak-anak dalam serangan yang amat ganas di negara itu .
Kumpulan ini juga berada di sebalik pembunuhan pemenang Nobel Perdamaian Malala Yousafzai. Mereka beroperasi di kawasan semi-otonomi di utara-barat Pakistan di sempadan Afghanistan.
4.Barisan Al-Nusra
Barisan Al-Nusra Front atau Barisan Pembela Rakyat Syria dikenali juga sebagai Al-Qaeda di Syria.
Pengganas Barisan Al-Nusra yang ditewaskan oleh tentera Syria
Buat julung kalinya mereka telah mengisytiharkan kewujudan mereka pada tahun 2012, dengan bertujuan untuk menggantikan regim Presiden Bashar Al-Assad dengan negara Islam.
Kumpulan ini aktif terlibat dalam mendukung pemberontak Syria, dan menyerang pihak yang menyokong pemerintah Syria.
Kumpulan Al-Nusra ini telah dilabelkan sebagai kumpulan pengganas oleh negara-negara Barat, Arab Saudi, Turki dan Emiriah Arab Bersatu.
Umat Islam pada hari ini, 4 April, di seluruh negara diseru membaca surah Yassin bagi mendoakan dan menyatakan sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin serta membebaskan Masjidil Aqsa daripada kongkongan regim Yahudi Israel dan Zionis.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid
Program yang dicanangkan sebagai “Yassin for Aqsa” diangkat sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, serta keprihatinan yang tidak berbelah bahagi baik kepada Palestin mahupun perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.
Program bacaan Yassin itu telah digerakkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) .
Seruan tersebut, di samping program jemaah membaca surah Yassin, turut menyeru agar umat Islam seluruh negara mengadakan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar menyelamatkan dan memberi kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama di bumi Gaza.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kempen solidariti terhadap perjuangan dan pembelaan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa adalah bersandarkan ayat al-Quran dan pihaknya menyasarkan satu juta umat Islam di negara ini bersama-sama membaca Yasin demi pembebasan itu.
Sekretariat “Yassin for Aqsa” juga telah memaklumkan kebanyakan masjid dan surau di seluruh Malaysia bagi menjayakan program itu.
Menerusi rakan gabungan di luar negara, MAPIM juga minta mereka bersama-sama menjayakan program bacaan Yasin pada 4 April bagi membuktikan komitmen umat Islam Malaysia dan seluruh dunia untuk membela Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.
Pada 14 Mac lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kor Agama Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Yayasan Restu, AL-Quds Foundation, Kumpulan Nasyid (INTEAM) juga telah menjayakan program Pra Pelancaran “Yassin For Aqsa” di Masjid Khalid Al-Walid.
Umat Islam Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Aqsa
Situasi di Jerusalem semakin terancam dan amat tertekan sejak Februari lalu setelah Presiden Majlis WAQF, Sheikh Abdel-Azeem Salhab, bertindak memecahkan kunci Masjidil Aqsa untuk 40,000 rakyat Palestin memasuki Bab al-Rahma untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali selepas ditutup Israel sejak 2003.
MAPIM juga menyediakan ruang untuk orang ramai infaq menerusi jualan buku Surah Yasin dan Kebangkitan Ummah berharga RM15 yang akan disalurkan ke dalam tabung infaq Aqsa.
Bagi sesiapa yang berminat boleh menghulurkan sumbangan wang menerusi akaun Bank Rakyat MAPIM 110031001285 dan datang beramai-ramai ke masjid pada hari itu.
Kemurahan hati kerajaan Arab Saudi sebagai penjaga dua Masjid Suci Islam, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi (Masjid Nabi) tidak boleh dipertikaikan.
Malahan kerajaan pimpinan Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud telah menunjukkan iltizamnya yang tinggi sebagai pemegang amanah Allah dengan membina prasarana perbandaran bagi kedua-dua kota suci Islam iaitu Mekah dan Madinah demi keselesaan umat Islam dalam menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
Kepentingan menjaga amanah Allah dalam hal memelihara keselamatan, kebajikan dan pembangunan dua Masjid suci serta kota kedudukannya, kerajaan Arab Saudi telah mewujudkan Kementerian Haji dan Umrah bagi mengendalikan segala urusan dan hal ehwal yang berkaitan dengan jemaah yang datang dari seluruh dunia pada setiap ketika.
Lihat sahaja pada kronologi perubahan prasarana Mekah yang jelas bagi kemudahan dan keselesaan jemaah Haji dan Umrah.
Masjidil Haram 1910
Masjidil Haram 1980
Masjidil Haram 2018
Komitmen tinggi pentadbiran Raja Salman juga melibatkan isu keselamatan yang amat kompleks dengan fenomena eksremisme serta keganasan antarabangsa masakini yang boleh sahaja menyusup masuk melalui jutaan jemaah Haji dan Umrah.
Walau bagaimanapun dengan bantuan Allah serta kebijaksanaan pentadbiran baginda, segala masalah yang berkaitan dengannya telah dapat diatasi dengan baik.
Jumlah visa Umrah yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2018-2019 telah melebihi 4.1 juta.
Menurut data yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah, jumlah keseluruhan visa yang diluluskan ialah 4,116,827, di mana 3,672,648 jemaah telah tiba di Saudi dan terdapat 439,785 jemaah masih berada dalam negara, dengan 302,263 di Mekah dan 137,522 di Madinah.
Majoriti jemaah iaitu seramai 3,266,663, memasuki Arab Saudi untuk menunaikan Umrah menggunakan kapal terbang, manakala 374,915 jemaah memasuki Arab Saudi melalui jalan darat dan baki 31,070 tiba di Saudi dengan menggunakan jalan laut.
Carta jumlah jemaah Umrah 2018-2019
Sebagaimana yang tertera pada carta di atas, jumlah jemaah terbesar adalah daripada Pakistan (910,028), diikuti oleh Indonesia (596,970), India (391,087), Yeman (200,239), Malaysia (193,364), Mesir (189,496), Turki (158,403), Algeria (127,563) dan Bangladesh (93,760).
Walau bagaimanapun, carta tersebut tidak mengambil kira jemaah daripada Eropah, Amerika Syarikat, China, Rusia, Australia dan negara-negara benua Afrika yang lain.
Data pekerja juga menunjukkan bahawa terdapat seramai 8,430 lelaki dan 1,739 wanita yang bekerja di dalam syarikat dan pelbagai institusi Umrah.
Kerajaan Arab Saudi sememangnya menitikberatkan perkhidmatan Haji dan Umrah dan telah mengangkatnya sebagai sebahagian daripada strategi Wawasan 2030 negara.
Antara lain, tindakan pembangunan prasarana yang telah dilaksanakan ialah laluan Saie sehala ulang-alik dari Marwah ke Safa, laluan bertingkat untuk ibadah Tawaf termasuk laluan khas untuk OKU, laluan sehala Jamrah, khemah berhawa dingin di Mina, perkhidmatan kereta api laju Harmain dari mekah ke Madinah, dan hotel yang selesa serta akses yang mudah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Laluan Tawaf bertingkat
Laluan Saie sehala dari Marwah ke Safa
Khemah berhawa dingin di Mina
Perkhidmatan kereta api laju Haramain dari Mekah ke Madinah
Jamrah bertingkat
Pelan strategi Wawasan 2030 Arab Saudi, telah menyasarkan untuk menarik lebih daripada 30 juta jemaah Umrah, dengan menyediakan prasarana dan perkhidmatan terbaik ketika mereka berada di Arab Saudi agar dapat merasai pengalaman indah yang tidak akan dilupakan.
Kerajaaan Arab Saudi tidak riak dan takbur dalam hal bantuan kewangan kepada Palestin. Malangnya ada yang membabi-buta menuduh dan menabur fitnah bahawa kerajaan Saudi telah mengabaikan Palestin.
Sejak tahun 2000 sahaja kerajaan Arab Saudi telah menyumbangkan RM24.6 bilion atau USD6 bilion kepada Palestin sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan Palestin dan disahkan oleh Ketua Penyeliaan Pusat Pembebasan dan Kemanusiaan Raja Salman, Dr Abdullah Al-Rabeeah.
Kerajaan Arab Saudi telah menymbangkan USD107 juta untuk Projek Perumahan Rafah, Fasa 1 yang disalurkan melalui UNRWA yang merupakan pembinaan rumah kediaman bersepadu dalam bandar, termasuk 752 unit rumah bagi 4,564 warga Palestin.
Dalam projek bersepadu tersebut bantuan juga meliputi pembinaan sekolah , pusat kesihatan, pusat budaya, pasar raya masjid, jalan berturap, lampu jalan dan kemudahan belakan air.
Projek Fasa 2 Perumahan Rafah telah melibatkan pembinaan 765 buah rumah kediaman untuk 4.761 rakyat Palestin, dua buah sekolah, sebuah masjid serta infrastruktur untuk lelektrik dan bekalan air.
Kerajaan Arab Saudi juga telah melaksanakan projek tambahan dan inisiatif antara tahun 2011-2018.
Banyaklah lagi bantuan kerajaan Arab Saudi kepada Palestin yang terlalu panjang untuk disenaraikan di sini, bagi menyangkal pandangan genjot bahawa Arab Saudi tidak mempedulikan kebajikan Palestin.
Projek Perumahan Rakyat Palestin
Jika ada mana-mana pihak yang celupar untuk memfitnah kerihatinan Arab Saudi terhadap Palestin, maka mereka hendaklah tahu bahawa daripada semua negara di dunia, Arab Saudilah yang merupakan sumber kewangan yang terbesar bagi negara Palestin.
Kerajaan Arab Saudi juga memberikan bantuan dana mengerjakan Haji untuk rakyat Palestin
Malahan dalam Persidangan Antarabangsa untuk menyelamatkan Al-Quds, negara dunia yang bersidang telah menyatakan pengakuan mereka bahawa Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Salman telah menunjukkan kesungguhan memimpin dunia untuk menentang keganasan global, mempertahankan hak rakyat Palestin serta kedudukan Baitul Muqaddis atau Al-Quds.
Peranan Arab Saudi ke atas rakyat Palestin dan Al-Quds bukan sahaja melibatkan bantuan dana yang terbesar, malah juga dari aspek sokongan politik, sebagaimana dinyatakan oleh Muhamad Subra yang merupakan Presiden Persidangan Antarabangsa Menyelamatkan Al-Quds.
Subra juga telah menegaskan untuk pengetahuan antarabangsa bahawa “Dunia telah mengetahui sesungguhnya Iran telah menjadi tali barut oraganisasi pengganas… dalam misi mereka untuk sabotaj imej Islam.” (The world is fully aware that Iran has given full support to terrorist organizations… in order to sabotage the image of Islam).
Keganasan yang membinasakan rakyat Sunni Syria
Masyarakat dunia harus sedar bahawa musuh Arab Saudi seperti Kerajaan Syiah Iran amat bijak menabur fitnah, sedangkan dunia mengabaikan sahaja keganasan mereka ke atas rakyat Syria yang 92% daripada penduduknya merupakan umat Islam yang berpegang kepada fahaman Ahlul Sunah Wal Jamaah atau dikenali sebagai Sunni, dan 8% sahaja yang berpegang kepada fahaman sesat Syiah.
Kaum wanita Sunni diperkosa, kanak-kanak dibunuh, sedangkan kaum lelakinya diseksa, dipenjara dan dibunuh sebagaimana tindakan penghapusan ethnik yang amat ganas oleh tentera Syiah.
Tiada apa yang Arab Saudi perolehi dalam setiap programnya membantu warga Palestin serta pelarian mereka daripada keganasan Israel, sekadar keredaan Allah yang memberkati rezeki kerajaannya.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan Palestin, bantuan kerajaan Arab Saudi adalah 44.2% daripada keseluruhan bantuan yang diterima oleh kerajaan Palestin daripada negara luar, iaitu pecahan yang terbesar.
Daripada data yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan Kerajaan Palestin itu, jelaslah bahawa Arab Saudi tidak riak dalam hal mencanangkan bantuan dana yang disalurkan kepada Palestin.
Itupun masih ada yang suka membuat tuduhan melulu serta fitnah melampau.
VIDEO ISLAM akan menguasai Rusia – Dimuat naik dari YouTube
Seorang Ketua Padri Katolik Ortodoks telah memuji Islam dalam khutbahnya di sebuah gereja Smirnoff Rusia di hadapan ratusan pengikutnya.
Beliau menyeru jemaah Katolik Ortodoks supaya mencontohi umat Islam yang tertib dalam ibadah, sanggup berkorban serta mengamalkan akhlak yang mulia.
Hal ini berbeza dengan penganut agamanya yang menyebabkan masyarakat kian meninggalkan agama Kristian, lantas jumlah penganutnya juga kian berkurangan.
Solat berjemaah yang diamalkan oleh umat Islam baik dalam masjid dan di tempat terbuka jelas mempamerkan ketertiban sebagaimana yang ditunjukkan dalam susunan saf solat, serta pergerakan yang seiring dengan imamnya, tanpa perlu diperintah dan dikerah.
Ketua Padri itu juga mengingatkan penganut agamanya tentang berkembangnya agama Islam di Rusia yang kini melebihi daripada jumlah penganut Kristian. Malah beliau percaya dalam jangka masa yang tidak lama lagi agama Islam akan menjadi agama yang terbesar dan dan umat Islam akan dominan di Rusia.
Solat berjemaah yang mengikut waktu dan dilaksanakan pada tempat ibadah tertentu seperti di musalla, masjid di desa dan di bandar besar mahupun di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, sebagai contohnya, tidak akan menjadi realiti bagi amalan ibadah penganut Kristian.
Padri itu juga telah mengkritik sikap penganut Kristian yang sering menuntut wang upah dalam sesuatu kerja amal yang dilakukan. Malahan mereka juga harus membayar kepada pihak gereja sebagai amalan penghapusan dosa.
Malahan beliau juga mempersoalkan tuduhan bahawa Islam itu teroris kerana tuduhan itu datangnya daripada golongan yang tidak memahami Islam serta memusuhi agama suci itu.
Dengan senario yang sedemikian, Ketua Padri itu percaya Islam akan mendominasi Rusia dan Rusia akan menjadi milik umat Islam.
Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa fenomena manusia berbondong-bodong memeluk Islam bukanlah satu teori semata-mata tetapi itulah hakikatnya sebagaimana yang telah Allah firmankan dalam surah An-Nasr.
Marfumnya:
Apabila telah datang pertolongan Allah dan dengan kemenangan
Dan kamu akan lihat manusia memeluk agama Islam dengan berbondong-bondong.
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhannu dan mohonlah keampunan daripada-Nya.
Syahadah Syiah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW
Kalimah Syahadah Syiah yang Menyesatkan
Daripada video yang dipaparkan terdapat beberapa perkara yang dilafazkan itu jelas bertentangan dengan lafaz Syahadah daripada Sunnah Rasulullah SAW.
Kalimah syahadah atau kalimah tauhid merupakan amalan yang paling utama, amalan yang sangat besar maknanya kerana kalimah itulah yang merupakan perjanjian seseorang umat dengan Allah dan Rasulullah SAW yang mengangkatnya sebagai seorang penganut Islam dan membawanya ke syurga serta membantunya melepaskan diri daripada api neraka.
Sekiranya diletakkan tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi dalam neraca dan La ilaha illallah dalam neraca yang lain nescaya La ilaha illallah lebih berat lagi timbangannya. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim:
Maksudnya: “Sesiapa yang mengucap: Bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya nescaya Allah haramkan api neraka daripada menyentuhnya”.
Anehnya dalam kalimah syahadah yang dituturkan oleh pengikut dan pengamal ajaran Syiah sebagaimana yang ditunjukkan dalam video berkenaan, mereka mencela para sahabat RA, yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
Berdosa Besar Mencela Para Sahabat RA
Ahlul Sunnah Wal Jammah amat berpegang teguh kepada ajaran Rasululullah SAW melalui sunah baginda dan begitu juga dengan panduan dan pengajaran daripada firman Allah dalam Al-Quran Nur Karim.
Dengan itu apabila Rasulullah SAW megasihi para sahabat RA, maka ia juga menjadi pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang turut mengasihi para sahabat RA.
Dengan itulah umat Islam membenci orang yang membenci dan menjelek-jelekkan para sahabat yang dicintai Rasulullah SAW.
Umat Islam hendaklah sentiasa melihat dan mempersepsikan para sahabat Rasulullah SAW dalam fahaman dan konteks yang baik dan dimuliakan.
Mencintai para sahabat Rasululullah SAW adalah sebahagian daripada kepercayaan umat Islam, malah sebahagian daripada keimanan umat Islam terhadap agamanya. Umat Islam mencintai apa yang Rasulullah SAW cintai dan membenci apa yang Rasulullah SAW benci.
Sebaliknya sesiapa yang membenci para sahabat Rasulullah SAW maka termasuklah mereka ke dalam golongan yang kufur, munafik dan melampaui batas.
Imam Malik Rahimahumullahmengatakan,
“Siapa saja yang mencela Abu Bakar, maka ia pantas dihukum cambuk. Siapa saja yang mencela Aisyah, maka ia pantas untuk dibunuh.”
Ada yang menanyakan pada Imam Malik, “Mengapakah sedemikian?” Beliau menjawab, “Barangsiapa mencela mereka, maka ia telah mencela Al Qur’an karena Allah Ta’ala berfirman (agar tidak lagi menyebarkan berita bohong mengenai Aisyah).”
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali memperbuat yang seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
Benarlah firman Allah itu.
Malahan isteri baginda SAW, Saiyidatina Aisyah adalah sumber hadis Rasulullah SAW yang amat sahih kerana sebagai seorang isteri, Sayidatina Aisyah sentiasa mendampingan Rasulullah SAW.
Para Sahabat Rasulullah Adalah Golongan Generasi Terbaik Dalam Kelahiran Islam
Kedudukan dan taraf Nabi, adalah taraf tertinggi yang diangkat oleh Allah, maka dengan itu para sahabat yang berjuang bersama Rasulullah SAW untuk menegakkan kelahiran Islam adalah sebaik-baik generasi Islam sebagaimana diperakui oleh Rasulullah SAW serta firman Allah dalam Al-Quran Nur Karim.
Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 100:
Marfumnya:
Dan orang-orang yang terdahulu, yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Tiada lagi kedudukan yang lebih tinggi dan lebih mulia dibandingkan dengan kedudukan suatu kaum yang telah diredai Allah selain para sahabat yang sentiasa mendampingan Baginda SAW bagi membela agama Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para Sahabat RA), kemudian generasi sesudahnya, dan sesudahnya lagi” (HR. Bukhari dan Muslim).
Manakala dalam Surah Al-Fath ayat 18, Allah berfirman:
Marfumnya:
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui–Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
Terdapat banyak kelebihan dan keutaman pada diri para Sahabat RA. Mereka adalah kumpulan umat Islam terawal masuk berjuang dan mempertahankan Islam dan berjihad untuk agama suci Allah serta Rasulullah SAW. Mereka jugalah umat yang mendampingi Rasulullah SAW dalam sejarah berhijrah dan berperang, serta melindungi beliau dengan cagaran nyawa mereka sendiri.
Mereka berjihad menghadapi musuh ketika cuaca sangat terik menyengat, padahal mereka sedang berpuasa. Mereka jugalah yang menyebarkan agama Islam ini ke pelbagai wilayah dan negeri. Oleh karena itu, umat Islam ini telah sepakat bahawasanya para Sahabat RA lebih mulia daripada umat kemudiannya, dalam segi ilmu, amal perbuatan, kebenaran, dan persahabatan dengan Rasulullah SAW.
Kedudukan para Sahabat RA amatlah tinggi di sisi Rasulullah SAW, kerana mereka sanggup mengorbankan harta yang mereka kerana agama suci Islam, demi mencari keredaan Allah dalam situasi yang kadangkala amat menekan dan menyeksakan’.
Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah kalian mencela sahabatku. Karena demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, kalau salah seorang di antara kalian menafkahkan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, maka nilainya tidak akan mencapai satu segenggam tangan salah seorang mereka, dan tidak juga separuhnya” (HR. Bukhari).
Syiah Adalah Musuh Umat Islam
Namun janggalnya, telah muncul suatu kelompok (agama) yang menamakan diri mereka Syiah dan mengamalkan ajaran yang sesat bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW serta apa yang Allah perintahkan dalam Al-Quran Nur Karim.
Golongan Syiah ini mengaku sebagai Muslim, sebaliknya mereka sangat membenci para sahabat RA. Mereka mengkritik, mengecam, dan akhirnya mereka berani mencela beberapa tokoh dari Sahabat RA, serta merendahkan martabat mereka yang dimuliakan Rsulullah SAW.
Sebagaimana dalam syahadah kaum sesat Syiah yang mencela, menghina dan mengkafirkan para Sahabat RA, mereka juga mencela para Sahabat RA dalam percakapan harian mereka.
Apabila mereka menyebutkan nama para Sahabat RA, mereka tidak akan menyebut Radiallahu Anhu (semoga Allah meridhainya) untuk mendoakan mereka, sebaliknya dengan sifat jahat mereka menyebut “la’natullah ‘alaihi” (semoga Allah melaknatnya) , nauzubillah.
Malahan lebih jahat lagi, mereka juga mengkafirkan seluruh sahabat Rasulullah SAW kecuali beberapa orang saja, seperti Salman Al Farisi, Miqdad Al Aswad, dan Ammar bin Yasir RA.
Untuk mendukung pemikiran dan pegangan sesat ini, mereka juga berani mereka-reka hadis palsu untuk memburukkan para Sahabat RA yang tertentu.
Padahal, ketika mereka mencela para Sahabat RA, secara tidak langsung mereka juga telah mencela Rasulullah SAW kerana jika para Sahabat RA itu kafir dan fasik, secara tidak langsung ia juga bermaksud bahawa Rasulullah SAW telah bersama menerima dan berjuang bersama para Sahabat RA sedemikian.
Oleh karena itu umat Islam dengan ajaran yang benar meyakini bahwa celaan kepada para sahabat RA adalah pendustaan yang besar dan secara tidak langsung ia adalah permusuhan kepada Allah, Rasul-Nya, dan syariat-Nya.
Subhanallah. Iltizam atau komitmen kepimpinan Arab Saudi terutamanya Yang Mulia Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci’ atau Khadim Al-Haramain dan Asy-Syarifain’ amat jelas terlihat apabila dirujuk kepada pembangunan infrastruktur Masjidil Haram di Mekah dan Masjid An-Nabawi di Madinah.
Kedua-dua kota yang menjadi tempat kediaman Rasulullah SAW itu, adalah kota tempat terletaknya dua Masjid suci umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi telah membangun dengan pesatnya, setaraf dengan kedudukannya sebagai tempat suci umat Islam.
Pembangunan yang dipikul oleh baginda YM Raja Salman pada kedua-dua kota suci itu telah diselarikan dengan perkembangan teknologi komunikasi dan juga teknologi pengangkutan.
Sejarah pembangunan kota suci Mekah sebagai kiblat telah dicatatkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.
Pada suatu hari Rasulullah SAW telah bersabda pada Malaikat Jibrail, “Hatiku senang jika Allah SWT mengalihkan kiblatku dari kiblat Bani Israil (Baitul Muqaddis) ke arah yang lain”.
Lalu jawab Malaikat Jibrail, “Wahai Muhammad, aku hanya seorang hamba seperti dirimu. Sepengetahuanku, engkau sangat mulia di sisi Allah, maka mintalah kepada-Nya”.
Lantas kemudiannya Rasulullah Muhammad SAW memohon kepada Allah SWT agar mengubah kiblatnya dari Baitulmaqdis ke Baitulharam (Ka’bah).
Rasulullah SAW terus memandangi langit mengharapkan pekenan Allah SWT. Ternyata hasrat baginda Rasulullah SAW telah diperkenankan Allah SWT apabila disampaikan wahyu-Nya sebagaimana dicatatkan dalam surah Al-Baqarah: ayat 144.
Marfumnya, “Sesungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya (Masjidil Haram). Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al-Baqarah : 144)
Sejak dari itulah kiblat yang menjadi arah solat umat Islam telah berubah dari Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis ke Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah.
Struktur bandar Mekah dan Madinah tidak statik, sebaliknya dengan penuh tanggungjawab Yang Mulia Raja Salman telah membangunkan kedua-dua kota suci itu sebegitu hebat sekali dan amat mengagumkan selari dengan kedudukan kedua-duanya sebagai kota suci Islam. Pembangunan infrastruktur kedua-dua kota tersebut khususnya Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi (atau Masjid Nabi) amatlah menonjol jika dibandingkan dengan strukturnya dalam sejarah.
Pembangunan infrastruktur kedua-dua kota tersebut khususnya Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi (atau Masjid Nabi) amatlah menonjol jika dibandingkan dengan strukturnya dalam sejarah.
Pembangunan Masjidil Haram oleh Yang Mulia Raja Salman bukanlah semata-mata dari aspek seni bina Islam, tetapi yang jauh lebih utama ialah untuk keselamatan jemaah Haji serta Umrah.
Antara penstrukturan semula kota Mekah ialah usaha mengatasi banjir yang pernah melanda Masjidil Haram pada 1941, 1962 dan 1964. Misterinya semua kejadian banjir itu berlaku pada hari Rabu.
Ia bukanlah fenomena alam yang aneh kerana ia juga pernah berlaku pada zaman kepimpinan Khalifah Umar bin Al Khattab RA pada tahun 17 Hijrah.
Hari ini dengan penstrukturan sistem pengaliran di kota Mekah kejadian banjir telah dapat dielakkan.
Di samping itu, laluan Tawaf di Masjidil Haram juga telah dibangunkan dengan begitu canggih apabila dibina laluan bertingkat yang mengelilingi Kaabah.
Kemudahan laluan di tingkas teratas untuk jemaah kurang upaya juga disediakan bagi memudahkan para jemaah mengerjakan tawaf
Laluan tawaf tiga tingkat
Ratusan tandas awam, tempat wuduk, kemudahan pili air zamzam serta ruang solat juga telah diperluaskan dengan penuh keselesaan untuk para jemaah menunaikan ibadat. Kebersihan kawasan juga dipastikan terjamin.
Kerajaan Arab Saudi turut melaksanakan projek peluasan Masjidil Haram yang terbesar pernah dilakukan dalam sejarah Islam. Projek yang telah menelan belanja USD21.3 bilion atau kira-kira RM86 bilion itu merangkumi pembinaan bangunan tujuh tingkat mengandungi 74 dewan solat, sebuah dewan sembahyang utama seluas 250,000 meter persegi dan kawasan tawaf seluas 5,000 meter persegi.
Usaha ini telah melebarkan kawasan tawaf yang hanya mampu menampung 22,000 ribu jemaah setiap jam, kepada 105,000 jemaah setiap jam.
Selain itu, kejadian rempuhan yang berlaku di kawasan Jamarat di Kota Mina di Timur Mekah kerana kesesakan laluan jemaah Haji pada tahun 2015, juga telah dibaikpulihkan.
Projek ini telah melebarkan laluan jemaah dan sistem aliran jemaah juga diubah dari dua hala kepada satu hala tanpa bertembung. Manakala tempat Jamrah juga dibangunkan dengan lima tingkat tempat melontar yang menelan belanja lebih RM5 bilion.
Pembangunan bangunan Jamarat di Mina
Keadaan tidak sesak di Jamarat
Sasaran kerajaan Arab Saudi ialah meningkatkan bilangan jemaah umrah kepada 30 juta orang setahun menjelang 2030, berbanding tujuh juta ketika ini, di samping menambah jemaah haji kepada 4.5 juta berbanding 3 juta seperti sekarang bagi tempoh sama.
Khemah kalis api di Mina
Kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan khemah kalis api di Mina berdekatan dengan tempat Jamarat yang boleh menampung kira-kira 2 juta jemaah Haji pada satu masa.
Transformasi kemudahan Haji dan Umrah telah diangkat sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030 Arab Saudi selaku Penjaga Dua Kota Suci.
Satu daripada kerangka utama Wawasan 2030 ialah memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah dalam urusan Haji dan Umrah.
Arab Saudi juga akan meningkatkan infrastruktur pembinaan trem dan pengangkutan awam lain serta perumahan baharu di Mina.
Lapangan terbang baharu juga telah dibina di Jeddah manakala kereta api berkelajuan tinggi ‘Ekspres Haramain’ bernilai AS$16 bilion juga telah siap dibina.
Ekspres Haraiman Mekah-Madinah
Ekspres Haramain boleh mencapai kelajuan sehingga 360 kilometer (km) sejam.
Stesen Ekspres Haramain
Projek yang turut dikenali sebagai ‘Kereta Api Barat’ atau ‘Kereta Api Berkelajuan Tinggi Mekah-Madinah’ itu merangkumi jarak sejauh 453km.
Ia menghubungkan Madinah dan Mekah menerusi Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, merangkumi laluan utama sepanjang 449.2km dan jajaran penghubung 3.75km ke lapangan terbang.
Perkhidmatan itu dijangka memanfaatkan sehingga 60 juta penumpang setahun, termasuk jutaan jemaah haji dan umrah. Pembinaannya dimulakan pada Mac 2009.
Dengan kelajuan operasi 300km sejam, kereta api itu akan mengurangkan masa perjalanan antara Mekah dan Madinah kepada kurang dua jam, berbanding enam jam menaiki bas.
Berikut adalah kronologi visual yang memperlihatkan perubahan infrastruktur Masjidil Haram: