Adakah setelah Merdeka terdapat mana-mana puak yang menjadi ekstremis agama di negara ini?
Perlukah Mahathir menghantar 3000 anggota polis untuk menyerang orang Kampung Memali yang berjumlah 20-30 orang sahaja pada 19 November 1985?
Dengan itu adakah wajar penduduk kampung Memali yang tidak berdosa dibunuh hanya kerana mempertahankan guru agama?
Kenapakah pengganas Kuil Mariamman Seafield tidak dibunuh sebagaimana orang Kampung Memali dibunuh?
Anak mangsa pembunuhan di Memali menganggap Mahathir sebagai biadap dalam kempen PRU14 apabila dia mengatakan bahawa orang-orang Kampung Memali yang mati sebagai mati katak
Mahathir membohongi rakyat mengatakan orang Kampung Memali membunuh polis
Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang dulunya menentang Mahathir dan membela orang Kampung Memali kini menyokong Mahathir setelah diberikan dedak munafikun
Mat Sabu pernah berkata bahawa tangan Mahathir berlumuran dengan darah syahid Memali, tetapi kini adakah Mat Sabu telah menjilat darah di tangan Mahathir itu?
Isu Memali bukan isu pemberontakan orang kampung, sebaliknya isu Memali adalah isu serangan pihak berkuasa terhadap orang-orang kampung yang tidak mempunyai senjata dalam ‘Operasi Hapus’.
Perang saudara di Syria amat kusut kerana ia melibatkan pelbagai pihak termasuk rakyat Syria sendiri serta penglibatan beberapa kuasa luar serta golongan ekstremis militan seperti Al-Qaeda, Kurdis dan ISIS.
Ia telah bermula sejak 2011 dan terus berlarutan sehingga mengakibatkan 210 ribu nyawa yang kebanyakannya terdiri daripada orang awam bersama 25 ribu kanak-kanak yang tidak berdosa.
Dalam pada itu pula, 6 juta rakyat Syria menjadi pelarian di negara sendiri, manakala lebih ramai lagi yang berkemampuan telah meninggalkan Syria.
Pada mulanya ia adalah satu perbalahan antara rakyat yang mahukan demokrasi supaya kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad mahu mendengar pandangan dan keluhan mereka.
Emosi dan desakan rakyat melonjak dengan gelombang ‘Arab Spring’ di beberapa negara Teluk atas nama demokrasi, sedangkan Bashar Al-Assad tidak dapat menerima aliran pemikiran yang dilihatnya lebih kepada hasutan pihak Barat.
Kehendak dan suara rakyat lantas membina revolusi yang tidak dapat diterima oleh Assad lalu bertindak dengan kuasa ketenteraan. Rakyat sekadar mahu suara mereka didengari kerajaan Bashar bukannya dibalas dengan kuasa ketenteraan.
Lebih malang lagi apabila Bashar bukan sahaja mahu rakyat menutup mulut mereka, sebaliknya terus bertindak ala autoritarian atau diktator dengan serangan bom ke atas rakyat awam yang hanya mempunyai kekuatan suara sahaja.
Tindakan ketenteraan Bashar yang pertama ke atas rakyat Syria berlaku pada Mac 2011, apabila Bashar menyerang demonstrasi aman rakyat.
Keadaan menjadi lebih kusut apabila terdapat dalam kalangan tentera yang turut bersama rakyat, lalu bertindak balas menentang pihak tentera Bashar dengan senjata.
Malahan pada 21 Ogos 2013 dunia terus digemparkan apabila Bashar dituduh menggunakan senjata kimia di Timur Ghoutah iaitu kawasan pinggir Bandar Damsyik dengan 1400 kematian termasuk sebahagian besarnya kanak-kanak yang tidak berdosa.
Lantas terbentuklah daripada kalangan rakyat, kumpulan pejuang demokrasi yang dinamakan Free Syrian Army (Tenterta Pembebasan Syria) atau FSA bertujuan menentang Bashar. Maka bermulalah perang saudara antara rakyat (FSA) dengan pemerintahan diktator Bashar Al-Assad.
Negara tetangga seperti Arab Saudi, Qatar, Turki dan yang lainnya amat gusar sekiranya perang saudara Syria turut merebak, apatah lagi ia melibatkan negara Syiah Iran yang membawa aliran agama yang bertentangan dengan Islam.
Israel yang sememangnya amat memusuhi Iran juga amat tidak tenteram dengan perang saudara di Syria itu.
Negara Eropah pula kesal kerana perbalahan dalam perang saudara Syria itu terus menutup harapan mereka untuk mendapatkan bekalan gas dari Qatar melalui saluran yang melintasi Syria. Bekalan gas amat penting terutamanya pada musim sejuk.
Orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak cuba menyelamatkan diri di bandar Douma, yang dipertahankan oleh pasuka FSA.
Manakala Rusia pula membantah projek saluran gas yang akan dibina dari Qatar melintasi Syria ke negara-negara Eropah supaya bekalan gasnya yang sedia ada kepada negara-negara berkenaan tidak terjejas. Syria patuh kepada bantahan Rusia.
Iran pula mengambil kesempatan untuk memperluaskan pengaruh fahaman Syiah di Syria mahupun di negara-negara Teluk yang lain. Dengan matlamat sedemikian, atas alasan mahu membantu Bashar, Iran telah memberikan bantuan ketenteraan baik dari segi senjata mahupun unit tentera.
Perkembangan sedemikianlah yang telah membuatkan miroriti Syiah yang membentuk hanya 8%-9% daripada jumlah penduduk Syria mendominasi kuasa ketenteraan dan politik Syria dan menjadikan Bashar sekadar boneka Syiah Iran.
Manakala 91% lagi yang majoritinya adalah umat Islam Sunni yang berpegang kepada fahaman Ahlul-Sunnah Waljamaah, telah menjadi mangsa keganasan ektremis Syiah. Dengan kuasa dan kekuatan tentera yang ada pada golongan Syiah dari tentera Iran, rakyat awam dari kalangan wanita diperkosa dan kanak-kanak dibunuh, manakala kaum lelaki Sunni diseksa dan dibunuh.
Walau bagaimanapun sememangnya kumpulan-kumpulan militan seperti Al-Qaeda, Kurdis dan ISIS sudahpun bertapak dan menguasai beberapa daerah di Syria.
Untuk mengelirukan dunia bahawa dia sedang menentang kumpulan pelampau Militan Islam seperti ISIS dan Al-Qaeda, Bashar telah membebaskan banduan-banduan yang menggolongkan diri mereka sebagai mujahid. Pembebasan golongan ini mewajarkan lagi tindakan Bashar sebagai memerangi ektremis militan Islam apabila golongan ini mempengaruhi FSA dan turut berjuang bersama mereka menentang Bashar.
Malah dalam konteks strategi peperangan Bashar dan tenteranya yang terdiri daripada tentera Syiah Iran telah menggunakan kanak-kanak dan wanita sebagai perisai untuk menentang serangan FSA serta pihak yang bersama FSA.
Dunia kini melihat bahawa FSA serta pasukan yang membantu mereka sebagai ganas kerana telah menyerang orang awam, sedang apa yang berlaku sebenarnya ialah wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai oleh pihak Bashar.
Pemimpin negara-negara Teluk pula tidak dapat menerima pengaruh Syiah Iran di Syria serta keganasan yang wewenang ke atas rakyat dan orang awam yang tidak berdosa.
Dengan itu jugalah penyokong Ahlul Sunnah Waljamaah dari negara-negara Islam seperti Indonesia dan ada juga dari Malaysia yang turut terlibat membantu FSA.
Pada 7 April 2018, Bashar telah didakwa menggunakan senjata kimia untuk menyerang pemberontak FSA di Douma, Syria. Douma adalah bandar terakhir yang dikuasai oleh pihak pemberontak di wilayah Ghouta Timur yang sedia dikepung oleh tentera Bashar dengan bantuan Rusia.
Kanak-kanak yang tidak berdosa turut menjadi mangsa perang saudara Syria
Dalam serangan itu lebih 500 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 70 mangsa maut dalam rumah dan jumlah kematian meningkat dari sehari ke sehari. Dianggarkan 1000 lagi mangsa sedang menderita akibat senjata kimia tersebut.
Tragedi itu disahkan oleh pasukan keamanan White Helmets yang turut membantu orang awam yang menjadi mangsa perang saudara Syria.
Pasukan White Helmets membantu orang awam yang menjadi mangsa serangan tentera Bashar
Pada April 2017, tentera Bashar juga telah diperakui oleh pasukan keselamatan PBB atas tuduhan menggunakan kimia beracun untuk menentang rakyat yang memberontak. Lebih 80 mangsa daripada kalangan orang awam telah terbunuh.
Penggunaan senjata kimia oleh tentera Bashar telah membangkitkan kemarahan dunia termasuk Amerika Syarikat, Britain, Peranchis, Jerman, Denmark dan Belanda.
Sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia Syria pada April tahun lalu, Amerika telah mengarahkan bedilan peluru berpandu Tomahawk untuk memusnahkan pangkalan udara Syria tanpa mempedulikan amaran Rusia.
Serangan ke atas Syria turut disertai oleh sekutu Amerika Syarikat iaitu Britain dan Peranchis apabila Bashar didakwa menggunakan senjata kimia yang amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Syria, malah turut mengancam keselamatan dunia.
Arab Saudi, Turki dan Qatar juga telah turut membantu menyelamatkan rakyat Syria yang tidak berdosa. Apatah lagi pengaruh Syiah Iran di negara jiran itu adalah ancaman besar kepada agama Islam yang berpegang kepada Sunnah dan Al-Quran. Golongan Syiah Iran tidak berpegang kepada Al-Quran Nur Karim sebaliknya mereka mempunyai kitab mereka sendiri.
Penganut Syiah juga tidak berpegang kepada Sunnah Rasulullah SAW, sebaliknya hanya merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh pencatat yang mereka golongkan sebagai Al-Baits. Ia amat mengecewakan kerana Syria atau dulunya dikenali sebagai Syam, telah menjadi negara tempat Rasulullah SAW berniaga.
Di Malaysia ajaran dan amalan agama Syiah digolongkan sebagai sesat dan terkeluar daripada ajaran Islam yang tulen.
Walau bagaimanapun perkembangan di Syria pastinya tidak menjanjikan apa-apa kemenangan kepada golongan rakyat yang menentang Bashar, Syiah Iran dan Rusia.
Perkembangan mutakhir memperlihatkan Bashar telah menguasai kawasan FSA, di Damsyik, dan Ghouta Timur.
Tragedi pemerkosaan oleh tentera Syiah keatas wanita, pembunuhan kanak-kanak dan kezaliman ke atas tahanan perang terus menjadi-jadi tanpa belas kasihan.
Apa yang dikhuatiri, dengan kemelut sedemikian, Syria berpotensi menjadi punca kepada Perang Dunia Ketiga.
Konflik perang saudara di Yaman telah tercetus kerana perbezaan fahaman keagamaan antara penganut Islam Sunni dengan puak Syiah yang ditajai oleh negara Syiah Iran.
Kesesatan golongan Syiah terlihat pada amalan-amalan yang menyelewengkan akidah yang tidak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya mereka mempunyai kitab mereka sendiri.
Yaman sebuah negara miskin yang sedang cuba sedaya upayanya untuk membangun dari aspek ekonomi sekaligus menentang kemiskinan, kelaparan, kesihatan dan penyakit berjangkit.
Namun kemelut politik seakan-akan menghancurkan segala usaha untuk merobah struktur ekonominya dan menentang masalah yang bertitik tolak daripada kemiskinan.
Kini Yaman ditujah dengan perang saudara yang amat dahsyat dengan penglibatan kerajaan Syiah Iran yang menyokong puak Houthi dan mengambil kesempatan daripada gejala kemiskinan rakyat Yaman.
Perang saudara Yaman itu telah meragut lebih 10,000 nyawa dan mengheret 15 juta rakyat Yaman ke kancah krisis makanan, manakala 5 juta lagi terjerumus dalam krisis kebuluran.
Segalanya bermula dengan isu kecil yang tidak wajar diapi-apikan sebaliknya ia terus membakar kehidupan rakyat yang sedia dihimpit dengan kemiskinan dan kebuluran.
Isu yang dilihat sebagai punca meletusnya perang saudara di Yaman ialah isu perselisihan antara golongan Syiah dan Sunni yang berfahaman Ahlul Sunnah Waljamaah yang meletus sejak 2015. Namun dilihat juga oleh penganalisis geopolitik sebagai telah disemarakkan oleh gejala ‘Arab Spring’ pada 2011.
Kemelut perselisihan menjadi lebih parah apabila negara Syiah Iran yang sememangnya cuba melebarkan pengaruh fahaman sesatnya dalam kalangan umat Islam yang berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah di Timur Tengah.
Hasilnya sehingga sekarang, hampir 15.9 juta penduduk Yaman berdepan masalah kekurangan makanan, 5 juta sedang menghadapi kebuluran manakala 2.8 juta lagi menjadi pelarian.
Negara-negara Islam yang menjadi jiran-tetangga serta tegar mempertahankan ajaran suci Islam yang berpegang kepada ajaran Ahlul Sunnah Waljamaah, tidak mahu berdiam diri untuk membantu Yaman.
Presiden Yaman yang sah Abdul Rabbuh Mansur Hadi terpaksa membawa diri ke Arab Saudi pada 2015 kerana ancaman peperangan yang amat rencam dan ganas.
Sejak itu Yaman berada pada tangan Ali Abdullah Saleh yang dikatakan disokong oleh puak pemberontak Houthi.
Namun pada November 2017, Ali cuba mengendurkan kuasa Houthi dengan menubuhkan pasukan ketenteraan yang tidak lagi dikuasai oleh puak pengganas Houthi.
Perubahan tersebut dilihat sebagai sambutan Ali terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta saranan perdamaian yang diterajui oleh Arab Saudi dan sokongan sembilan negara Islam yang lain yang merupakan sekutunya iaitu Mesir, Maghribi, Jordan, Sudan, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Somalia.
Lantas Ali Abdullah Saleh cuba menolak keganasan puak Syiah dan berusaha mewujudkan hubungan baik dengan mantan Presiden Abdul Rabbuh di Arab Saudi.
Dalam misi perdamaiannya, Ali cuba mengadakan perbincangan langsung untuk penyelesaian perang saudara itu, namun Ali telah ditanggapi sebagai pengkhianat dan ‘halal dibunuh,’ oleh puak pengganas Houthi.
Pada Disember 2017, Ali Abdullah Saleh telah disahkan dibunuh oleh puak Syiah di Marib Yaman ketika berada dalam kenderaannya menuju Arab Saudi dalam misi perdamaiannya dengan Presiden Abdul Rabbuh.
Sejak itu kepimpinan Syiah di Yaman diambil alih oleh waris Houthi iaitu Abdul Malik Badreddin Al-Houthi yang digolongkan oleh penganalisis geopolitik sebagai pemimpin Houthi tulen Yaman yang bersekongkol dengan kerajaan Syiah Iran.
Kematian Ali juga telah menggagalkan usaha perdamaian Arab Saudi dan sekutunya .
Pada awal bulan Januari, dron canggih pihak Houthi yang ditaja oleh Iran telah mengebom pusat tentera Yaman di Sanaa dan membunuh 5 orang tentera serta mencederakan 20 yang lain.
Dron tersebut membawa 70 hingga 100 kg bahan letupan dan diletupkan ketika pasukan tentera Yaman sedang mengadakan perbarisan. Sebagaimana biasa kerajaan Syiah Iran menafikan penglibatannya.
Duta Yaman di Malaysia, Dr Adel Mohamed Ali BA Hamid turut memperakui bahawa puak pemberontak Houthi yang dibantu oleh kerajaan Syiah Iran telah membunuh rakyat Yaman setiap hari tanpa belas kasihan.
“Puak Houthi membunuh tentera Yaman dan menjadikan kanak-kanak sebagai perisai manusia dalam peperangan tersebut.
“Kami terlalu sedih dengan kematian orang awam yang tidak bersalah,” kata Dr Adel sebagaimana dipetik daripada Bernama.
Meskipun keadaan masih belum kembali pulih namun ramai pemerhati geopolitik melihat peranan Arab Saudi sebagai usaha yang terpuji, terutamanya dalam hal membantu mangsa perang serta mempertahankan Yaman daripada pengganas Houthi.
Sementara itu, Adel memuji usaha pakatan negara Arab dalam membantu Yaman menerusi kempen ketenteraan ke atas pemberontakan Houthi.
Beliau berkata pakatan itu turut menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Yaman dalam membangunkan semula negara tersebut melalui Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman dan Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menteri Informasi Yaman, Muammar Al-Iryani juga turut berterima kasih kepada Arab Saudi yang telah membantu menstabilkan situasi di Yaman dengan bantuan kemanusiaan serta kawalan ketenteraan bagi melindungi rakyat Yaman.
Video keganasan Pengganas Syiah di Iraq, dimuat turun dari Youtube
Keganasan puak pengganas Syiah di Iraq dalam misi mereka menghapuskan umat Islam yang mengamalkan ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah atau dikenali sebagai kaum Sunni, telah berleluasa di kawasan yang mereka kuasai.
Keganasan dilakukan oleh pihak berkuasa melalui pasukan polis.
Hampir setiap hari tubuh mayat yang dikerat-kerat ditemui di Baghdad akibat dibunuh dalam misi penghapusan etnik Sunni dalam strategi zalim yang bersistematik
Pembunuh-pembunuh yang terlibat adalah pihak keselamatan iaitu Polis yang bersekongkol berfahaman Syiah dan di belakang mereka adalah golongan ahli politik Syiah
Golongan pengganas ini adalah golongan yang diberikan kuasa untuk membina masa depan Iraq
Rakyat Iraq berada dalam ketakutan manakala pemberita dan jurugambar akan dibunuh sekiranya membuat laporan dan mendedahkan apa yang sedang mereka lakukan
Kumpulan pengganas Syiah ini bukanlah pihak yang bertugas untuk kerajaan Demokratik Iraq yang baru ditubuhkan, sebaliknya mereka adalah puak Militan Syiah
Di kawasan yang tidak dikawal oleh pihak kerajaan Demokratik Iraq, pastinya akan dikuasai oleh pengganas Militan Syiah
Pengganas ini akan membunuh, menculik dan menjalan kegiatan mereka di rangkaian penjara yang dirahsiakan
Salah satu penjara yang dijadikan pusat keganasan Militan Syiah ialah penjara kerajaan Saddam Hussein yang sepatutnya sudahpun ditutup dan tidak lagi berfungsi. Sebaliknya pihak polis dari Militan Syiah telah menjadikannya pusat operasi keganasan Militan Syiah
Di penjara itu mereka telah memenjarakan ratusan pemuda Sunni yang tidak pernah disabitkan dengan apa juga kesalahan jenayah, sebaliknya dituduh dengan tuduhan-tuduhan palsu yang direka-reka
Kebanyakan daripada mereka telah didera secara seksual oleh polis Militan Syiah, termasuk salah seorang pemuda yang merupakan seorang imam di sebuah masjid Sunni
Imam muda tersebut telah dipaksa mengaku terlibat dalam satu kes pembunuhan, jika tidak seluruh keluarganya akan diperkosa
Menteri Keselamatan dalam Negeri yang bertanggung jawab bagi pasukan polis ialah Viyan Jabbar yang merupakan pengikut Syiah
Banyak bukti yang mensabitkan Jabbar dengan jenayah keganasan Militan Syiah
Jabbar sepatutnya dibawa ke mahkamah antarabangsa untuk didakwa sebagai penjenayah perang
Pendedahan ini hanyalah dibuat pada sebuah penjara rahsia, manakala terdapat puluhan lagi penjara yang dijadikan pusat keganasan Militan Syiah
Sepuluh ahli keluarga imam muda yang diseksa itu pernah datang melawatnya di penjara, tetapi mereka kemudiannya telah diculik oleh pihak polis dan komando Militan Syiah
Mereka kemudiannya telah ditembak mati dan ditemui dibuang di tepi jalan. Namun dengan dakyah pihak pihak Militan Syiah, di sisi mayat mereka tertulis “Tahniah kepada mereka yang telah dibunuh eksterimis Sunni.”
Pendedahan ini hanya merupakan salah satu keganasan yang berlaku ketika Jabbar menjadi Menteri Keselamatan dalam Negeri.
Beberapa tahun lalu, saya mengenali seorang pelajar Sarjana, rakyat Palestin berusia 29 tahun, yang menuntut di sebuah universiti awam di Malaysia.
Pada hari dia menamatkan pengajiannya, saya telah bertanya adakah dia mahu tinggal dan kekal bekerja di Malaysia.
Pantas dia menjawab bahawa dia akan kembali ke Palestin dan terus berjuang membela negaranya, meskipun dia mungkin terpaksa menggadai nyawa kerana saban hari ada sahaja kematian akibat menentang keganasan Israel.
Saya bertanya lagi, tidakkah sengketa dengan Israel masih belum tamat dan kadar pengangguran agak tinggi di Palestin?
Anak-anak Palestin yang turut merasai penderitaan konflik Palestin-Israel
Dia menjawab tanpa rasa kekesalan, “Itulah dugaan Allah kepada kami, namun saya bersyukur kerana banyak negara Islam membantu survival kami, terutamanya Arab Saudi.”
Mungkin masyarakat Malaysia kurang mendalami peranan Arab Saudi sebagai negara yang tidak pernah lekang membela negara Palestin dan kebajikan rakyatnya.
Sebagai antara 10 negara yang mempunyai keupayaan ketenteraan terkuat di dunia, Arab Saudi sentiasa berada di sisi Palestin.
Malahan Raja Arab Saudi, baginda Raja Salman Abdul Aziz Al Saud pernah mengingatkan dunia bahawa Palestin sentiasa tersemat dalam hati nurani masyarakat Arab.
Raja Salman Abdul Aziz Al Saud: Palestin sentiasa di hati
Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan geopolitik yang perlu dijaga oleh kerajaan Arab Saudi supaya kekuasaan Israel tidak merebak menjajah negara berdekatan yang lain.
Raja Salman Abdul Aziz juga telah meyakinkan para sekutu Arab, bahwa Arab Saudi akan tetap membela Palestin dan tidak akan tunduk kepada Israel dan konconya yang cuba menjadikan Baitulmuqaddis pusat pentadbiran Israel.
Pendirian Arab Saudi juga turut menjadi pegangan kepada sekutunya Mesir, Maghribi, Jordan, Sudan, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar dan Bahrain.
Adalah amat salah bagi sesetengah penganalisis geoplotik yang memberi persepsi bahawa Raja Salman telah mengabaikan kuasa yang ada pada baginda dalam hubungan diplomatik dengan Palestin.
Baginda Raja Salman adalah tokoh yang membuat keputusan terutamanya dalam pendirian multilateral tentang kedudukan Israel dan pembelaan terhadap Palestin serta penentangan mereka ke atas pengaruh kuasa Syiah Iran.
Dengan rancangan dan pengaruh Amerika Syarikat, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, dikatakan ditekan untuk menerima perancangan Washington yang mahu memberikan kuasa pemerintahan yang terhad kepada Palestin.
Pastinya perancangan Amerika itu menyimpang daripada Perjanjian Damai LIga Arab yang diketuai oleh Arab Saudi pada 2002 untuk kebebasan penuh Palestin dan pengunduran Israel daripada wilayah yang menjadi rebutan pada perang Palestin-Israel 1967.
Sebagaimana pendirian dan titah Raja Salman kepada Presiden Mahmoud Abbas, “Kami (Arab Saudi) tidak akan membiarkan kamu keseorangan… Kami menerima apa yang kamu terima dan kami menolak apa yang kamu tolak.”
Persidangan Liga Arab 2018 lalu, yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Antarabangsa King Abdul Aziz di Dhahran telah diistiharkan oleh Raja Salman sebagai “Persidangan Kemuncak Bailtulmaqdis.”
Perkara asas daripada titah baginda ialah “Isu Palestin adalah isu keutamaan kita dan kekal sebagai isu utama,” dan memutuskan bahawa Bailtulmuqaddis mesti dikembalikan kepada Palestin di samping membantah keras keputusan pentadbiran Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis.
Pada persidangan itu, baginda juga telah menyumbangkan peruntukan USD50 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNRWA) dan USD150 juta kepada Program Bantuan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis sambil menegaskan bahawa Baitulmuqaddis seharusnya menjadi ibu negara Palestin.
Arab Saudi juga menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil pendirian yang tegas terhadap dasar perluasan pengaruh oleh Iran di rantau berkenaan yang mencetuskan pergolakan seperti di Syria dan Yaman.
Menurut Raja Salman, keselamatan dunia Arab adalah satu sistem yang lengkap dan tidak dapat memisahkan Palestin. Presiden Abbas juga melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas sokongan Arab Saudi dan Liga Arab terhadap rakyat Palestin, isu perjuangan Palestin, konflik tentang Baitulmuqaddis serta kawasan sucinya.
Abbas turut memuji Arab Saudi kerana terus menyokong hak rakyat Palestin menubuhkan sebuah negara bebas dengan Timur Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya.
Kesultanan Arab Saudi yang merupakan negara terbesar di rantau MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) dianggarkan mempunyai 15.7% sumber minyak mentah dunia dan dengan itu ia menjadi negara pengeluar petroleum terbesar dunia.
Industri pengeluaran minyak mentah Arab Saudi telah menyumbang 30-40% KDNK negara itu tidak termasuk sektor ekonomi yang melibatkan proses pemasaran minyak mentah.
Mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepada sumber minyak telah menjadi sebahagian daripada matlamat negara sejak 1970-an lagi. Walau bagaimanapun matlamat ini tidak terlaksana secara konsisten kerana ia amat bergantung kepada harga minyak mentah dunia.
Dengan itu keutamaan telah diberikan kepada usaha untuk membangunkan sumber pendapatan kerajaan daripada pencukaian, yuran dan pendapatan daripada pelaburan luar negara.
Alternatif utama yang lain ialah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat dan perbelanjaan awam kepada subsidi kerajaan, meningkatkan pendapatan rakyat, menambah baik kegiatan ekonomi yang disumbangkan oleh sektor swasta supaya bertambahnya peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan KDNK negara.
Putera Mahkota Mohammad bin Salman, Perancang Wawasan 2030 Arab Saudi
Walau bagaimanapun, bertitik tolak pada 25 April 2016, di bawah perancang ekonominya, Putera Mahkota Mohammad bin Salman, yang juga merangkap Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan (CEDA), telah mewartakan ‘Wawasan 2030 Arab Saudi’.
Wawasan 2030 Arab Saudi mendukung tiga tunggak utama:
Mempertahankan status negara sebagai pusat dunia Arab dan Islam sedunia
Keazaman untuk menjadi pusat pelaburan global
Menjadikan negara sebagai hub perhubungan bagi tiga benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika
Pelan tindakan Wawasan 2030 Arab Saudi antara lain telah menggariskan perancangan utama untuk mengurangkan penggantungan negara kepada industri pengeluaran petroleum, mendiversifikasikan (mempelbagaikan) sumber ekonomi negara, membangunkan sektor perkhidmatan awam seperti kesihatan, pendidikan, infrastruktur, rekreasi dan pelancongan.
Wawasan 2030 Arab Saudi juga mendukung matlamat untuk memperkukuhkan aktiviti ekonomi dan pelaburan, memperbanyakkan industri perdagangan yang bukan berasaskan minyak, serta meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dalam aspek pembuatan senjata.
Wawasan 2030 Arab Saudi: antara matlamat wawasan
Wawasan 2030 Arab Saudi terbina atas tiga tunggak yang mengandung matlamat untuk dicapai pada tahun 2030, khususnya:
Masyarakat yang beriltizam tinggi untuk meningkatkan potensi negara dalam aspek urbanisasi, budaya dan rekreasi, sukan, umrah, pusat warisan UNESCO, jangka hayat rakyat
Memperkukuhkan ekonomi yang berkembang maju melalui: memperkembangkan sektor pekerjaan, membuka ruang kepada wanita sebagai tenaga kerja, persaingan antarabangsa, dana pelaburan awam, pelaburan langsung luar negara, menambahbaikkan sektor swasta, menggiatkan ekport produk bukan berasaskan petroleum
Membina sebuah bangsa yang bercita-cita tinggi dengan tumpuan kepada: pendapatan industri bukan berasaskan petroleum, keberkesanan pemerintahan serta e-kerajaan, peningkatan simpanan dan pendapatan, menggiatkan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan serta bersifat sukarela
Dengan itu Wawasan 2030 Arab Saudi dilihat sebagai suatu transformasi masa depan negara yang amat proaktif bukan sahaja dari aspek diversifikasi perekonomiannya malah meliputi aspek sosio-budaya, sektor perkhidmatan, infrastruktur serta peranannya dalam peta antarabangsa sebagai juara ekonomi MENA serta kepimpinan ke-Islaman dunia.
*End*
Nota: Dr Alimin Muslimin ialah Perunding Media dan juga merupakan sarjana geopolitik