KREATIVITI, INOVASI, SAINS DAN TEKNOLOGI MENJADI KEKUATAN ERA PASCA MINYAK ARAB SAUDI

Arab Saudi sudah merancang dan berada pada era pelaksanaan Wawasan 2030 yang antara lain, sasaran utamanya ialah tidak lagi meletakkan penggantungan ekonominya kepada minyak.

Image result for Crown Prince muhammad bin salman Vision 2030
Putera Mahkota Muhammad Bin Salman, Peneraju Wawasan 2030 Arab Saudi

Dengan itulah perancangan ‘Era Pasca Minyak’ dengan erti kata penggantungan ekonominya kepada minyak akan perlahan-lahan berganjak kepada ekonomi yang berteraskan inovasi dan kreativiti sains dan teknologi.

Malahan cogan kata “Inovasi dan Kreativiti’ telah menjadi laungan di negara-negara Teluk, sebagai suatu gerakan transformasi ekonomi yang tidak lagi bergantung kepada minyak, sebaliknya industri yang berteraskan inovasi dan kreativiti.

Pada 21 April lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga telah mengisytiharkan ‘Hari Kreativiti dan Inovasi’ yang diangkat sebelumnya pada tahun 2017 dan diperakui sebagai “kekuatan sejati negara-negara maju dalam abad ke-21”.

Arab Saudi juga tidak ketinggalan apabila telah menggerakkan suntikan dan menanam kualiti inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyatnya yang berbakat untuk memacu ekonomi pada ‘era pasca minyak’ nanti.

Dr Hayat Sindi, saintis wanita pertama Arab Saudi yang dilantik menjadi Duta Kebajikan UNESCO untuk bidang sains.

Sesuatu yang amat membanggakan apabila Dr Hayat Sindi menjadi saintis wanita pertama Arab Saudi yang dilantik sebagai ‘Duta Kebajikan UNESCO’ bagi bidang sains.

Dr Sindi menegaskan, “Menyemai benih untuk meningkatkan ekonomi adalah hala tuju terbaik untuk mengelakkan kemiskinan, baik di Arab Saudi mahupun di seluruh dunia.”

“Sains, teknologi dan inovasi menawarkan banyak penyelesaian namun tidak pernah ada keperluan yang lebih besar untuk mengatasi cabaran pembangunan modern. Apabila kita mendekati 2030, ketika kerajaan dunia akan dinilai atas kemajuan 17 Sasaran Pembangunan Mampan (SDGs), sains, teknologi dan inovasi menjadi kunci kepada transformasi kita ketika menghadapi pembangunan.”

Pada 2016, Dr Sindi juga pernah dilantik oleh Ketua Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon sebagai salah seorang daripada 10-Ahli Kumpulan yang membantu pelaksanaan SDGs. Dr Sindi yakin inovasi dan kreativiti akan menjadi teras utama untuk mencapai sasaran serta memacu pembangunan ekonomi.

“Sekiranya kamu memberikan peralatan kepada rakyat untuk membina masa depan yang mampan, kamu akan turut membina kebanggaan mereka dan membolehkan mereka untuk memenuhi keupayaan mereka,” jelas Sindi.

“Sains, teknologi dan inovasi menawarkan penyelesain baru yang hebat, namun belum pernah ada keperluan yang lebih besar untuk jawapan kreatif yang hakiki kepada cabaran pembangunan dunia,” jelas beliau lagi.

Dr Hayat Sindi, Ketua Penasihat Saintifik Bank Pembangunan Islam Jeddah

Sebagai ketua penasihat saintifik di Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah, Dr Hayat Sindi percaya bahawa amat penting untuk melibatkan golongan muda dalam pembangunan untuk memacu perubahan yang bermakna.

Dr Sindi juga menegaskan bahawa antara perkara utama dalam semangat hidupnya adalah merapatkan jurang sedia ada dalam hal peluang pendidikan untuk golongan muda.

Beliau juga amat bersemangat untuk menggalakkan kemahiran sains dalam kalangan kaum wanita, khususnya di negara-negara membangun.

Golongan muda hendaklah diberikan kemudahan bantuan, latihan dan bimbingan supaya mereka memperoleh inspirasi sebagai penggerak inovasi bagi generasi dunia berikutnya.

Dr Hayat Sindi mendapat perhatian Majalah Entrepreneur Middle East

Dr Sindi yakin warisan Islam dan tradisinya memberikan kepada golongan muda umatnya harga diri dan menyeru mereka supaya menjadi ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan.

Kata Dr Sindi, “Pendidikan adalah kunci untuk menyemarakkan kemampuan generasi akan datang, dan kerana itu ia menjadi amat penting untuk memberikan bantuan dana untuk pendidikan dan latihan kemahiran yang membolehkan ia menerapi pasaran buruh serta memperbaiki kehidupan masa depan rakyat.”

Salah satu peranan bank adalah keterlibatannya untuk meletakkan sains, teknologi dan inovasi sebagai pusat operasinya. Dengan itu, Dr Sindi telah melancarkan Dana Plaform Transformasi dan Penglibatan, sejumlah USD500 juta untuk menyokong para inovasi mencari penyelesaian kepada cabaran pembangunan.

Wawasan 2030 menyokong hasrat kerajaan Arab Saudi untuk turut membantu ahli perniagaan tempatan serta memberikan inspirasi kepada golongan muda yang ingin meneroka peluang perniagaan dan membina kejayaan mereka.

Penanda kepada langkah-langkah inovasi ini di Arab Saudi boleh dilihat daripada penubuhan hub kreativiti seperti HAYY, yang berperanan sebagai pusat menyemai kreativiti dalam kalangan pengusaha dan peniaga.

****

KEPRIHATINAN ARAB SAUDI MEMBANTU PEMBANGUNAN DAN EKONOMI IRAQ

Kerajaan Arab Saudi lagi sekali telah menunjukkan keprihatinannya terhadap negara saudara seagama, apabila menghantar delegasi dalam membantu pembangunan kerajaan baharu Iraq, sejak jatuhnya kepimpinan Saddam Hussein pada 2003.

Semasa kemelut Iraq-Kuwait yang kemudiannya melibatkan ‘masuk-campur’ Amerika Syarikat, Iraq juga telah mencetuskan permusuhan dengan Arab Saudi apabila Riyadh diserang oleh peluru berpandu Iraq semasa perang Iraq.

Beberapa hari lalu, kerajaan Arab Saudi melalui ketua delegasi pelaburan luar negara ke Baghdad, Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Majid Al-Qassabi telah menjalin hubungan perdagangan khususnya untuk membantu pembangunan Iraq.

Perkara utama dalam rombongan delegasi pelaburan itu adalah semangat persaudaraan Islam bagi membantu Iraq yang pada peperangan Iraq 2003 telah hancur dan musnah.

Di samping itu Arab Saudi juga amat kecewa sebelumnya terhadap keadaan politik dalaman Iraq yang dipengaruhi oleh kerajaan Syiah Iran serta memberi kesan langsung terhadap rakyat Iraq yang berpegang kepada fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah (masyarakat Sunni).

Masyarakat Sunni Iraq telah ditindas, dipecah-belahkan, diketepikan serta ditekan dengan keganasan oleh pihak militan yang ditaja oleh kerajaan Syiah Iran.

Walau bagaimanapun atas tanggungjawab keselamatan, Arab Saudi telah mengambil langkah dan usaha yang wajar untuk mempertahankan identiti Iraq sebagai sebahagian daripada negara Arab serta kearabannya dari aspek budaya dan agama.

Isu tersebut tercetus apabila Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan dengan sombongnya mengisytiharkan bahawa Iraq akan menjadi sebahagian daripada negara Parsi yang condong keada Iran dan tidak akan lagi kembali kepada dunia Arab.

Menteri Pertahanan Iran, Hossein Dehghan telah mengisytiharkan bahawa Iraq adalah sebahagian daripada negara Parsi

Dengan tujuan yang sama, sejak perisytiharan itu, Arab Saudi telah bersikap lebih proaktif dalam dialog-dialog terbuka dengan pemimpin agama dan politik Iraq demi untuk mencari persefahaman supaya Iraq tidak dipulau oleh tetangga Arab di sekelilingnya. Arab Saudi juga cuba mencairkan pengaruh Iran di Iraq.

Pemimpin Arab Saudi amat sedar dan berwaspada terhadap keselamatan, hubungan politik, masalah sosial dan ekonomi yang telah dihadapi Iraq sejak pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq selama 16 tahun selepas tamatnya perang Iraq.

Sebahagian daripada usaha Arab Saudi adalah memperbaiki kebuntuan hubungan diplomatik antara Riyadh dan Baghdad melalui bantuan kewangan dan bantuan strategik kepada Iraq. Usaha sedemikian walau bagaimanapun seringkali disekat oleh Tehran.

Namun sejak lawatan Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul Mahdi ke Riyadh serta konferensi Baghdad yang mempertemukan delegasi Arab Saudi dan Iran, keadaan geopolitik bagi Iraq-Arab Saudi bertambah kendur.

Lawatan delegasi kepimpinan tertinggi Arab Saudi serta pemimpin penting badan ekonomi dan perdagangan Saudi telah diterjemahkan sebagai satu petanda positif serta usaha yang amat penting dalam hubungan dua hala Saudi-Iraq.

Mesyuarat Majlis Koordinasi Saudi-Iraq telah mengisytiharkan pembukaan kedutaan Saudi yang baru di Baghdad, perisytiharan kesediaan Saudi untuk membantu Iraq dalam pembangunan infrastruktur negara serta perisytiharan merombak undang-undang dan peraturan dalam hal menyediakan persekitaran pelaburan yang menarik kepada Saudi.

Tindakan positif Iraq juga adalah satu sokongan keyakinan kepada delegasi Raja Salman.

Kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan USD1 bilion dengan USD500 juta untuk membantu eksport Iraq and tambahan USD267 juta dalam bentuk pinjaman untuk membantu pembangunan projek dalam sektor tenaga, bahan api dan petrokimia bagi ‘tenaga diperbaharui’. Riyadh juga telah memberi jaminan untuk pembinaan sebuah kompleks sukan yang lengkap melalui pinjaman kewangan pada masa hadapan.

Sokongan Arab Saudi bertindan-tindih dengan dasar Trump dan pentadbiran Washington dengan sekatan ekonomi ke atas Iraq yang masih berkuat kuasa.

Bertentangan dengan dasar Amerika itu, Tehran pula telah menuntut kerjasama politik dengan Baghdad sebagai balasan kepada bantuan Iran mengenyahkan tentera Amerika daripada Iraq.

Sebaliknya Arab Saudi tidak mengenakan apa-apa tuntutan dalam usaha bantuan ekonomi serta pelaburannya terhadap Iraq.

Bagi sesetengah penganalisis geopolitik, Iran lebih condong kepada meracuni perjanjiannya dengan Iraq yang boleh mengakibatkan kemusnahan, kehancuran dan pecah belah.

Sedangkan Arab Saudi pula lebih cenderung menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kepada Iraq dan rakyatnya.

Ramai yang mungkin berfikir bahawa jumlah pelaburan yang besar Arab Saudi di Iraq adalah sesuatu yang amat berisiko kerana Iran amat mendesak untuk menjadikan kepimpinan Iraq sebagai boneka mereka.

**Tamat**

UMAT ISLAM WAJIB BANTU SELAMATKAN AL-AQSA DARI REGIM ZIONIS

Serangan bom regim Israel ke atas penduduk Palestin

Sebagai umat Islam, segala bentuk usaha untuk menyelamatkan Al-Aqsa serta solidariti dalam mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa sewajarnya disokong penuh dan menjadi wadah perjuangan dan jihad.

Rakyat Palestin yang sepatutnya menjadi pemilik mutlak Al-Aqsa dan Baitul Maqdis telah sekian lama menderita akibat penjajahan Israel akibat dakyah Barat.

Pada waktu terkini, wilayah milik Palestin semakin dihimpit, penduduknya saban hari ditindas dan dizalimi.

Perlahan-lahan regim Israel dengan niat mahu menyembunyikan daripada pengetahuan dunia telah menindas Palestin dan menggerakkan serangan penghapusan etnik supaya mereka bebas merampas keseluruhan bumi Palestin dan menjadikannya milik mereka.

Tahun lalu (2018), genaplah 70 tahun penubuhan negara haram Israel di bumi Palestin yang terkandung dalamnya Baitulk Maqdis dan Majid Al-Aqsa.

Semenjak itu beribu-ribu rakyat Palestin telah terkorban apa lagi yang cedera dan cacat seumur hidup kerana memperjuangkan hak mereka.

Pembunuhan, seksaan dan serangan Zionis ke atas wanita dan kanak-kanak Palestin

Perjuangan rakyat Palestin sewajarnya diangkat sebagai perjuangan seluruh umat Islam kerana di bumi itulah terletaknya kiblat pertama bagi ibadat umat Islam.

Malah masjid Al-Aqsa menjadi salah satu masjid suci umat Islam, selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kerakusan Zionis Yahudi-Israel dalam gerakan mereka merampas dan merompak bumi Palestin daripada umat Islam amat jelas apabila kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 sehingga kini, semakin meningkat hari demi hari. Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 78:

Marfumnya: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mantan Syeikh al-Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa Yahudi ini melalui bukunya “Banu Israel fi al-Quran wa as-Sunnah”, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya.

Pengeboman regim Zionis ke atas bumi Palestin yang tidak pernah berakhir

Bangsa Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan kaum Arab.

Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam, dan kini kedudukan masjid itu berada dalam keadaan yang amat membimbangkan akibat rentetan daripada pembinaan terowong-terowong di bawah tanah kawasan masjid oleh rejim Zionis yang menyebabkan kerosakan pada bangunan masjid yang semakin hari semakin parah.

Selain itu, kita amat kesal atas sikap biadap dan tidak bertanggungjawab sesetengah negara antarabangsa yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis-Israel ini.

Negara-negara kuasa besar dunia juga berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam.

Namun mereka bertindak proaktif dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Ia secara langsung membuka peluang yang besar bagi musuh-musuh Islam untuk terus menceroboh dan mencabul kesucian Islam.

Umat Islam, tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan yang memusuhi Islam. Kerana Allah telah memberikan peringatan bahawa golongan ini tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan umatnya melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah menerusi surah al-Baqarah ayat 120:

Marfumnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Islam sebagai agama rahmah amat mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam).

Islam melarang keras sebarang bentuk kezaliman dan membiarkan muslim yang lain dizalimi. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:  

Marfumnya: Daripada „Abdullah bin „Umar RA berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat (membantu) saudaranya, maka Allah akan melaksanakan (membantu) hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Umat Islam bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama di Palestin, tetapi juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama Islam. 

Baitul Maqdis adalah lokasi berlakunya Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa jika terdapat sesiapa yang beribadah dalamnya.

Di Malaysia, sebuah NGO -Aman Palestin banyak membantu Palestin dalam program mereka

Oleh itu, umat Islam mestilah bersama-sama mengambil tindakan berikut.

  • Pertamanya, menyalurkan bantuan ekonomi dan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Kedua, memperkasa penggunaan perkhidmatan dan produk keluaran orang Islam dan pengusaha tempatan serta mengelakkan segala perkhidmatan dan barangan keluaran negara berkenaan.
  • Ketiga, menginsafi akan bahaya perpecahan dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah dalam kalangan negara Islam seluruh dunia bermula di negara kita.
  • Keempat, memastikan bahawa penjenayah perang tehadap Palestin dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

Umat Islam hendaklah bersama-sama bertindak untuk turut berperanan dalam isu Palestin, membela dan membantu saudara seagama di sana dengan segala kemampuan yang ada.

Firman Allah dalam Surah Al-Nur, Ayat 55,

Marfumnya: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal solih dalam kalangan kamu, bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa di bumi, sebagaimana Ia menjadikan orang yang sebelum mereka; dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh” (Surah al-Nur : ayat 55).

***Tamat***

IRAQ MENJADI PENTAS SEJARAH PERTEMUAN ARAB SAUDI-IRAN

Setelah kemuliaan membantu Iran melalui 95 ton keperluan makanan dan bahan penempatan mangsa banjir di Iran, kini Arab Saudi dipertemukan dengan musuh geopolitiknya Republik ‘Syiah’ Iran di Baghdad dalam satu konferensi ‘keselamatan, diplomatik dan ekonomi.’

Meskipun konferensi di Baghdad yang mempertemukan juga ketua-ketua parlimen Turki, Kuwait, Syria dan Jordan, namun pertemuan Arab Saudi-Iran yang sekian lama bermusuhan menjadi satu catatan sejarah persaudaraan Islam.

Speaker Parlimen Iraq, Mohammed Al-Halboosi dalam sidang konferensi Baghdad pada 20 April, yang turut mempertemukan dua negara utama Arab Saudi-Iran- Foto daripada Kayhan Life

Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi yang baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Riyadh dan Taheran, kini telah membawa kedua-dua negara yang berkonflik dalam perebutan dominasi pengaruh di Timur Tengah.

Dalam kemelut peperangan saudara seperti di Yaman dan Syria, kedua-dua kuasa besar Islam itu yang satu berpegang kepada Ahlul Sunah Wal Jamaah, manakala satu lagi kepada pegangan yang menyimpang daripada Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis, telah dilihat menyokong puak-puak yang berkonflik di negara Islam yang menghadapi kancah dan kemelut perang saudara tersebut.

Walau bagaimanapun persoalan besar ialah soal fahaman dan pegangan agama Syiah yang sesat telah menjadi pokok persoalan kepada pertelingkahan antara kedua-dua buah negara itu.

Malahan pada 2016, Arab Saudi telah menjatuhi hukaman mati ke atas ulama Syiah terkenal di Arab Saudi, Syeikh Nimr, kerana tindakannya menyebarkan ajaran sesat Syiah kepada rakyat Saudi.

Akibat hukuman mati itu, Kementerian Luar Negeri Iran telah mengugut akan mengenakan tindakan tegas terhadap Arab Saudi serta menutup kedutaannya di Riyadh.

Kami percaya bahawa Arab Saudi mempunyai hak mutlak untuk mempertahankan Islam sejati daripada Ahlul Sunah Wal Jamaah dan dengan itu berkuasa untuk menjatuhi hukaman mati kepada mana-mana petualang agama di buminya.

Persoalan tentang hubungan diplomatik Arab Saudi dengan Amerika Syarikat dan hubungan rapat Iran dengan Rusia yang merupakan musuh ketat Amerika, bukannya persoalan di sini, kerana sebagai pemimpin negara Islam, Arab Saudi harus bertegas dalam soal ajaran Islam yang tulen sebagaimana yang dijarakan oleh Rasulullah SAW.

Pada pentas konferensi ‘keselamatan, diplomatik dan ekonomi’ khususnya bagi negara-negara Islam di rantau Timur Tengah itu, pertemuan antara dua negara yang bermusuh itu telah menjadi perhatian dunia.

Kepanasan ‘permusuhan’ itu pada hakikatnya telah disejukkan dengan bantuan kemanusiaan terhadap mangsa banjir besar Iran yang melanda sejak pertengah Mac lalu dan mengakibatkan 1,900 bandar di seluruh Iran lumpuh akibat banjir besar dengan kemusnahan dan kerugian yang dianggarkan melebihi USD2.5 bilion.

Iran juga ditindani dengan masalah sekatan ekonomi dan penyitaan akaun bank antarabangsa akibat tindakan Amerika Syarikat dan negara sekutunya kerana Iran telah melanggari perjanjian nuklear antarabangsa.

Bantuan negara besar Islam Arab Saudi dan Emeriah Rab Bersatu yang amat memusuhi Iran, mungkin dilihat sebagai hikmah untuk ruang diplomatik yang lebih intim antara negara yang bermusuhan itu.

Pastinya negara-negara dunia Islam menerima baik usaha Banghdad dalam pertemuan bersejarah tersebut, kerana sekiranya pemimpin Islam boleh menerima baik hubungan dengan negara seperti Amerika dan Rusia, mengapakah pula mereka tidak boleh menerima Iran sebagai rakan geopolitik, meskipun tidak sependapat dalam hal ajaran Islam yang tulen.

Adel Abdul Mahdi menegaskan bahawa Iraq akan mempertahankan hubungan eratnya bukan sahaja dengan Iran, malahan juga dengan Washington serta negara-negara jiran seperti Arab Saudi, meskipun terdapat perbalahan dengan Taheran.

Perutusan Iraq itu dicanangkan pada Sabtu 20 April oleh speaker Parlimen Iraq, Mohammed Al-Halboosi yang mempengerusikan konferensi tersebut.

“Apa yang mengikat hunbungan kami dengan negara jiran adalah matlamat geopolitik dan kepentingan bersama,” tegs Al-Halboosi.

Delegasi daripada pelbagai negara tetangga Iraq dalam konferensi itu juga menyokong pembinaan semuala dan pembangunan negara Iraq serta stabilitinya setelah berjaya mengalahkan ISIS setelah menghadapi kemelut berdarah selama tiga tahun.

Abdul Mahdi telah mengadap Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman semasa lawatan beliau ke Riyadh yang juga merupakan lawatan rasmi pertamanya setelah menduduki kerusi Perdama Menteri enam bulan yang lalu.

Perdana Menteri Iraq, Adel Adbul Mahdi bertemu dan berbincang dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman pada 17 April 2019 di Istana DiRaja di Riyadh, – Foto dipetik daripada MiddleEast Monitor.

Iraq dan Arab Saudi juga pernah berkonflik semenjak serangan Iraq ke atas Kuwait pada 1990, namun akhir-akhir ini telah mengusahakan hubungan diplomatik yang sihat untuk memadamkan konflik tersebut.

Lawatan Abdul Mahdi ke Riyadh berlangsung setelah sepuluh hari beliau mengadakan pertemuan rasmi dengan Taheran.

Adakah konferensi yang menjadi sejarah pertemuan Arab Saudi-Iran itu akan membawa suatu suasana geopolitik yang berbeza selepas ini di rantau Timur Tengah?

Mudah-mudah itulah yang diharapkan daripada penglibatan mereka dalam perang saudara di negara-negara kejiranan Timur Tengah.

*****

ARAB SAUDI ABAIKAN PERMUSUHAN, HULUR BANTUAN BANJIR KEPADA IRAN

Agak aneh apabila Arab Saudi yang bermusuhan dengan sebuah negara lain kerana pegangan agama yang berbeza serta krisis pengaruh di rantau Timur Tengah, telah pantas membantu musuhnya yang sedang menghadapi krisis malapetaka alam.

Demikianlah hebatnya nilai kemuliaan Islam yang ada pada pemimpin kerajaan Arab Saudi, yang juga merupakan pemimpin utama bagi negara-negara Islam ke atas musuhnya Iran di saat-saat negara itu menghadapi malapetakan banjir besar.

Arab Saudi telah menghulurkan bantuan makanan dan kelengkapan tempat perlindungan di tengah-tengah kancah sekatan bantuan Amerika ke atas Iran untuk sebarang gerakan bantuan banjir besar Iran.

Hujan lebat sejak pertengahan Mac 2019 telah membawa akibat buruk apabila sebahagian besar Iran telah ditenggelami banjir besar- Foto dipetik daripada Agensi Berita Tasnim.

Kemuliaan kerajaan Arab Saudi terserlah apabila bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menderma 95 ton bantuan banjir yang telah melanda Iran sejak pertengahan Mac, sebagaimana dilaporkan oleh Agensi Berita Saudi (SPA) pada 19 April.

Bantuan tersebut termasuk bahan makanan dan keperluan tempat perlindungan yang telah disalurkan melalui Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah Arab Saudi, berikutan arahan Yang Mulia Raja Salman serta Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Hujan lebat tanpa henti-henti sejak pertengahan bulan Mac telah menenggelamkan sebahagian kawasan rendah di Iran.

Dari pertengahan Mac hingga April 2019, bencana banjir telah menyerang sebahagian daerah Iran dengan kawasan paling teruk di Golestan, Fars, Khuzestan Lorestan dan beberapa wilayah lain.

Iran telah dilanda tiga gelombang hujan dan banjir besar selama dua minggu berturut-turut yang membawa kepada banjir di sekurang-kurangnya 26 daripada 31 wilayah Iran dengan kes kematian yang melebihi 70 orang di seluruh negara sebagaimana dilaporkan pada awal April dan sekurang-kurangnya 70 orang meninggal dunia di seluruh negara setakat 6 April, menurut New York Times.

Banjir paling teruk telah berlaku semasa perayaan Tahun Baru Kebangsaan Iran yang dinamakan Nowrus. 

Gelombang banjir besar pertama bermula pada 17 Mac, yang membawa kepada banjir di dua wilayah utara, Golestan dan Mazandaran dengan bekas wilayah menerima sebanyak 70 peratus daripada purata hujan tahunan dalam tempoh sehari sahaja.

Beberapa empangan besar telah melimpah, terutamanya di Khuzestan dan Golestan sehingga banyak penduduk di perkampungan dan beberapa bandar terpaksa dipindahkan.

Lebih daripada 140 buah sungai telah melimpah dan kira-kira 409 tanah runtuh berlaku di negara tersebut.

Manakala kira-kira 1,900 bandar raya dan kampung-kampung di seluruh republik itu telah rosak akibat banjir yang teruk serta kerugian USD 2.5 bilion (RM10.2 bilion) akibat kemusnahan infratruktur bekalan air dan pertanian Iran.

Banjir di Iran- Foto daripada REUTERS

Kira-kira 78 jalan raya telah tersekat dan 84 jambatan terjejas di kawasan yang dilanda banjir.

Di banyak kawasan, bumi dan rumah telah ditenggelami air selama beberapa hari. Kematian akibat banjir semakin meningkat kerana percutian Nowruz kerana ramai rakyat yang keluar bercuti yang membawa padah dalam perjalanan di jalan raya dan lebuh raya.

Pada 23 Mac, pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei telah memerintahkan agar Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran bertiundak membantu mangsa banjir.

Menurut  Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran, beberapa ribu khemah, selimut, pemanas, set kesihatan, air mineral dan makanan telah diedarkan pada kalangan mereka yang terlibat dan terjejas dlam bencana banjir itu.

Malangnya kekurangan bantuan kerajaan pada minggu pertama dan tindak balas yang lambat telah meningkatkan ketegangan politik di seluruh negara. Ramai rakyat Iran termasuk ahli politik menggunakan platform media sosial untuk mengkritik penanganan banjir oleh kerajaan, khususnya Hassan Rouhani sebagaimana dilaporkan oleh AlMonitor pada 7 April.

Tehran telah memprotes sekatan Amerika Syarikat yang telah memberikan kesan langsung terhadap bantuan luar untuk mangsa banjir Iran.

Sekatan bantuan ke atas Iran telah dikuatkuasa semula pada tahun lalu (2018) apabila Presiden Donald Trump membuat keputusan untuk menarik perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia yang telah dicabuli oleh Iran.

Tindakan Amerika Syarikat itu diterjemahkan oleh Iran sebagai ‘keganasan ekonomi Amerika’.

Presiden Iran, Hassan Rouhani telah mengeluarkan kenyataan bahawa Washington hendak menangguhkan sekatan bantuan ke atas Iran kerana bencana banjir berkenaan dengan mengaktifkan kembali kewangan Iran dalam bank antarabangsa supaya negara-negara luar boleh menyalurkan bantuan dan derma kewangan kepada Iran.

Tindakan Arab Saudi dan UAE diterjemahkan sebagai mengetepikan pendirian negara-negara Teluk terhadap Iran setelah bermusuhan selama beberada dekad kerana konflik Iran dan Timur Tengah.

Image result for the execution of Sheikh Nimr in Saudi Arabia
Arab Saudi mempunyai hak untuk menghukum mati ulama Syiah yang menyebarkan ajaran sesat di negaranya, meskipun mendapat tentangan Iran -Foto dipetik daripada Channels

Riyadh telah sebelumnya memutuskan hubungan diplomatik dengan Taheran pada 2016 kerana akibat penentangan Iran kerana Arab Saudi menjatuhi hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal di Arab Saudi, Sheikh Nimr.

Akibat hukuman itu, Kementerian Luar Negeri Iran telah mengugut akan mengenakan tindakan tegas terhadap Arab Saudi serta menutup kedutaannya di Riyadh.

*****

ARAB SAUDI MENENTANG PENCEROBOHAN BUKIT GOLAN

Arab Saudi menentang keras golongan penceroboh yang mencabuli wilayah Bukit Golan serta mengutuk Amerika Syarikat (AS) yang mengiktiraf kawasan tersebut sebagai wilayah Israel.

Wilayah Bukit Golan yang disita daripada kerajaan Arab Syria

Pendirian kerajaan Arab Saudi seiring dengan pemuafakatan negara-negara Arab lain, yang berpegang kepada persetujuan antarabangsa bahawa Bukit Golan bukan wilayah Israel meskipun ia telah disita daripada Syria.

Malangnya pada hujung Mac lalu, Presiden AS, Donald Trump telah menandatangani suatu pengisytiharan di White House yang mengiktiraf penguasaan Israel yang melampaui wilayah sempadan yang dirampas daripada Syria pada 1967.

Tindakan AS itu telah mencabuli persetujuan yang diikat selama hampir 6 dekad sejak 1967.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Trump diterjemahkan sebagai satu konspirasi untuk membantu kempen Pilihan Raya Benjamin Netanyahu sebagai calon Perdana Menteri Israel pada 9 April lalu. Netanyahu juga sedang menghadapi beberapa tuduhan rasuah.

Arab Saudi dan Liga Arab mengutuk pengisytiharan tidak bertanggung jawab Donald Trump untuk mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan.

Pada 2017, Tump juga telah bertindak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mengarahkan pejabat kedutaan AS supaya berpindah dari Tel Aviv.

Keputusan Trump itu telah mendapat tentangan daripada rakyat Palestin. Mereka mahu Timur Baitulmaqdis diangkat menjadi ibu negara Palestin pada masa hadapan.

Arab Saudi menentang keras keputusan AS dan tetap dengan pendiriannya bahawa Bukit Golan adalah wilayah Arab Syria selaras dengan ketetapan antarabangsa berkenaan dengannya.

Bahrain juga amat kesal dengan perisytiharan AS terhadap wilayah Bukit Golan dan Kementerian Luarnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang membantah perisytiharan tersebut.

Image result for dONALD tRUMP AND nETANYAHU
Satu konspirasi politik antara Donald Trump dan Benjamin Nentanyahu

Pengisytiharan yang dibuat oleh AS itu adalah secara terang-terangan mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa.

Keputusan AS adalah satu pencabulan ke atas keputusan Majlis Keselamatan PBB bagi perkara 242 (1967) dan 497 (1981) dan akan membawa kepada kesan yang buruk bagi proses perdamaian di Timur Tengah serta keselamatan dan kestabilan di wilayah itu.

Arab Saudi menyeru semua pihak supaya menghormati keputusan kedaulatan antarabangsa dan piagam PBB.

Ketua Setiausaha Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan AS tersebut tidak mengubah status wilayah berkenaan kerana ia dicerobohi secara yang tidak sah dari sisi peundang-undangan antarabangsa.

Kementerian Luar Syria juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan tersebut adalah satu serangan yang jelas terhadap kedaulatan negaranya.

Trump tidak mempunyai hak dan kuasa undang-undang untuk mewajarkan penaklukan kawasan Bukit Golan itu.

Ketua Pembangkang Syria, Nasr Al-Hariri juga mengutuk keputusan Trump dan mendakwa ia akan membawa lagi keganasan dan ketidakstabilan serta dampak negatif ke tas usaha untuk mewujudkan perdamaian di wilayah itu.

Kementerian Lebanon pula mendakwa bahawa langkah AS itu telah mencabuli semua peruntukan undang-undang antarabangsa dan melemahkan usaha untuk untuk perdamaian dan keamanan.

Lebanon juga berpendirian bahawa, Bukit Golan adalah tanah milik Arab Syria, tiada sebarang keputusan boleh mengubahnya dan tiada negara boleh mengubah sejarah dengan memindahkan hak milik tanah daripada sesebuah negara.

Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu juga mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyatakan kekesalan mereka atas pengumuman yang dibuat oleh AS ke atas Bukit Golan.

Presiden Iran, Hassan Rouhani turut memprotes keputusan Presiden AS Donald Trump yang mengiktiraf Bukit Golan sebagai wilayah Israel dan menyokong bahawa langkah itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Rouhani menegaskan bahawa tidak ada sesiapa pun yang boleh menerima tindakan seseorang di AS yang wewenang mengisytihar tanah sesebuah negara sebagai milik negara lain. Ia bertentangan dengan undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Tindakan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini pada abad ini.

Seluruh dunia Islam dan bukan sahaja negara-negara Arab turut mengutuk tindakan Amerika Syarikat tersebut yang disifatkan sebagai “penjajahan alaf baru”.

Donald Trump selama ini memang popular dengan tindakannya yang menyongsang arus dalam hal konvensyen dan piagam antarabangsa.

Nampak sangat bahawa Trump adalah kaldai Israel.

****

ARAB SAUDI DAN TURKI SOKONG PERALIHAN KUASA AMAN DI SUDAN

Penentangan rakyat terhadap pemerintahan Presiden Sudan, Omar Al-Bashir sejak 19 Disember tahun lalu telah akhirnya membawa kepada pelucutan kuasa presiden yang kini ditahan di tempat yang selamat.

Presiden Sudan yang disingkirkan, Omar Al-Bashir

Pada 12 April, Naib Presiden Pertama Sudan yang juga merangkap Menteri Pertahanan, Leftenan Jeneral Ahmed Ibni Auf telah mengumumkan penyingkiran Omar sebagai Presiden.

Rakyat yang melancarkan tunjuk perasaan menentang Omar bermula pada 19 Disember tahun lalu apabila harga roti yang menjadi makanan asas rakyat Sudan telah meningkat tiga kali ganda.

Ribuan penunjuk perasaan yang menentang Presiden Omar Al-Bashir berkumpul di luar kediaman presiden dan Ibu Pejabat Tentera
-Dipetik daripada The Guardian

Rakyat menterjemahkan kemelesetan ekonomi Sudan yang berpanjangan sebagai kegagalan kerajaan regim Al-Bashir menguruskan ekonomi negara dengan baik yang menyebabkan inflasi meningkat mendadak.

Sejak itu puluhan ribu rakyat berkumpul di Khartoum dan sehingga dua hari lalu, kira-kira 100 ribu rakyat menyertai gerakan menyingkirkan pemerintahan yang disifatkan oleh rakyat sebagai autokratik di bawah kuasa diktator Omar Al-Bashir yang telah berlanjutan selama 30 tahun.

Meskipun pihak tentera berusaha untuk menyekat perhimpunan yang dibimbangi tidak terkawal dengan semburan gas pemedih mata, namun Kementerian Pertahanan Sudah tidak pula mengisytiharkan tentangan mereka terhadap rakyat.

Sebelum itu pada 23 Februari lalu, Bashir telah mengisytiharkan darurat di seluruh Sudan dan sekali gus membubarkan kerajaan bagi membendung pertumpahan darah.

“Saya mengumumkan darurat seluruh negara selama setahun dan turut mengumumkan pembubaran kerajaan di peringkat persekutuan serta wilayah,” kata Bashir secara langsung di televisyen dari istana presiden di Khartoum.

Penunjuk perasaan berikrar akan meneruskan demonstrasi sehingga Bashir melepaskan jawatan.

“Kami menggesa rakyat meneruskan tunjuk perasaan sehingga matlamat utama tercapai iaitu peletakan jawatan ketua rejim kuku besi,” kata Persatuan Profesional Rakyat Sudan yang mengetuai tunjuk perasaan berkenaan.

Pihak penunjuk perasaan yang menentang Bashir melaungkan slogan menuntut ‘kebebasan, keamanan dan keadilan’, ketika berkumpulan di depan pagar kediaman terbabit yang dikawal tentera.

Menteri Pertahanan Sudan Ahmed Ibn Auf telah mengumumkan bahawa Presiden Omar al-Bashir telah sah disingkirkan daripada kuasa dan ditahan di tempat yang selamat bagi mengelak sebarang penganiayaan di luar undang-undang terhadap beliau.

Terkini kejayaan menyingkirkan Bashir telah membawa rakyat kepada fasa berikutnya dalam proses peralihan kuasa. Meskipun rakyat menuntut pemerintahan demokratik melalui kuasa rakyat, namun kuasa pemerintah masih di tangan pihak tentera.

Arab Saudi dan Turki adalah antara dua negara yang paling awal memberi sokongan terhadap peralihan kuasa yang aman tanpa sebarang campur tangan kuasa asing dalam menentukan hala tuju kerjaan baru Sudan.

Menurut Agensi Berita Saudi, ‘the Kingdom’, Arab Saudi menyokong langkah-langkah yang diambil oleh majlis peralihan kuasa bagi melindungi nyawa dan harta benda rakyat Sudan.

Kerajaan Saudi menggesa ‘Persaudaraan Rakyat Sudan’ supaya meletakkan kepentingan kebangsaan negara untuk mencapai aspirasi dan harapan untuk pembangunan dan kemakmuran.

Semalam 13 April, Yang Mulia Raja Salman telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk menyediakan pakej bantuan kemanusian termasuk produk petroleum, gandum dan perubatan untuk rakyat Sudan.

Sementara itu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menggesa agar proses perdamaian dalam misi peralihan kuasa di seluruh negara Sudan diuruskan dengan baik tanpa pertumpahan darah.

“Saya berharap Sudan dapat melalui proses semasa perdamaian nasional dan keamanan, dan saya percaya negara itu perlu berusaha ke arah proses demokratik yang normal,” kata Erdogan dalam sidang akhbar  di Ankara.

Beliau juga menegaskan bahawa Turki akan terus menyokong kesinambungan hubungan baik ‘yang mendalam’ dengan kerajaan baru Sudan.

*****

BOLEHKAH UMAT ISLAM BERGANTUNG HARAPAN KEPADA KERAJAAN PH?

Rencana dipetik daripada blog KOREK, BONGKAR, DEDAH

Golongan yang telah dewasa semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-4, kebanyakannya tidak menyedari kerosakan yang dibuat oleh Mahathir, apatah lagi bagi generasi muda yang masih di bangku sekolah ketika itu.

Majoriti pemikiran dan pandangan rakyat dibutakan oleh media yang dikawal sepenuhnya oleh kuasa diktator semasa Mahathir memerintah selama 22 tahun (1981-2003). Kerosakan yang dibawanya terhadap Islam amat parah sekali.

Mahathir berjaya mengelabukan mata rakyat sepanjang pemerintahannya yang lewah dengan pelbagai penyelewengan dan penindasan yang berlaku dalam pelbagai bentuk terhadap Islam.

Pemerintah  menguasai media arus perdana dengan cara yang amat ketat. Malahan ramai penggiat media yang takut sebagaimana tindakan kuku besi Mahathir semasa ‘Operasi Lalang’ apabila lebih seratus penggiat media, pemimpin NGO, pemimpin politik pembangkang, dan ahli akademik telah ditahan tanpa perbicaraan di bawah ISA.

Keadaan sudah berubah pada hari ini kerana kewujudan media sosial yang mendedahkan pada rakyat apa yang cuba disembunyikan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Mahathir.

Lobi Mahathir terhadap rakan dunia Islam lain juga hebat. Lihatlah sebagaimana berlaku akhir-akhir ini, apabila dia bercakap berdegar-degar mengkritik Israel di pentas antarabangsa.

Sedangkan di negaranya sendiri dia mengabaikan kebajikan umat Islam, hak umat Islam dirosakkan, agama Islam dihina dan dikeji, pemerintahannya cuba meratifikasikan ICERD dan Statut Rome, Rasulullah SAW dihina, rakyat Islam ditindas, ajaran sesat Syiah diberikan laluan, aset institusi ekonomi Islam untuk mengendalikan pendeposit sebagai simpanan untuk menunaikan rukun Islam kelima diperkotak-katikkan, dia membiarkan Tabung Haji dikawal oleh kafirun laknatullah, malah penceramah agama Islam dalam media arus perdana dikawal oleh kafirun.

Corak pemerintahan Mahathir menonjolkan pendekatan kuku besi atau dengan kata-kata lain, ‘diktator.’

Hakikat dirinya adalah diktator diperakui sendiri oleh Mahathir.

Amat jelas pada zaman pemerintahan Mahathirlah maruah dan kedudukan Islam di negara ini  dicabul dan terancam.

Sebagai pemimpin bagi negara yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam, apatah lagi Perlembagaan Persekutuan telah memaktubkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi yang harus diutamakan, dipertahankan dan tidak boleh dipersoalkan, Mahathir telah melawan arus apabila dia mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan syariatnya.

Untuk menutupi sifat munafiknya, Mahathir sering mencanangkan Malaysia adalah negara Islam dan dia pembela agama Islam.

Sebaliknya dialah yang paling lantang mengkritik syariat Islam sejak dahulu, sebagai tindak balas terhadap perjuangan musuh politiknya yang mahu menegakkan syariat Islam.

Sikap anti-Islam Mahathir terserlah apabila beliau membela seorang ahli akademik sosialis yang berpegang kepada ideologi anti-Hadis bernama Dr Kassim Ahmad.

Kassim Ahmad adalah orang yang menolak hadis Nabi dan yang terakhir berpandangan tiada syahadah atau persaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dalam kalimah syahadah.

Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995 telah mengharamkan buku Kassim Ahmad bertajuk ‘Hadis: Satu Penilaian Semula.’

Malangnya Mahathir mempertahankan Kassim Ahmad dan menuduh orang yang menentangnya sebagai tidak mampu berhujah.

Perkara tersebut diujarkan sendiri oleh Mahathir selepas Majlis Pelancaran ‘Kursi Keamanan Global Tun Mahathir’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 18 Februari 2014, dengan kenyataannya seperti berikut.

“Dia (Kassim Ahmad) dilabelkan sebagai anti-hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dia kata. Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.”

Mahathir lupa bagaimana dia melabelkan DS Najib sebagai ‘perompak’, ‘lanun Bugis’, dan ‘kleptokrat’. Malah konco-konconya sekarang melabelkan kerjasama UMNO-PAS sebagai gerakan yang dilabelkan sebagai ‘taliban’.

Sehingga hari ini, Mahathir masih dengan sikapnya yang tidak berubah. Dia tegak berdiri dengan sikap diktatornya sedangkan parti pimpinannya dalam PH adalah parti yang paling lemah. Namun dia cuba mengelabukan rakyat bahawa dia mahu ‘menyelamatkan Malaysia’.

Hari ini dengan keadaan huru-hara dan lintang pukang politik serta pemerintahannya dalam kerajaan Pakatan Harapan, rakyat percaya bahawa ‘Malaysia mesti diselamatkan daripada pemerintahan Mahathir-DAP’.

Isu terkini yang menjadi kemarahan rakyat ialah ratifikasi Statut Rome yang cuba mencairkan kuasa Raja-Raja. Setelah kerajaan Mahathir gagal untuk meratifikasikan ICERD atas bantahan rakyat Melayu-Islam, secara diam-diam melalui Menteri Luar, kerajaan Mahathir telah menandatangani Statut Rome.

Walau bagaimanapun persetujuan itu ditarik balik, juga atas desakan rakyat dan Majlis Raja-Raja.

Mahathir sebagaimana biasa cuba menyalahkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) atas tuduhan menghasut Majlis Raja-Raja supaya menentang ratifikasi Statut Rome, namun tuduhan Mahathir itu lebih merupakan tindakan pemimpin yang nyanyuk, kerana isu besarnya ialah, kerajaan PH tidak terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Seiring dengan isu itu, Timbalan Menteri Pendidikan DAP, Teoh Nie Ching, menuduh pula empat ahli akademik ‘perundang-undangan’ daripada pelbagai universiti yang turut mendedahkan dampak ratifikasi Statut Rome. Ugutan telah pun dikeluarkan untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

Nampak sangat bahawa kerajaan Mahathir lagi sekali cuba menonjolkan sifat diktator yang lebih cenderung hendak memusnahkan kuasa Raja-Raja yang menjadi payung agama Islam di negara ini.

Ekoran daripada suasana politik kerajaan PH yang kian hari kian huru-hara, Menteri Wilayah Persekutuan PH, Khaled Samad telah membuat telahan bahawa kemarahan rakyat boleh membawa kepada ‘rampasan kuasa.’  Tidakkah Mahathir melihat kenyataan menteri kabinetnya Khalid Samad juga sebagai satu ugutan?

Berikut adalah beberapa kenyataan Mahathir yang amat bertentangan dengan ajaran Islam dari sudut firman Allah dalam Al-Quran mahupun hadis (dipetik daripada blogmazeer).

Fikirkanlah apakah wajar meletakkan kepercayaan kepada Mahathir sebagai pembela agama Islam di Malaysia?

Dengan itu juga apakah wajar umat Islam menyokong dan memilih pemimpin kafirun untuk menerajui negara yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam?

*****

PINTU AL-RAHMA DITEROBOS PALESTIN SETELAH 16 TAHUN DISEKAT ISRAEL

Sejak Presiden Amerika, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lebih 21 rakyat Palestin mati dibunuh oleh regim Zionis menentang pengiktirafan tersebut.

Ia satu hakikat yang tidak dapat diterima kerana Baitul Maqdis telah menjadi milik Palestin sejak ratusan tahun kecuali setelah sebahagian buminya dirampas dengan penubuhan negara Israel pada Mei 1948.

Walau bagaimanapun jika ditinjau dari aspek sejarah Palestin moden ia telah jatuh ke tangan pihak British semenjak tahun 1917 setelah pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British.

Dengan itu, ia bermakna, perjuangan Palestin untuk menuntut kembali bumi kelahiran mereka sudah melampaui satu abad atau lebih seratus tahun.

Walau bagaimanapun pada 2003 setelah perjuangan Palestin menuntut kemerdekaan buminya daripada Israel, difitnah dengan dikaitkan dengan puak pengganas, pintu masuk ke Baitulmaqdis, Bab Al-Rahma telah dikunci dan diharamkan untuk dimasuki meskipun untuk tujuan solat Jumaat.


Ratusan menerobos masuk Bab Al-Rahman, Baitul Maqdis

Dengan penuh kecekalan dan jihad walaupun puluhan rakyat Palestin telah mati dibunuh dan dipenjara oleh regim Zionis Israel, pada Jumaat, 22 Febuari 2019 lalu, pintu masuk Bab Al-Rahma dalam kawasan Masjidil Aqsa telah berjaya diterobosi ratusan umat Islam Palestin yang turut disertai umat Islam antarabangsa untuk menunaikan solat Jumaat.

Pintu Bab Al-Rahma itu dipecahkan kuncinya oleh ratusan umat Islam yang diketuai Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein, memasuki kawasan berkenaan sebelum solat Jumaat.

Dengan itu juga sekatan dan larangan memasuki Bab Al-Rahma telah berjaya diterobosi setelah disekat selama 16 tahun sejak 2003.

Kejayaan memecah pintu masuk Bab Al-Rahma itu juga telah menjadi satu junktur sejarah setelah solat Jumaat yang pertama dilaksanakan di dalam kawasan itu sejak 16 tahun sekatan dan larangan dikenakan.


Solat Jumaat Pertama sejak 16 tahun di sekat di Bab Al-Rahma

Menurut laporan agensi berita rasmi Palestin, WAFA, penduduk Palestin melaungkan Allahu Akbar dan slogan kesyukuran sambil membawa bendera Palestin meraikan pembukaan semula Bab Al-Rahma.

Walau bagaimanapun tindakan itu telah mencetuskan ketegangan apabila tentera Israel tetap terus menyerang penduduk Islam Palestin yang beribadat dalam Masjidil Al-Aqsa, menyebabkan ramai cedera dan ditahan. 

Sejak Jumaat itu juga polis Israel telah menahan kira-kira 60 penduduk Palestin yang dikaitkan dengan pembukaan pintu Bab Al-Rahma itu.

*****

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT DALAM PROGRAM “YASSIN FOR AQSA”

Umat Islam pada hari ini, 4 April, di seluruh negara diseru membaca surah Yassin bagi mendoakan dan menyatakan sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin serta membebaskan Masjidil Aqsa daripada kongkongan regim Yahudi Israel dan Zionis.


Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid

Program yang dicanangkan sebagai “Yassin for Aqsa” diangkat sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, serta keprihatinan yang tidak berbelah bahagi baik kepada Palestin mahupun perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.

Program bacaan Yassin itu telah digerakkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) .

Seruan tersebut, di samping program jemaah membaca surah Yassin, turut menyeru agar umat Islam seluruh negara mengadakan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar menyelamatkan dan memberi kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas sejak sekian lama di bumi Gaza.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kempen solidariti terhadap perjuangan dan pembelaan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa adalah bersandarkan ayat al-Quran dan pihaknya menyasarkan satu juta umat Islam di negara ini bersama-sama membaca Yasin demi pembebasan itu.

Sekretariat “Yassin for Aqsa” juga telah memaklumkan kebanyakan masjid dan surau di seluruh Malaysia bagi menjayakan program itu.

Menerusi rakan gabungan di luar negara, MAPIM juga minta mereka bersama-sama menjayakan program bacaan Yasin pada 4 April bagi membuktikan komitmen umat Islam Malaysia dan seluruh dunia untuk membela Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Pada 14 Mac lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Kor Agama Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Yayasan Restu, AL-Quds Foundation, Kumpulan Nasyid (INTEAM) juga telah menjayakan program Pra Pelancaran “Yassin For Aqsa” di Masjid Khalid Al-Walid.

Umat Islam Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjidil Aqsa

Situasi di Jerusalem semakin terancam dan amat tertekan sejak Februari lalu setelah Presiden Majlis WAQF, Sheikh Abdel-Azeem Salhab, bertindak memecahkan kunci Masjidil Aqsa untuk 40,000 rakyat Palestin memasuki Bab al-Rahma untuk menunaikan solat Jumaat buat pertama kali selepas ditutup Israel sejak 2003.

MAPIM juga menyediakan ruang untuk orang ramai infaq menerusi jualan buku Surah Yasin dan Kebangkitan Ummah berharga RM15 yang akan disalurkan ke dalam tabung infaq Aqsa.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghulurkan sumbangan wang menerusi akaun Bank Rakyat MAPIM 110031001285 dan datang beramai-ramai ke masjid pada hari itu.